Friday, September 23, 2011

Eyzaar Birthday Magic Show

Rezeki melimpah ruah.... Syukur kepada Mu ya Allah.... Bermula hari raya hingga ke hari ini, persembahan silap mata tanpa henti kami telah dijemput. Sepertinya tiada rehat untuk kami. Hinggakan aku kekurangan tidur dan kurang sihat. Dengan kesibukan promosi motivasi AMAR menyebabkan team kami sedikit bertelagah antara satu sama lain. Tapi bila dapat bayaran semuanya terus selesai.ha,ha,ha... Lucu juga kalau difikirkan.

Terima kasih untuk keluarga Azryaan menjemput kami memeriahkan sambutan hari jadinya pada malam itu. Dapat menyanyi lagi untuk keluarga beliau. Ingat orang muda ndak tau nyanyi lagu lama-lama ka? ha,ha,ha....

Mudah-mudahan rezeki yang melimpah ruah ini memberi kami semangat untuk terus berusaha keras membuat yang terbaik disetiap persembahan kami. Amin...

Perkhidmatan Badut (Clown) & Silap Mata (Magic) di Hari Jadi Eyzaar Birthday. Selamat hari Lahir, moga panjang umur murah rezeki.




No comments: