Tuesday, August 23, 2011

Poster & Banner AMAR sudah siap...

Poster dan Banner Motivasi AMAR telah pun siap setelah ditempah beberapa minggu yang lalu. Poster ini akan diedarkan ke sekolah - sekolah berhampiran Tawau. Manakala Bannernya pula akan digantung di pagar perpustakaan Tawau.


Promosi akan bermula selepas hari raya ini. Kini saya mengumpul pasukan untuk bergerak selepas syawal nanti. Kepada peserta kumpulah duit raya sebagai yuran motivasi AMAR nanti. RM30 sahaja. Banyak manfaat yang akan kamu dapat daripadanya. Kepada rakan-rakan magic pun sama juga, ndak da freenya ya. Semua pun kena bayar. Jadi semua kena sedia RM30 ok.

InsyaAllah berdoa semuanya berjalan dengan lancar. Kita berusaha Allah yang menentukan. Allah akan membantu orang yang bersungguh-sungguh berusaha ke arah kebaikan.

No comments: