Wednesday, August 17, 2011

Geng Mengaji Drama Terbaik....


Ha,ha,ha..... sepanjang drama ini dimainkan selama tu la aku ketawa ndak henti-henti. Drama beginilah yang aku tunggu seumur hidup aku. Bukannya apa drama melayu di TV ni asyik-asyik drama derita, cinta, bisnes koporat dan penyakit kritikal mau mampus. Lagi teruk drama melayu cerita pasal keluaraganya sengsara. Bapanya mati, maknya mati, adiknya mati dan akhir sekali dia yang mati. Drama begini semuanya mengarut......

Berbeza dengan Geng Mengaji, drama lawak dan santainya penuh dengan ilmu. Walaupun kita tergelak melihat ceritanya namun disebalik lawak jenaka yang dipamerkan semuanya penuh berpengajaran. Sebelum ini ada drama yang hampir sama dengan cerita drama ini iaitu "Geng Surau". Terus terang, ini drama yang terbaik untuk tontonan keluarga. Penuh nilai-nilai murni dan santai.

Geng Mengaji terdiri sekumpulan kanak-kanak yang sedang belajar mengaji dengan seorang Ustaz lakonan Razak Ahmad. Sepanjang mereka belajar mengaji banyak pengalaman lucu yang mereka alami. Sebenarnya, pengalaman yang mereka alami adalah pengalaman realiti kanak-kanak ketika pergi mengaji. Ada satu episode dimana seorang gengster besar pergi belajar mengaji dan bermula dari mukaddam. Bayangkan bagaimana ustaz tu mau mengajar pelajar gengster sudah orang tua gengster lagi tu. Siap dia belanja lagi budak-budak mengaji tu aiskrim. Memang lawak gila. Akhir sekali gengster tu merajuk sebab dituduh membakar gambar ustaz bersama Maher Zain. Sedangkan yang membakar gambar tersebut adalah kanak-kanak tersebut.

Setiap episod mempunyai cerita yang tersendiri. Diharapkan pihak produksi meneruskan cerita sebegini. Ia bukan sahaja cerita lawak semata-mata malah penuh dengan nilai murni. Sesuai ditonton semua peringkat umur. Saya tabik dengan pengarah dan penerbit drama ini. Sekurang-kurangnya ia mengubah jalan cerita drama melayu yang penuh dengan cerita sengsara....... GENG MENGAJI TERBAIK!!!!

No comments: