Saturday, August 6, 2011

Penghargaan Daripada Hotel Shevirton.

Jutaan terima kasih untuk Hotel Shevirton atas penghargaan sijil dan DVD yang diberi kepada kami. General Manager Clement, PA Manager Danish, Kak Rose, Zain dan rakan-rakan Shevirton Hotel. Kamu semua memang sempoi,,,, Belum pernah lagi kami buat persembahan terima sijil penghargaan. Wah, boleh di frame di ruang tamu!



Makanan masa buka puasa tu pun memang sedap gila. Tabik dengan Chef Shamsul, memang kalau boleh semua mau disumbat diperut. Nasib baik tong perut ku kecil syak. Siap ada ABC tu yang ndak ditahan. Saya dan Arman sudah melihat DVD tu memang jelas dan terbaik. Seperti lihat rancangan Juara Lagu.

Sempat juga buat silap mata masa berbuka tu, respon yang diberi sungguh mengagumkan, respon sedemikian yang beri kami semangat untuk buat magic yang terbaik.Penghargaan ini satu motivasi untuk kami buat yang terbaik dimasa akan datang. Mudah-mudahan kerjasama ini akan berterusan buat selamanya. Terima kasih daun keladi harap jemput lagi....hehehehehe...

No comments: