Monday, January 30, 2012

Hafiz AF7 pakaian comot mengangkat lagu "AWAN NANO"



Tidak dapat disangkal lagi Hafiz AF7 dengan lagunya Awan Nano diangkat menjadi Lagu terbaik dalam Juara Lagu ke-26 pada 29 Januari 2012. Lagu oleh M.Nasir dan Lirik oleh Budi Hekayat menggegarkan stadium Putra Bukit Jalil semalam.


Namun apa yang menarik perhatian saya, pakaian yang digunakan oleh Hafiz. Sungguh comot, kotor dan cincai. Tidak seperti peserta yang lain. Namun disebalik comotnya itu, ada penceritaan yang menarik. Kesinambungan dari Video Klip Awan Nano di bawa ke pentas merupakan idea yang sangat kreatif. Ditambah lagi dengan kehadiran Herman Tino sebagai Bapa kepada Hafiz menghidupkan lagi watak dalam lagu tersebut.


Suara hafiz dan penghayatannya sungguh mantap. Memang sampai kepada penonton yang melihatnya. Tercengang melihat Hafiz menyanyi final tersebut. Tidak hairan dan tidak boleh dipertikai Hafiz menang pada malam itu. Comot bukan semberangan comot ini comot Juara. Tahniah Hafiz AF7.


No comments: