Wednesday, October 19, 2011

Bank Rakyat Tawau Show




Show kali ini ada sedikit kelainan, aku telah membuat cara terbaru iaitu dengan menjadi "Magical Clown". Aku sahaja mau cuba try test persembahan cara begini. Aku mau lihat reaksi penonton terhadap persembahan kami. Secara keseluruhannya, watak Magical clown ini bukan la senang seperti yang dijangkakan. Tapi ada banyak kelebihan, kerana aku sentiasa menjadi perhatian ketika majlis. Selain itu kelebihan menjadi magical clown ini kita boleh buat perkara gila-gila seperti melompat, menari, ketawa dan melambai siapa sahaja kita suka. Sepertinya bebas daripada apa yang tidak biasa dibuat.

Kelemahannya pula, orang sentiasa anggap kau macam barang mainan. Sampai mau ditumbuk sesuka hati ketika kita buat magic. Rasa seram sejuk juga dibuatnya. Tapi itu cabaran menjadi magical clown. Dimasa akan datang akan difikirkan sama ada mau teruskan atau tidak. Terima kasih untuk Irfan dan Hadrian membantu Magictawau Team untuk persembahan malam itu. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan sepertinya tiada tamat.

No comments: