Sunday, August 7, 2011

Belajar satu magic lebih baik daripada 100 magic.


Ini di antara silap mata yang sempat dirakam semasa berbuka semalam di Hotel Shervinton. Magic getah ini di antara silap mata kegemaran aku yang sangat mengagumkan. Walau beribu kali aku buat magic ini orang ramai masih tidak dapat membocorkan rahsia magic ini, malah Masked Magician pun ndak dapat bocorkan rahsia magic ini.

Di sini saya ingin menyarankan kepada magician yang baru belajar ilmu magic. Adalah lebih baik anda kuasai satu magic itu 100% daripada belajar 100 magic tapi satu pun tidak anda kuasai. Ini kerana magic yang anda kuasai 100% lebih meyakinkan anda untuk membuat persembahan tersebut. Malah kesenian magic itu terserlah apabila anda menguasai magic itu 100%. Bukanlah saya tidak galakkan anda untuk belajar banyak magic, tapi pastikan anda kuasai 100% magic yang anda ingin persembahkan barulah beralih ke magic yang baru.

Kebanyakkan magician yang baru terkandas dalam penguasaan sesebuah magic. Risiko amat tinggi sekiranya anda tidak kuasai 100% magic itu. Magic anda bukan sahaja tidak menjadi malah kantoi oleh penonton dan ini bloeh menjatuhkan diri anda sebagai seorang ahli silap mata. Oleh itu, kuasai satu magic itu 100% barulah beralih ke magic yang lain. Selamat belajar.

No comments: