Wednesday, November 30, 2011

Belajar Silap Mata (Sebalik Cermin)




Antara Magic kegemaran ku kalau buat Street Magic. Mudah dan mengagumkan. Nantikan DVD Belajar Silap Mata (Street Magic) tahun 2012 akan datang. Itulah dikatakan sebagai MAGICCC!!!

Friday, November 25, 2011

Belajar Silap Mata (Naluri)




Tahun 2012, saya akan mengeluarkan DVD Belajar Silap Mata untuk sesiapa yang berminat dengan silap mata. Saya akan membongkarkan beberapa rahsia silap mata kegemaran saya yang sering saya persembahkan kepada orang ramai. Mudah dan mengagumkan.

Sebelum menjualnya tahun 2012, saya akan mengupload video-video yang bakal saya ajarkan dalam DVD tersebut. DVD ini khusus kepada yang baharu berjinak dalam silap mata. Untuk yang profesional, sokongan kamu pun memadai.

Sekiranya anda berminat memiliki DVD ini, bolehlah membuat tempahan awal dengan saya. Anda boleh hantarkan hubungi saya melalui:

HP : 012-8161599
email: admin@magictawau.net

Tuesday, November 1, 2011

Kota Kinabalu & SM Teknik Magic Show

Alhamdulilah semua berjalan lancar. Saya rangkumkan kedua-dua show saya di Kota Kinabalu dan SM Teknik Tawau. Keseluruhan banyak yang kami pelajari daripada kedua-dua persembahan yang kami telah buat. Banyak pengalaman yang kami pelajari. InsyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.


Saya mulakan show di Kota Kinabalu, kebetulan sekolah saya mengadakan rombongan ke Kota Kinabalu jadi saya mengambil kesempatan untuk pergi ke KK dan terus buat show di sana. Ini kali pertama Magictawau Team buat persembahan di Kota Kinabalu. 10 jam perjalanan memang sugguh meletihkan. Majlis Bank Rakyat pada malam itu memang sungguh meriah dengan persembahan tarian dan nyanyian Abu Bakar Ella (AMPAL). Persembahan magic kami di akhir acara. Kira persembahan kami adalah persembahan istimewa la.


Kami sempat berjalan-jalan dan berjumpa dengan rakan-rakan magic di Kota Kinabalu. Terima kasih semua kawan-kawan di KK. Bercerita dengan kamu tidak kosong semata-mata tapi penuh dengan ilmu perkongsian magic. Memang seronok sepanjang berada di Kota Kinabalu. InsyaAllah ada rezeki kami akan ke sana lagi.


Semasa perjalan pulang ke Tawau pula, kami mendapat panggilan untuk persembahan silap mata sempena Hari Kecemerlangan SM Teknik Tawau. WalaUpun penat, tidak menghalang kami membuat persembahan yang terbaik. Sambutan pelajar SM Teknik sungguh meriah. Sorakan mereka memberi kami semangat untuk buat yang terbaik. Segala penat kami dari Kota Kinabalu terubat dengan sorakan pelajar-pelajar.


Terima kasih kepada kedua-dua pihak atas kepercayaan anda terhadap kami untuk memeriahkan majlis anda. Untuk Bank Rakyat, terima kasih daun keladi. Untuk SM Teknik, kepercayaan kamu sungguh kami hargai. Terima kasih banyak-banyak. Persembahan yang terbaik adalah janji kami untuk kamu semua.