Saturday, May 28, 2011

Program Motivasi AMAR 2011 akan datang


Projek ini sudah lama dirancang, cuma masa sangat menghalang untuk program ini dilaksanakan. Setelah dikaji selidik dibuat kajian akhirnya berjaya juga membawa AMAR ke Sabah. InsyaAllah jika tiada halangan Program Motivasi beliau akan diadakan pada bulan Oktober 2011.

Program motivasi ini adalah khusus untuk remaja-remaja Sabah terutamanya murid-murid sekolah menengah. Ini peluang keemasan untuk peminat-peminat AMAR di Sabah dapat bertemu beliau nanti. Peminat-peminat AMAR dialu-alukan untuk datang ke program motivasi ini.

Makluman lanjut akan diberitahu kemudian. InsyaAllah program motivasi ini adalah Program Motivasi Amar kali pertama diadakan di Sabah. Tunggu ok...

Friday, May 6, 2011

Kenangan bersama Shahril Fuyoo Magic


Aku Magictawau episode 3 memaparkan silap mata daripada saya dan Shahril Fuyoo Magic. Ketika berkunjung ke SMA Islamiah Tawau untuk melihat rakan-rakan membuat persembahan silap mata. Saya berkesempatan untuk membuat silap mata bersama pelajar-pelajar di sana. Saya tidak dapat bersama-sama membuat persembahan ketika itu kerana saya ada jamuan perpisahan murid tahun 6. Oleh kerana aku guru kelas tahun 6 maka aku tidak boleh lari dari majlis tersebut.

Saya juga selitkan persembahan silap mata daripada Shahril fuyoo magic dalam video kali ini. Video ini dirakam ketika beliau berkunjung ke Tawau Oktober tahun lalu. Dalam kesempatan membawa beliau berjalan-jalan sekitar Tawau, sempat juga beliau membuat street magic. Siapa tak kenal akan beliau? Bertuahlah siapa yang berkunjung ke Taman Bukit Tawau dapat melihat Shahril fuyoo magic secara langsung.

Kenangan membawa beliau ke Tawau sempena Persembahan Silap Mata secara besar-besaran di Tawau merupakan kenangan manis yang tidak akan dilupakan buat selama-lamanya. Adalah suatu yang mustahil untuk berbuat sehebat apa yang kami buat tahun lalu. Hanya yang berada ketika itu sahaja tahu akan kemeriahan dan keseronokan majlis tersebut. Kenangan itu akan menjadi sejarah untuk magic di Malaysia selamanya.....