Tuesday, April 19, 2011

Buku "Menjadi Selebriti Melalui Youtube"



Baru aku sedar aku tidak ada post mengenai buku "Menjadi Selebriti Melalui Youtube" oleh Alif Firdaus Azis terbitan PTS. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Alif Firdaus Azis kerana mengeluarkan sedikit cerita mengnai diri saya dalam buku tersebut. Ia suatu penghargaan yang sungguh bermakna buat diri saya.

Untuk pengetahuan semua Tuan Alif Firdaus Azis adalah di antara pelukis komik yang terkenal di Malaysia. Beliau juga seorang penulis buku motivasi dan novel syarikat PTS. Anda boleh saksikan karya beliau setiap hari Ahad di surat khabar Star kalau tak silap la....lupa la pula...... Beliau juga adalah rakan magic saya. Dahulunya beliau seorang magician yang sangat digeruni dengan identitinya tersendiri, Hantu Silap Mata. Siap ada novel lagi tentang Hantu Silap Mata.
Kepada rakan-rakan yang terlepas mendapatkan buku tersebut, anda boleh beli buku beliau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dari 22 April 2011 - 01 Mei 2011 di booth PTS. Kemungkinan besar anda akan berjumpa dengan beliau juga. Saya pun turut ada juga tapi dalam bukunya lah....hehehehehehe... miliki buku ini. Magictawau ada dalam buku " Menjadi Selebriti Melalui Youtube".....

Saturday, April 16, 2011

PANAZ by Magictawau



Setelah hampir setahun dirahsiakan magic ini. Akhirnya saya dengan tanpa segan silu membocorkan rahsia magic PANAZ ini yang suatu hari dahulu menjadi bahan perbualan yang hangat sehinggakan Dan White dari Theory11 pun turut masuk campur. Walaupun saya bocorkan rahsia magic ini namun ada pengeras diperlukan. Ini penting untuk menjaga kualiti dalam sesebuah magic.

Dalam DVD ini saya akan ajakan kepada anda bagaimana mempersembahkan magic PANAZ menggunakan duit syiling. Penonton pilih mana-mana syiling dan meletakkan di tapak tangannya dalam beberapa saat syiling tersebut menjadi panas. Penerangan teliti bagaimana hendak menghasilkan magic berkualiti dan dikagumi oleh penonton akan diajarkan dalam DVD ini. Kualiti sesebuah magic apabila mangsa magic tertanya-tanya tentang magic kamu dan bagaimana kamu lakukan. Magic tersebut akan melekat dalam fikirannya buat selama-lamanya. itulah kualiti dalam sesebuah magic.

Selain itu terdapat beberapa rutin lain boleh digunakan untuk magic PANAZ ini. Magic ini juga sesuai untuk penonton yang suka membocorkan rahsia magic anda. Hanya gunakan PANAZ sahaja penonton yang pertamanya tidak percaya akan magic, selepas terkena PANAZ ini pasti akan percaya akan kuasa magic anda. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DVD PANAZ ini beserta Gimmiknya.....

Satu lagi, DVD ini keluarannya adalah terhad, jadi siapa cepat dia dapat. Sebab rahsia ini hanya untuk orang yang betul-betul mahu belajar akan magic PANAZ. Saya jual dengan harga mahal beserta gimiknya. Kenapa mahal? Sebab saya mahu untung la.......hehehehehehehehehe.... Kalau murah aku jual mesti rahsia magic ni tidak akan dihargai.... Kalau mahal, orang yang membelinya pun berfikir untuk memecahkan rahsia magic ini... rugi la dia beli mahal kasi pecah rahsia denga orang....

Harganya DVD + Gimik = RM80 . Kalau Gimik "PANAZ" sahaja RM60. Jangan lepaskan peluang ini keluaran adalah terhad. siapa cepat dia dapat. Berminat hubungi saya di
012-8161599.

DVD "PANAZ" + Gimik = RM80

Friday, April 15, 2011

Aku Magictawau 2011 Ep 1 & Ep 2





Bermula sudah episode Aku Magictawau 2011, semua video sepanjang dalam episod adalah silap mata yang terkumpul sejak tahun lalu lagi...... diharapkan anda semua terhibur..... itulah dikatakan sebagai.... MAGICCCC

Aku masih belum tahu lagi sampai episod ke berapa boleh dibuat..... pening juga edit guna movie maker window 7 ni..... bnyk function baru.... mau kena belajar lagi.......

Nantikan episode yang akan datang... teruskan sokongan anda.... anda terhibur itulah magic untuk saya... terima kasih....