Thursday, July 28, 2011

Mungkinkah Malaysia kempunan ke World Cup 2014?


Perlu mencari dua gol dalam perlawanan timbal balik pada 28 Julai ini adalah penentu segalanya. Sekiranya gagal memenangi perlawanan ini, bermakna Malaysia akan kempunan untuk ke kelayakan seterusnya menuju ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Kehangatan perlawanan timbal balik ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi, hinggakan jualan tiket habis dibeli oleh penyokong harimau malaya membuktikan betapa hangatnya perlawanan ini.

Sabtu lalu, Malaysia telah tewas kepada Singapura dengan jaringan 5- 3. Ini adalah misi mustahil untuk pasukan negara, untuk mencari 2 gol dalam masa 90 minit sangat memerlukan strategi yang mantap dan hebat. Pemain perlu lebih tenang dan fokus kepada perlawanan untuk mencari 2 gol lagi untuk memusnahkan impian Singapura. Dato Rajagopal perlu membuat strategi dengan teliti agar Malaysia menang dalam perlawanan ini.

RAMALAN MAGICTAWAU
Saya yakin malam ini Dato Rajagopal akan menggunakan strategi menyerang habis-habisan untuk mencari 2 gol. Semestinya yang memikul tanggungjawab ini adalah penyerang berbisa negara Safee Saali, saya juga meramalkan Dato Rajagopal akan menurunkan Hadi Yahya sebagai penyerang bagi membatu Safee Saali. Ini kerana permainan baik yang ditunjukkan pada sabtu yang lalu. Gurusamy juga pasti akan diturunkan, kehebatan beliau menggelecek dan menghantar bola boleh membantu penyerang-penyerang Malaysia. Begitu juga dengan Amirul Hadi, bagi saya perlu diturunkan kerana beliau serasi dengan Safee Saali.

Namun agak sedih Harimau Malaya kehilangan Safiq Rahim setelah mendapat kad merah tempoh hari. Dato Rajagopal perlu mencari pengganti yang sesuai. Pemain tengah yang kreatif dan tenang diperlukan dalam perlawanan sebegini. Kelemahan yang saya lihat bagi pasukan Malaysia adalah benteng pertahanan Malaysia. Kemasukkan Aidil pada malam ini diharap dapat membantu mengekang penyerang utama Singapura. Kelekaan pertahanan Malaysia sangat jelas sekali dan perlu dielakkan. Adalah lebih baik Malaysia menurunkan pertahanan ketika melawan pasukan Chelsea yang dilihat lebih kuat berbanding yang sekarang. Pertahanan Malaysia perlu kebal pada malam ini kerana pastinya Singapura akan melancarkan serangan kilat terhadap pasukan Malaysia.

Singapura pasti tidak akan berdiam diri, saya pasti seorang pertahanan Singapura akan sentiasa mengawal Safee Saali dimana sahaja beliau berada. Beliau akan menutup ruang dan menyekat Safee Saali dari melepaskan rembatan ke tiang gol Singapura. Corak bertahan dan serangan kilat pasti akan digunakan oleh pasukan Singapura. Mereka perlu pertahankan defisit 2 gol untuk menang perlawnan ini. Melambatkan permainan, cedera, bermain kasar dan serangan kilat pasti akan digunakan oleh pasukan Singapura . Mereka pasti akan bertahan sehabis yang boleh dan akan mencuba mencari gol untuk memberi tekanan kepada pasukan Malaysia.

Bagi saya kekuatan pasukan Singapura adalah Sepakan percuma luar kotak penalti dan Sepakan Sudut ini kerana mereka memiliki pemain import yang tinggi lampai. Mereka pasti akan menggunakan dua kelebihan ini untuk menjaringkan gol pada malam ini. Kelemahan pasukan Singapura pula, pemain-pemain yang berumur pasti tidak cergas sepenuhnya. Mereka hanya cergas pada masa pertama namun tidak masa yang kedua. Kelemahan ini patut diambil peluang oleh pasukan Malaysia.

Saya pasti perlawanan malam ini adalah suatu sejarah buat kedua-dua negara. Pastinya kedua-dua pasukan ingin memenangi perlawanan itu. Pelbagai strategi akan digunakan untuk memenangi perlawanan malam ini. Walaubagaimanapun saya tetap sokong HARIMAU MALAYA.

Strategi Harimau Malaya
  • Menyerang habis-habisan
Kelebihan Harimau Malaya malam ini
  • Penyerang berbisa Safee saali
  • Sepakan percuma Aidil
  • Kelincahan Gurusamy
  • Bermain tempat sendiri
Kelemahan Harimau Malaya malam ini
  • Pertahanan yang rapuh
  • Tidak ada pemain tengah yang kreatif
  • Cepat hilang tumpuan
  • Ketinggalan dua gol
Strategi Singapura malam ini
  • Bertahan habis-habisan
  • Melengahkan masa
  • Pura-pura cedera
  • Membuat serangan kilat
Kelebihan Singapura malam ini
  • Penyerang-penyerang import yang hebat
  • Sepakan percuma
  • Sepakan Sudut
  • Bekalan dua gol
Kelemahan Singapura malam ini
  • Kehilangan pertahanan kebal
  • Pemain tidak cergas (faktor umur)
  • kekurangan pemain yang berkaliber (mengharapkan pemain import)
  • Bermain tempat lawan

Wednesday, July 27, 2011

Berterep (Berlagak)


Semakin lama semakin ramai magician yang timbul sejak kebelakangan ini, aku sangat berbangga dengan perkembangan ini. Kini silap mata mula mendapat tempat masyarakat di Malaysia, perjuangan aku dan rakan-rakan magic yang lain tidak mengecewakan. Malah kini hampir disemua negeri ada magician-magiciannya tersendiri.

Kebanyakkan yang aku jumpa magician yang lebih kepada street magic. Kebanyakkan yang minat adalah golongan remaja dan murid sekolah menengah. Apa yang mengejutkan saya perempuan pun mula ada yang meminati silap mata. Tidak silap saya ada seorang magician perempuan dari Johor, masih bersekolah tapi sudah buat persembahan di atas pentas. Bagussss bah.

Namun apa yang mengecewakan saya, ada segelintir magician yang baru ini berterep (berlagak) atau dalam bahasa lain KUMPAU...... Baru buat beberapa trick sudah rasa hebat macam David Blaine, yang hampehnya siap memperkecilkan magician yang lain. Kalau hebat ndak apa juga. Ini hampeh!!!!! bila suruh buat magic begegar tangannya...... tapi di facebook temberang berabisan...... ada yang siap tumpang glamour, konon-kononnya dia join Magictawau Team.... Pigi daa......

Aku ndak kisah kalau mereka guna nama ku untuk buat magic dimana-mana sahaja. Asalkan nama Magictawau tidak dibikin buruk-buruk sudah. Aku tidaklah sehebat yang disangka, cuma nama tu adalah maruah, silap hari bulan nama tu boleh menjatuhkan kita. Nasihat saya kepada magician yang baru berjinak dalam magic, sentiasalah merendah diri dan jangan putus-putus menuntut ilmu silap mata hanya sekerat jalan. Janganlah memperlekehkan magician yang lain tidak kira sama ada magicnya hebat atau tidak. Kita sesama rakan magic sepatutnya memberi sokongan dan membantu bukan mengutuk. Aku kenal magician-magician yang terawal di Malaysia ni. Jadi janganlah cuba berterep ok. Sikap sedemikian tidak bawa kamu kemana-mana.




Tuesday, July 26, 2011

Hanya dengan iklan dapat faedahnya....




