Friday, September 30, 2011

Magictawau Clown Alfian di Eastern Plaza Tawau




Semuanya berjalan lancar, terima kasih untuk TM (Telekom Malaysia) atas kepercayaan menggunakan khidmat Clown kami untuk event kamu di Tawau. InsyaAllah ada rezeki dilain masa kami sedia berkhidmat dan buat yang terbaik. Terima kasih untuk badut Coco De Clown (Mohd Alfian) memang terbaik. Perkhidmatan lebih daripada terbaik ditunjukkan. Harap kerjasama akan berterusan.


Friday, September 23, 2011

Raya MyTawau di Shevirton Hotel





Sambutan Raya Mytawau diserikan dengan persembahan silap mata daripada kami. Terima kasih MyTawau atas jemputan.


Eyzaar Birthday Magic Show

Rezeki melimpah ruah.... Syukur kepada Mu ya Allah.... Bermula hari raya hingga ke hari ini, persembahan silap mata tanpa henti kami telah dijemput. Sepertinya tiada rehat untuk kami. Hinggakan aku kekurangan tidur dan kurang sihat. Dengan kesibukan promosi motivasi AMAR menyebabkan team kami sedikit bertelagah antara satu sama lain. Tapi bila dapat bayaran semuanya terus selesai.ha,ha,ha... Lucu juga kalau difikirkan.

Terima kasih untuk keluarga Azryaan menjemput kami memeriahkan sambutan hari jadinya pada malam itu. Dapat menyanyi lagi untuk keluarga beliau. Ingat orang muda ndak tau nyanyi lagu lama-lama ka? ha,ha,ha....

Mudah-mudahan rezeki yang melimpah ruah ini memberi kami semangat untuk terus berusaha keras membuat yang terbaik disetiap persembahan kami. Amin...

Perkhidmatan Badut (Clown) & Silap Mata (Magic) di Hari Jadi Eyzaar Birthday. Selamat hari Lahir, moga panjang umur murah rezeki.




Monday, September 19, 2011


Saksikan siaran semula Fuyoo Magic musim 1 dan musim 2 di saluran 104 Astro Ria setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.

Anda ingin Shahril Fuyoo Magic memeriahkan majlis anda?

Hubungi kami ditalian 012-8161599

Kami akan pastikan majlis anda dipenuhi dengan suasana magika yang penuh dengan keajaiban.

Thursday, September 15, 2011

Persembahan Silap Mata untuk semua...


Saksikan persembahan silap mata daripada "Magictawau Team" sempena Promosi Motivasi AMAR 2011 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 12 September 2011
Hari: Sabtu
Masa: 10.00 Pagi
Tempat : Perpustakaan Tawau

Semua warga Tawau dijemput hadir... Masuk adalah PERCUMA (FREE)...

Wednesday, September 14, 2011

Pemberian Surat dan Poster Motivasi AMAR ke SMK sekitar Tawau

SMK Kinabutan Tawau

Bersama pengetua SM Holy Trinity



SMK Jalan APAS Tawau

SM ST. Patrick Tawau

SMK Teknik Tawau

Monday, September 12, 2011

Promosi Motivasi AMAR di Sambutan Raya Pakatan Rakyat








Kami tidak menyebelahi mana-mana parti politik, mahupun kerajaan atau pembakang. Kami diupah untuk membuat persembahan silap mata. Kami pun ambil syak la. Jadi jangan salah faham. Berkesempatan itu kami sempat mempromosikan motivasi AMAR untuk pengunjung yang hadir. Dapat berjumpa kawan-kawan lama dan kumpulan UNIC. Terima kasih untuk ardysabry.net kerana mengambar ketika kami membuat persembahan.

Saturday, September 10, 2011

Promosi Motivasi AMAR di SMK Kuhara dan Perpustakaan





Saya yakin Program Motivasi AMAR ini paling meletup.....

Friday, September 9, 2011

Amin Birthday Show...




Terima kasih untuk keluarga Amin dan cikgu Suzana kerana menjemput kami memeriahkan majlis hari jadi tersebut. Memang seronok buat magic dengan keluarga mereka. Semua sporting dan santai. Kami diberi peluang mengendalikan majlis hari jadi tersebut 100% termasuk game show. Buat pertama kalinya kepercayaan sepenuhnya diberi kepada kami mengendalikan sesebuah majlis hari jadi. Nasib baik aku ni cikgu ada juga pengalaman mengendalikan sukaneka.

Saya, Arman Magic dan Badut Seram Hafiz berjaya menghiburkan hadirin yang datang pada malam itu. Walaupun pom belon badut seram kita hilang ntah ghaib ditapuk Jin. Paling seronok sekali dapat duit raya. Sudahlah dapat upah show dapat duit raya lagi. Thumbs Up for this famili. Bahagia kalau 100 keluarga jenis begini. ha,ha,ha,ha.... tidak lupa juga untuk adik cute Farah dan kakaknya yang cantik...tq atas gambar kami...

Monday, September 5, 2011

Pendaftaran Motivasi AMAR


Pendaftaran akan dibuka pada ketetapan berikut:

PENDAFTARAN MOTIVASI AMAR 2011
Tarikh: 10 & 11 September 2011
Hari: Sabtu & Ahad
Tempat : Perpustakaan Tawau

Sila bawa yuran sebanyak RM3o.....

Thursday, September 1, 2011

Juara Dalam diri - AMAR (Feat Fadzli Yusof)



Pendaftaran di sekolah-sekolah telah dibuka. Anda boleh mendaftar atau bertanya dengan guru-guru berkenaan di sekolah masing-masing:

SMK. Kuhara Tawau - (Cikgu Juliana, Cikgu Burhanuddin, Cikgu Aswandi)

Sekolah Agama Islamiah Tawau - (Ustaz Hafiz)

SMK Balung Tawau - (Cikgu Hanifa)

SMK Abaka Tawau - (Cikgu Samsudin Ejum)

SM Konvent Tawau - (Cikgu Rasmawati)

SMK Titingan Tawau - (Cikgu Jaitun Suman)

SMK. Kinabutan - (Cikgu Mad Islaihi, Cikgu Arinawaty)


lagu "Juara dalam Diri" nyanyian AMAR feat Fadzli Yusof boleh dianggap lagu tema untuk Program Motivasi AMAR jelajah Malaysia di Tawau nanti. Lagu ini berunsur motivasi diri yang merujuk kepada diri sendiri yang mempunyai kekuatan sebagai seorang juara.

Lagu ini juga memberi kata-kata semangat untuk diri kita agar sentiasa maju ke hadapan. Sifat juara itu ada dalam diri seseorang, hanya kita yang perlu berusaha dan tanamkan sikap ingin menjadi juara.

Mari hayati liriknya bersama-sama...