Monday, October 24, 2011

Motivasi AMAR berakhir di Tawau Sabah.



Tawau Sabah adalah destinasi yang terakhir untuk Motivasi AMAR jelajah Malaysia 2011. Menurut beliau Tawau adalah destinasi yang ke - 31. Keberjayaan program ini adalah bantuan dan gerakan oleh pasukan Magictawau Team termasuk Isteri dan anak murid saya. Kesemua peserta program sangat berpuas hati dengan motivasi yang diberikan.

Untuk pengetahuan anda, inilah kali pertama juga saya melihat AMAR memberi motivasi kepada pelajar. Sebelum ini hanya melihat silap mata sahaja. Pengisian program diserikan dengan kumpulan nasyid NEELAM iaitu kumpulan nasyid anak jati Tawau yang ketuai oleh saudara Alias. Kemudian program tersebut juga menjemput magician dari Sandakan iaitu Irfan dan dari Tawau Arman Magic. Tidak ketinggalan saya sendiri mempersembahkan silap mata.


Sehari sebelum motivasi ini bermula, saya dan AMAR telah menghadapi kemalangan jalan raya. Mujur tiada sebarang kecederaan di antara kami, hanya kereta sahaja rosak teruk. Namun kemelangan itu sedikit menyetak semangat kami untuk menghadapi program motivasi esok harinya. Aku berada dalam kejutan begitu juga dengan AMAR. Alhamdulilah pada pagi motivasi tersebut kami berjaya memulihkan semangat untuk meneruskan Program motivasi berkenaan.

Mungkin disebalik kejadian tersebut ada hikmahnya. Ucapan terima kasih untuk AMAR kerana sudi datang ke Tawau untuk memberi motivasi kepada anak jati Tawau. Mohon maaf sebarang kekurangan sepanjang program ini dijalankan. InsyaAllah dimasa akan datang akan diperbaiki. Jika tidak ada halangan akan menjemput beliau sekali lagi...AMAR is the best....

No comments: