Tuesday, June 14, 2011

International Magic Extravaganza ke - 5


Alhamdulillah baru sahaja pulang dari festival magic yang diadakan du Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya telah menjadi salah seorang peserta dalam Close Magic Competition, nampaknya lebih ramai peserta yang hebat. Walaupun begitu, saya tetap berpuas hati kerana dapat menghiburkan penonton-penonton yang melihat persembahan magic ku tempoh hari.

Ucapan terima kasih untuk penganjur Ilusion Work yang diterajui Vincent Tan atas anjuran yang sungguh bermakna ini. Saya juga ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir menyokong saya dan memberi dorongan kepada saya. sanggup datang seluruh pelusok negeri. Terharu dengan sokongan kamu semua. Adakah kita dapat berkumpul sebegini dimasa akan datang?

Dapat berpeluang berjumpa idola magic David Stone, cara persembahan dan magic kebanyakan saya ambil inspirasi daripada beliau. Akhirnya dapat bergambar dan bertemu dengan beliau. Banyak yang saya belajar sepanjang saya berada di sana. Ilmu itu akan saya gunakan untuk saya teruskan bidang magic ini.

InsyaAllah tahun depan murah rezeki saya akan datang dan ikut pertandingan festival magic itu lagi. Mudah-mudahan beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah atas perjuangan ku ini.

No comments: