Monday, August 29, 2011

Salam Raya Eidulfitri 2011


Saya ingin mengucapkan salam eidulfitri untuk semua. Mohon ampun dan maaf untuk semua pembaca setia blog magictawau. Diharapkan semua perbuatan kita sentiasa diberkati oleh Allah. Mudah-mudahan hari raya ini ibadah kita kepada Allah akan bertambah seperti bulan ramadhan juga. InsyaAllah kalau mau raya rumah saya SMS saya dulu ok. Persembahan istimewa kepada yang datang rumah.

Tapi raya pertama saya di Kampung Ranggu. Hari raya kedua baru ada dirumah Taman Ria. Apa-apa pun SMS saya dulu. Sekali lagi ucapan raya untuk semua. Maaf Zahir Batin.

Tuesday, August 23, 2011

Poster & Banner AMAR sudah siap...

Poster dan Banner Motivasi AMAR telah pun siap setelah ditempah beberapa minggu yang lalu. Poster ini akan diedarkan ke sekolah - sekolah berhampiran Tawau. Manakala Bannernya pula akan digantung di pagar perpustakaan Tawau.


Promosi akan bermula selepas hari raya ini. Kini saya mengumpul pasukan untuk bergerak selepas syawal nanti. Kepada peserta kumpulah duit raya sebagai yuran motivasi AMAR nanti. RM30 sahaja. Banyak manfaat yang akan kamu dapat daripadanya. Kepada rakan-rakan magic pun sama juga, ndak da freenya ya. Semua pun kena bayar. Jadi semua kena sedia RM30 ok.

InsyaAllah berdoa semuanya berjalan dengan lancar. Kita berusaha Allah yang menentukan. Allah akan membantu orang yang bersungguh-sungguh berusaha ke arah kebaikan.

Saturday, August 20, 2011

Burger & Fries untuk berbuka puasa...


Silap mata ringkas daripada saya. Magic hampir serupa begini pernah dipersembahkan oleh Cyril Takayama. Memang gempak magic ni. Setelah bertapa tujuh langit. meredah laut china selatan. jumpa 15 sifu-sifu di Malaysia ni. Akhirnya saya berjaya juga buat.

Persembahan ni semasa sambutan hari jadi di Hotel Promenod di Tawau Sabah. Magic ni boleh dibuat tatkala lauk berbuka puasa ndak da di meja makan. Bah, apa lagi? gunakan lah magic ni untuk berbuka. Save budget... hahahahahahaha.... ini semua illusi.. MAGICCC!!!!

Wednesday, August 17, 2011

Geng Mengaji Drama Terbaik....


Ha,ha,ha..... sepanjang drama ini dimainkan selama tu la aku ketawa ndak henti-henti. Drama beginilah yang aku tunggu seumur hidup aku. Bukannya apa drama melayu di TV ni asyik-asyik drama derita, cinta, bisnes koporat dan penyakit kritikal mau mampus. Lagi teruk drama melayu cerita pasal keluaraganya sengsara. Bapanya mati, maknya mati, adiknya mati dan akhir sekali dia yang mati. Drama begini semuanya mengarut......

Berbeza dengan Geng Mengaji, drama lawak dan santainya penuh dengan ilmu. Walaupun kita tergelak melihat ceritanya namun disebalik lawak jenaka yang dipamerkan semuanya penuh berpengajaran. Sebelum ini ada drama yang hampir sama dengan cerita drama ini iaitu "Geng Surau". Terus terang, ini drama yang terbaik untuk tontonan keluarga. Penuh nilai-nilai murni dan santai.

Geng Mengaji terdiri sekumpulan kanak-kanak yang sedang belajar mengaji dengan seorang Ustaz lakonan Razak Ahmad. Sepanjang mereka belajar mengaji banyak pengalaman lucu yang mereka alami. Sebenarnya, pengalaman yang mereka alami adalah pengalaman realiti kanak-kanak ketika pergi mengaji. Ada satu episode dimana seorang gengster besar pergi belajar mengaji dan bermula dari mukaddam. Bayangkan bagaimana ustaz tu mau mengajar pelajar gengster sudah orang tua gengster lagi tu. Siap dia belanja lagi budak-budak mengaji tu aiskrim. Memang lawak gila. Akhir sekali gengster tu merajuk sebab dituduh membakar gambar ustaz bersama Maher Zain. Sedangkan yang membakar gambar tersebut adalah kanak-kanak tersebut.

Setiap episod mempunyai cerita yang tersendiri. Diharapkan pihak produksi meneruskan cerita sebegini. Ia bukan sahaja cerita lawak semata-mata malah penuh dengan nilai murni. Sesuai ditonton semua peringkat umur. Saya tabik dengan pengarah dan penerbit drama ini. Sekurang-kurangnya ia mengubah jalan cerita drama melayu yang penuh dengan cerita sengsara....... GENG MENGAJI TERBAIK!!!!

Wednesday, August 10, 2011

Superstar of Magic, Magician Ghathering


Saya telah mendapat jemputan daripada rakan magic saya " David Lai ", beliau menjemput saya dan rakan-rakan magic yang lain untuk bersama-sama memeriahkan majlis "Superstar of Magic, Magician Ghathering" di Genting Hingland. Di majlis tersebut ada kelas dan persembahan silap mata daripada magician-magician jemputan khas yang semestinya terbaik dari Ladang. Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut 08 Oktober 2011 dan 09 Oktober 2011. Sekiranya tidak berhalangan saya akan pergi.

Pada tarikh tersebut juga saya majlis promosi Program Motivasi AMAR 2011, apa-apa pun saya akan cuba. Terima kasih David lai atas jemputan. Satu penghargaan untuk diri saya kerana sudi menjemput saya. Siapa lagi yang memeriahkan magic di Malaysia kalau bukan magician itu sendiri. Kepada rakan-rakan yang berkesempatan terutama yang disemenanjung, jangan lepaskan peluang ini. Anda boleh hubungi David lai atau Shahril Fuyoo Magic sekiranya berminat.

FROM "DAVID LAI" :

This is a once in a lifetime opportunity to meet , greet and witness some of the best magicians in the world , perform their mind blowing acts on our local shores .

I am organizing a Magician's DAY OUT with all my magician friends out there .
( Friends who are NOT magicians are cordially invited as well ) .

On the 8th of October 2011 , the day starts out with a workshop/lecture from Michael Finney and Kevin James .After that , there would be a short dinner session and a meet and greet session with all the magicians that came to perform :

a)Michael Finney
b)Victor Voitko
c)Timo Marc
d)Danny Cole
e)Juliana Chen
f)Adrien Soler
g)Kevin James

We will all have an early dinner and a chat session with all the Superstar Magicians . Venue of dinner is yet to be confirmed .

After dinner , we will then watch Superstars of Magic at Genting International Showroom at 9pm . You'll then get to witness 7 of the best magicians in the world perform in a jam packed , fast paced 75 minutes act .


Monday, August 8, 2011

Video Promosi Program Motivasi AMAR 2011




Ini sebahagian Video ringkas untuk Program Motivasi AMAR 2011 di Tawau Sabah. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Minggu lalu baru sahaja selesai berurusan untuk membuat banner dan print poster AMAR. InsyaAllah akan siap minggu ini juga. Kami Magictawau team akan bergerak mempromosinya di sekolah-sekolah kawasan Tawau. Jika tidak ada halangan kami akan membuat promosi di Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

PROGRAM MOTIVASI AMAR 2011 TAWAU SABAH
Tarikh: 23 Oktober 2011
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Auditorium Perpustakaan Tawau Sabah
Yuran : RM30 Seorang

Sekiranya berminat untuk menyertai program ini, anda boleh hubungi kami ditalian (012-8161599) Alif. Program ini terbuka untuk semua peminat-peminat AMAR diseluruh sabah. Remaja digalakkan untuk menyertainya. Penyertaan terhad kepada 300 orang sahaja.

Sunday, August 7, 2011

Belajar satu magic lebih baik daripada 100 magic.


Ini di antara silap mata yang sempat dirakam semasa berbuka semalam di Hotel Shervinton. Magic getah ini di antara silap mata kegemaran aku yang sangat mengagumkan. Walau beribu kali aku buat magic ini orang ramai masih tidak dapat membocorkan rahsia magic ini, malah Masked Magician pun ndak dapat bocorkan rahsia magic ini.

Di sini saya ingin menyarankan kepada magician yang baru belajar ilmu magic. Adalah lebih baik anda kuasai satu magic itu 100% daripada belajar 100 magic tapi satu pun tidak anda kuasai. Ini kerana magic yang anda kuasai 100% lebih meyakinkan anda untuk membuat persembahan tersebut. Malah kesenian magic itu terserlah apabila anda menguasai magic itu 100%. Bukanlah saya tidak galakkan anda untuk belajar banyak magic, tapi pastikan anda kuasai 100% magic yang anda ingin persembahkan barulah beralih ke magic yang baru.

Kebanyakkan magician yang baru terkandas dalam penguasaan sesebuah magic. Risiko amat tinggi sekiranya anda tidak kuasai 100% magic itu. Magic anda bukan sahaja tidak menjadi malah kantoi oleh penonton dan ini bloeh menjatuhkan diri anda sebagai seorang ahli silap mata. Oleh itu, kuasai satu magic itu 100% barulah beralih ke magic yang lain. Selamat belajar.

Saturday, August 6, 2011

Penghargaan Daripada Hotel Shevirton.

Jutaan terima kasih untuk Hotel Shevirton atas penghargaan sijil dan DVD yang diberi kepada kami. General Manager Clement, PA Manager Danish, Kak Rose, Zain dan rakan-rakan Shevirton Hotel. Kamu semua memang sempoi,,,, Belum pernah lagi kami buat persembahan terima sijil penghargaan. Wah, boleh di frame di ruang tamu!



Makanan masa buka puasa tu pun memang sedap gila. Tabik dengan Chef Shamsul, memang kalau boleh semua mau disumbat diperut. Nasib baik tong perut ku kecil syak. Siap ada ABC tu yang ndak ditahan. Saya dan Arman sudah melihat DVD tu memang jelas dan terbaik. Seperti lihat rancangan Juara Lagu.

Sempat juga buat silap mata masa berbuka tu, respon yang diberi sungguh mengagumkan, respon sedemikian yang beri kami semangat untuk buat magic yang terbaik.Penghargaan ini satu motivasi untuk kami buat yang terbaik dimasa akan datang. Mudah-mudahan kerjasama ini akan berterusan buat selamanya. Terima kasih daun keladi harap jemput lagi....hehehehehe...