Churp Churp

satu lagi laman web yang menawarkan iklan berbayar yang mudah, sama seperti nuffnang juga. Tidak perlu buat apa-apa, hanya mendaftar dan share iklan sahaja. Simple mudah dan berfaedah,

Sejak daftar dengan nuffnang aku dah dapat RM100, free ja dapat duit hanya buat blog ni sahaja. siapa yang mahu bagi free duit begitu sahaja. Apa yang perlu daftar sebagai ahli dan letakkan iklan dan share kepada kawan-kawan. Tak da MLM nya......

sila link laman web site ni, bacalah detail macam mana boleh dpat faedahnya.... aku bukan gila duit cuma nak share rakan2 yang ada blog.... ada juga duit bayar broadband @ streamyx....

link:

Ramadhan Mubarak


Ramadhan kembali lagi, aku fikir bulan ni la mau rehat, namun sebaliknya pula. Rezeki melimpah ruah puasa ni pula sampai ke hari raya. Alhamdullilah mungkin berkat kesungguhan dan semangat kerjasama pasukan kami mendapat kepercayaan pelbagai pihak. InsyaAllah mudah-mudahan ia diberkati Allah. Ibadah kena diteruskan walaupun apa jua halangan. Ia bukan alasan untuk menangguh sesuatu ibadah terutama puasa.

Salam ramadhan untuk semua pengunjung blog magictawau, kesudian anda membaca post yang terdapat dalam blog saya adalah suatu penghargaan untuk saya. Saya anggap ia sebagai sokongan berterusan dari kamu semua. Sokongan yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini memberi banyak impak untuk diri saya.

Banyak liku-liku kehidupan sebagai magician telah ditempuhi dan dipelajari. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Rakan-rakan magician juga banyak membantu saya dalam bidang ini, kritikan dan nasihat banyak membantu saya memperbaiki persembahan silap mata saya.

Sekali lagi salam ramadhan untuk semua. Diharap show saya yang akan datang sentiasa menjadi motivasi untuk buat yang terbaik.

Saturday, July 16, 2011

Shervinton Hotel Grand Opening



Sebelum
Satu penghormatan yang besar untuk Magictawau Team untuk membuat persembahan silap mata di pembukaan Hotel Shervinton di Tawau. Saya dan Arman bertungkus lumus berlatih dan berbincang membuat persembahan yang lain dari yang pernah kami buat sebelum ini.
Kami diberi slot selama setengah jam untuk mempersembahkan silap mata kami. Show kali ini bukan calang-calang yang menontonnya. VVIP & VIP seluruh Sabah akan datang untuk perasmian hotel tersebut. Dua minggu kebelakangan ini tidur ku tidak menentu kerana berlatih silap mata ini. Inilah peluangyang terbesar untuk kami buat kepada orang ramai bahawa Magictawau Team setaraf dengan magician antarabangsa yang lain.

Turut membuat persembahan pada malam itu adalah artis Daniel Lee (Malaysian Idol)....aku minat juga lagu Terbang dia ni... dan turut membuat persembahan malam itu adalah Salma (Mentor)... yang penting show kami merupakan show yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai..... sedangkan raptai semalam pun durang tunggu... ini kan yang betul-betul nanti....

Persembahan kali ini berbeza dari persembahan yang kami buat sebelumnya. Kami
lebih kepada rutin dan jalan cerita. Persembahan kami non-stop selama setengah jam. Memang lain dari yang lain. Kami mengambil masa 2 minggu untuk menggabungkan muzik dan silap mata kami. Jadi sekiranya anda berpeluang malam ini saksikan persembahan kami. ANda pasti akan terpukau....MAGICCCC!!!!!

Selepas
Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar, awal tengah hari lagi saya dan arman berkumpul, membuat sedikit raptai untuk kali terakhir sebelum bertolak ke tempat persembahan. Raptai bermula pukul 2.00 petang, kami buat gerakan sahaja, nanti ndak da kejutan pula malam nanti. Kumpulan lain yang turut membuat persembahan pada malam itu turut membuat persiapan terakhir sebelum persembahan sebenar. Termasuklah artis Daniel Lee & Salma.

Kami diberi rehat di hotel, kerana barang-barang yang digunakan sangat-sangat rahsia. Pada malam persembahan, memang diluar kawalan, kadang-kadang yang dirancang 2 minggu yang lalu tidak menjadi seperti yang diharapkan. Namun sekiranya anda sudah di atas pentas, apa yang perlu dibuat adalah teruskan sahaja. Setelah selesai semuanya berasa lega.
Malam itu ditutup dengan bunga api, semua yang hadir gembira dengan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi membantu kami malam itu terutama Bexter, Muhammad Than, Nawi dan rakan-rakan yang lain. Harap dapat lagi buat persembahan sebegini dimasa akan datang. InsyAllah murah rezeki. MAGICCC!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Program Motivasi AMAR 2011 Kini di Tawau Sabah


Akhirnya saya dengan rasminya membuka penyertaan untuk Program Motivasi AMAR 2011 Tawau Sabah. Program Motivasi tersebut akan dijalankan pada ketetapan berikut:

PROGRAM MOTIVASI AMAR 2011 TAWAU SABAH
TARIKH: 23 OKTOBER 2011
HARI: AHAD
TEMPAT: AUDITORIUM PERPUSTAKAAN TAWAU
PUKUL: 9.00 am - 1.00 pm
YURAN: RM30

Tarikh asal program ini iaitu 30 Oktober 2011, atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa mengawalkan program ini. Program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah diseluruh Sabah iaitu berumur 13 tahun ke atas. Namun begitu, adalah dialu-alukan peminat-peminat AMAR untuk turut serta dalam program motivasi ini. Inilah peluang keemasan peminat-peminat AMAR dikawasan Sabah untuk berjumpa beliau.

Penyertaan hanya terhad kepada 300 orang sahaja. Jadi jangan tunggu lama-lama, siapa cepat dia dapat. Daftar dengan segera, sementara masih ada kekosongan adalah digalakkan untuk mendaftar awal. Saya pasti Program Motivasi AMAR ini adalah program motivasi beliau yang paling meletup pernah diadakan di Malaysia. Program Motivasi AMAR adalah julung-julung kalinya diadakan di Sabah. Ini adalah kali pertama beliau mengadakan program motivasinya di Sabah.

InsyaAllah, sekiranya ada kelapangan pasukan Magictawau akan mempromosikannya di sekolah-sekolah sekitar Tawau. Sebarang kesulitan atau ingin mendaftar terus dengan kami boleh menghubungi 012-8161599 (Alif) atau layari laman web kami www.magictawau.net

Monday, July 4, 2011

Fariz Hilmi Finalist Bakat TV



Walaupun impian aku tidak tercapai masuk ke Bakat TV ni, namun rakan seperjuangan magic Mohamad Fariz Hilmi berjaya menunjukkan Magic adalah bakat yang sungguh menghiburkan dan berjaya masuk ke final. Persembahan beliau sungguh mengagumkan dan mempersonakan. Kehebatan beliau membuat manipulasi memang tidak boleh dipertikaikan. Tidak perlu diragui lagi kehebatan persembahan beliau.

Pada suku akhir lalu beliau membuat persembahan Card Manipulation, dan membawa beliau ke separuh akhir. Manakala separuh akhir pula beliau membuat CD manipulation. Sungguh berbakat beliau. Beliau melangkah ke peringkat akhir pada 19 Julai 2011 pukul 8.30 malam di TV2.

Semasa saya ke KL tempoh hari, saya sempat bertemu beliau dan berborak dengannya. Bagi saya beliau sudah memenangi untuk pertandingan Bakat TV ini kerana berjaya membawa bakat Magic yang dahulunya tidak diendahkan kini menjadi perhatian rakyat Malaysia. Saya berdoa agar beliau berjaya di akhir nanti. Saya pasti beliau akan berjaya . InsyaAllah. Magic kini terletak ditanganmu Fariz Hilmi..... teruskan usahamu....MAGICCC