Thursday, July 28, 2011

Mungkinkah Malaysia kempunan ke World Cup 2014?


Perlu mencari dua gol dalam perlawanan timbal balik pada 28 Julai ini adalah penentu segalanya. Sekiranya gagal memenangi perlawanan ini, bermakna Malaysia akan kempunan untuk ke kelayakan seterusnya menuju ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Kehangatan perlawanan timbal balik ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi, hinggakan jualan tiket habis dibeli oleh penyokong harimau malaya membuktikan betapa hangatnya perlawanan ini.

Sabtu lalu, Malaysia telah tewas kepada Singapura dengan jaringan 5- 3. Ini adalah misi mustahil untuk pasukan negara, untuk mencari 2 gol dalam masa 90 minit sangat memerlukan strategi yang mantap dan hebat. Pemain perlu lebih tenang dan fokus kepada perlawanan untuk mencari 2 gol lagi untuk memusnahkan impian Singapura. Dato Rajagopal perlu membuat strategi dengan teliti agar Malaysia menang dalam perlawanan ini.

RAMALAN MAGICTAWAU
Saya yakin malam ini Dato Rajagopal akan menggunakan strategi menyerang habis-habisan untuk mencari 2 gol. Semestinya yang memikul tanggungjawab ini adalah penyerang berbisa negara Safee Saali, saya juga meramalkan Dato Rajagopal akan menurunkan Hadi Yahya sebagai penyerang bagi membatu Safee Saali. Ini kerana permainan baik yang ditunjukkan pada sabtu yang lalu. Gurusamy juga pasti akan diturunkan, kehebatan beliau menggelecek dan menghantar bola boleh membantu penyerang-penyerang Malaysia. Begitu juga dengan Amirul Hadi, bagi saya perlu diturunkan kerana beliau serasi dengan Safee Saali.

Namun agak sedih Harimau Malaya kehilangan Safiq Rahim setelah mendapat kad merah tempoh hari. Dato Rajagopal perlu mencari pengganti yang sesuai. Pemain tengah yang kreatif dan tenang diperlukan dalam perlawanan sebegini. Kelemahan yang saya lihat bagi pasukan Malaysia adalah benteng pertahanan Malaysia. Kemasukkan Aidil pada malam ini diharap dapat membantu mengekang penyerang utama Singapura. Kelekaan pertahanan Malaysia sangat jelas sekali dan perlu dielakkan. Adalah lebih baik Malaysia menurunkan pertahanan ketika melawan pasukan Chelsea yang dilihat lebih kuat berbanding yang sekarang. Pertahanan Malaysia perlu kebal pada malam ini kerana pastinya Singapura akan melancarkan serangan kilat terhadap pasukan Malaysia.

Singapura pasti tidak akan berdiam diri, saya pasti seorang pertahanan Singapura akan sentiasa mengawal Safee Saali dimana sahaja beliau berada. Beliau akan menutup ruang dan menyekat Safee Saali dari melepaskan rembatan ke tiang gol Singapura. Corak bertahan dan serangan kilat pasti akan digunakan oleh pasukan Singapura. Mereka perlu pertahankan defisit 2 gol untuk menang perlawnan ini. Melambatkan permainan, cedera, bermain kasar dan serangan kilat pasti akan digunakan oleh pasukan Singapura . Mereka pasti akan bertahan sehabis yang boleh dan akan mencuba mencari gol untuk memberi tekanan kepada pasukan Malaysia.

Bagi saya kekuatan pasukan Singapura adalah Sepakan percuma luar kotak penalti dan Sepakan Sudut ini kerana mereka memiliki pemain import yang tinggi lampai. Mereka pasti akan menggunakan dua kelebihan ini untuk menjaringkan gol pada malam ini. Kelemahan pasukan Singapura pula, pemain-pemain yang berumur pasti tidak cergas sepenuhnya. Mereka hanya cergas pada masa pertama namun tidak masa yang kedua. Kelemahan ini patut diambil peluang oleh pasukan Malaysia.

Saya pasti perlawanan malam ini adalah suatu sejarah buat kedua-dua negara. Pastinya kedua-dua pasukan ingin memenangi perlawanan itu. Pelbagai strategi akan digunakan untuk memenangi perlawanan malam ini. Walaubagaimanapun saya tetap sokong HARIMAU MALAYA.

Strategi Harimau Malaya
  • Menyerang habis-habisan
Kelebihan Harimau Malaya malam ini
  • Penyerang berbisa Safee saali
  • Sepakan percuma Aidil
  • Kelincahan Gurusamy
  • Bermain tempat sendiri
Kelemahan Harimau Malaya malam ini
  • Pertahanan yang rapuh
  • Tidak ada pemain tengah yang kreatif
  • Cepat hilang tumpuan
  • Ketinggalan dua gol
Strategi Singapura malam ini
  • Bertahan habis-habisan
  • Melengahkan masa
  • Pura-pura cedera
  • Membuat serangan kilat
Kelebihan Singapura malam ini
  • Penyerang-penyerang import yang hebat
  • Sepakan percuma
  • Sepakan Sudut
  • Bekalan dua gol
Kelemahan Singapura malam ini
  • Kehilangan pertahanan kebal
  • Pemain tidak cergas (faktor umur)
  • kekurangan pemain yang berkaliber (mengharapkan pemain import)
  • Bermain tempat lawan

No comments: