Wednesday, June 15, 2011

David Stone, Soma & Funkai




Memang tidak dnafikan, mereka sangat hebat dalam silap mata di dunia ini. Tidak lain tidak bukan merekalah David Stone, Soma dan Funkai. Kenangan dapat berjumpa mereka festival baru-baru ini membuka minda saya untuk memajukan silap mata saya ke satu peringkat yang tinggi lagi.

Saya berpeluang untuk belajar magic bersama Funkai dan David Stone di kelas magic mereka. Ilmu yang diberikan sangat bermakna dan berharga. Pengorbanan yang sangat berbaloi ke Kuala Lumpur dapat menimba ilmu dengan orang hebat ini. idea-idea mereka dapat memperbaiki dan menambah baik persembahan sesebuah silap mata. Ilmu baru yang diberi dapat diaplikasikan dipersembahan yang akan datang.

David Stone adalah diantara idola magic saya. Ini kerana kebanyakan
gerakan dan cara silap mata beliau adalah dari ajaran beliau. Teknik-teknik beliau banyak yang saya jadi ikutan. Dahulunya hanya dapat belajar melalui DVD, kini dapat bersemuka dengan beliau. Seperti mimpi sahaja. Tapi itulah realiti. Beliau bekas juara FISM 2006. Begitu juga Funkai, magician dari Jepun, juga bekas juara FISM tahun 1996 (kalau tak silap). Idea yang diberikan sungguh bermakna, kecepatan tangan beliau sangat mengagumkan.

SOMA pula bekas juara FISM 2009, persembahan rutin Phone beliau sungguh memang menakjubkan. Secara tidak langsung saya ingin buat persembahan seperti beliau. Mudah, senang dan meghiburkan. Berjumpa dengan beliau juga satu yang sangat membanggakan walaupun umur dia setahun daripada saya.


Kesimpulannya, ketiga-tiga magician ini memberi saya aura untuk mencatik dan memperbaiki persembahan saya dimasa akan datang. Sesuatu yang berbaloi dapat pergi ke Kuala Lumpur berjumpa mereka. Saya harap akan datang pihak Illusion Work yang diterajui Vincent Tan dapat membawa David Blaine, David Cooperfield dan Cyril Takayama. Pasti saya akan datang ke Kuala Lumpur sekali lagi.

No comments: