Monday, October 24, 2011

Motivasi AMAR berakhir di Tawau Sabah.



Tawau Sabah adalah destinasi yang terakhir untuk Motivasi AMAR jelajah Malaysia 2011. Menurut beliau Tawau adalah destinasi yang ke - 31. Keberjayaan program ini adalah bantuan dan gerakan oleh pasukan Magictawau Team termasuk Isteri dan anak murid saya. Kesemua peserta program sangat berpuas hati dengan motivasi yang diberikan.

Untuk pengetahuan anda, inilah kali pertama juga saya melihat AMAR memberi motivasi kepada pelajar. Sebelum ini hanya melihat silap mata sahaja. Pengisian program diserikan dengan kumpulan nasyid NEELAM iaitu kumpulan nasyid anak jati Tawau yang ketuai oleh saudara Alias. Kemudian program tersebut juga menjemput magician dari Sandakan iaitu Irfan dan dari Tawau Arman Magic. Tidak ketinggalan saya sendiri mempersembahkan silap mata.


Sehari sebelum motivasi ini bermula, saya dan AMAR telah menghadapi kemalangan jalan raya. Mujur tiada sebarang kecederaan di antara kami, hanya kereta sahaja rosak teruk. Namun kemelangan itu sedikit menyetak semangat kami untuk menghadapi program motivasi esok harinya. Aku berada dalam kejutan begitu juga dengan AMAR. Alhamdulilah pada pagi motivasi tersebut kami berjaya memulihkan semangat untuk meneruskan Program motivasi berkenaan.

Mungkin disebalik kejadian tersebut ada hikmahnya. Ucapan terima kasih untuk AMAR kerana sudi datang ke Tawau untuk memberi motivasi kepada anak jati Tawau. Mohon maaf sebarang kekurangan sepanjang program ini dijalankan. InsyaAllah dimasa akan datang akan diperbaiki. Jika tidak ada halangan akan menjemput beliau sekali lagi...AMAR is the best....

Wednesday, October 19, 2011

Bank Rakyat Tawau Show




Show kali ini ada sedikit kelainan, aku telah membuat cara terbaru iaitu dengan menjadi "Magical Clown". Aku sahaja mau cuba try test persembahan cara begini. Aku mau lihat reaksi penonton terhadap persembahan kami. Secara keseluruhannya, watak Magical clown ini bukan la senang seperti yang dijangkakan. Tapi ada banyak kelebihan, kerana aku sentiasa menjadi perhatian ketika majlis. Selain itu kelebihan menjadi magical clown ini kita boleh buat perkara gila-gila seperti melompat, menari, ketawa dan melambai siapa sahaja kita suka. Sepertinya bebas daripada apa yang tidak biasa dibuat.

Kelemahannya pula, orang sentiasa anggap kau macam barang mainan. Sampai mau ditumbuk sesuka hati ketika kita buat magic. Rasa seram sejuk juga dibuatnya. Tapi itu cabaran menjadi magical clown. Dimasa akan datang akan difikirkan sama ada mau teruskan atau tidak. Terima kasih untuk Irfan dan Hadrian membantu Magictawau Team untuk persembahan malam itu. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan sepertinya tiada tamat.

Wednesday, October 5, 2011

Perkhidmatan Photographer AdrySabry

Magictawau Entertaiment maju selangkah lagi, kini kami menyediakan perkhidmatan photographer. Jangan risau photographer ini tidak akan buat sesuatu yang ajaib, photographer ini normal seperti manusia biasa. Perkhidmatan photographer ini adalah sahabat sejati saya semenjak sekolah menengah lagi iaitu Adry Sabry. Dahulunya kami rakan seperjuangan dalam Nasyid, apabila dewasa masing-masing bawa haluan. Tidak sangka beliau mempunyai kesenian dalam bidang ambil gambar. Oleh kerana saya juga buat persembahan silap mata di majlis-majlis tertentu maka seringlah berjumpa dengan beliau kerana khidmatnya pun sama seperti kami. Oleh itu kami bersepakat untuk berkerjasama untuk bergabung memberi perkhidmatan untuk orang ramai. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang beliau : adrysabry.net atau hubungi telefon beliau 0146781836. Di antara perkhidmatan photographer beliau:
  1. Majlis perkahwinan
  2. Majlis hari jadi
  3. Persendirian
  4. Majlis-majlis koporat
  5. dan lain-lain lagi

CONTOH-CONTOH HASIL SENI BELIAU