Tuesday, April 19, 2011

Buku "Menjadi Selebriti Melalui Youtube"



Baru aku sedar aku tidak ada post mengenai buku "Menjadi Selebriti Melalui Youtube" oleh Alif Firdaus Azis terbitan PTS. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Alif Firdaus Azis kerana mengeluarkan sedikit cerita mengnai diri saya dalam buku tersebut. Ia suatu penghargaan yang sungguh bermakna buat diri saya.

Untuk pengetahuan semua Tuan Alif Firdaus Azis adalah di antara pelukis komik yang terkenal di Malaysia. Beliau juga seorang penulis buku motivasi dan novel syarikat PTS. Anda boleh saksikan karya beliau setiap hari Ahad di surat khabar Star kalau tak silap la....lupa la pula...... Beliau juga adalah rakan magic saya. Dahulunya beliau seorang magician yang sangat digeruni dengan identitinya tersendiri, Hantu Silap Mata. Siap ada novel lagi tentang Hantu Silap Mata.
Kepada rakan-rakan yang terlepas mendapatkan buku tersebut, anda boleh beli buku beliau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dari 22 April 2011 - 01 Mei 2011 di booth PTS. Kemungkinan besar anda akan berjumpa dengan beliau juga. Saya pun turut ada juga tapi dalam bukunya lah....hehehehehehe... miliki buku ini. Magictawau ada dalam buku " Menjadi Selebriti Melalui Youtube".....

2 comments:

Khairul Faizi A Rahman said...

Buku yg bagus.

magictawau said...

tq khairul faizi.... memang best...