Saturday, May 28, 2011

Program Motivasi AMAR 2011 akan datang


Projek ini sudah lama dirancang, cuma masa sangat menghalang untuk program ini dilaksanakan. Setelah dikaji selidik dibuat kajian akhirnya berjaya juga membawa AMAR ke Sabah. InsyaAllah jika tiada halangan Program Motivasi beliau akan diadakan pada bulan Oktober 2011.

Program motivasi ini adalah khusus untuk remaja-remaja Sabah terutamanya murid-murid sekolah menengah. Ini peluang keemasan untuk peminat-peminat AMAR di Sabah dapat bertemu beliau nanti. Peminat-peminat AMAR dialu-alukan untuk datang ke program motivasi ini.

Makluman lanjut akan diberitahu kemudian. InsyaAllah program motivasi ini adalah Program Motivasi Amar kali pertama diadakan di Sabah. Tunggu ok...

No comments: