Sunday, February 26, 2012

Malaysia Street Hypnosis - Red Balloon



Alhamdulillah, hari sabtu yang lalu saya dan rakan magic membuka gerai jualan barangan silap mata. Dikesempatan itu saya membuat persembahan Hynopsis saya yang masih dipelajari. Semuanya berjalan lancar dan berjaya.

Untuk kali ini, saya menggunakan belon merah sebagai isyarat untuk mereka memberi barangan berharga mereka. Apa yang menyeronokkan mereka langsung tidak ingat apa yang telah berlaku. Mereka sama sekali tidak tahu bila dan kenapa mereka memberi dompet dan jam tangan mereka dengan saya.

Ini sebahagian daripada Pukau yang sering disalah gunakan oleh orang yang mempelajari ilmu ini. Sesetengah orang tidak percaya akan pukau dan menganggap ia menggunakan ilmu hitam dan bantuan jin. Namun bagi saya ia hanya mainan minda dan ia sangat berkaitan dengan minda bawah sedar. Saya sama sekali tidak menggunakan bacaan atau bantuan makhluk lain.

Sekiranya anda mempelajari ilmu hypnosis atau ilmu minda bawah sedar anda akan mengetahui serba sedikit bagaimana minda boleh dimanipulasi. Untuk mengelakkan diri anda di Pukau, berhati-hati berkomunikasi dengan orang yang anda tidak kenali dan jangan turuti perkataan dan perbuatan yang mereka lakukan. Anda tidak akan terPUKAU sekiranya anda menidakkan apa yang mereka mahukan.

Wednesday, February 22, 2012

Khidmat Silap Mata (Magician)



Persembahan Silap mata (magic)kini menjadi trend pada masa kini. Perkhidmatan daripada mereka maka meriahlah suasana majlis tersebut. Hari Jadi (birthday party), perkahwinan (wedding), makan malam (dinner night), pesta besar (Event) dan macam-macam majlis lagi kami sentiasa bersedia untuk anda. Maka dengan itu kami daripada MAGICTAWAU ENTERTAIMENT menyediakan khidmat persembahan silap mata (Magic), khidmat badut (Clown)  untuk memeriahkan majlis anda. Harga persembahan boleh dirunding berdasarkan majlis berkenaan hubungi kami ditalian: ABDULLAH ALIF DAHLAN (012-8161599 ) admin@magictawau.net

PROMOSI untuk Hari Jadi & Hari Keluarga


PAKEJ PROMOSI UNTUK HARI JADI & HARI KELUARGA

Silap Mata Untuk 30Minit
  • Persembahan silap mata yang mengagumkan hadirin.
  • Hadirin merasai keunikan silap mata kami.
  • Menghiburkan dan seronok keutamaan kami.
 Badut & Belon Untuk 2 jam
  • Belon pelbagai bentuk seperti bunga, beruang, pedang, dan lain-lain
  • Semua hadirin akan mendapatkan belon sebagai cnderahati istimewa
 Permainan
  • Permainan menyeronokkan untuk hadirin yang hadir.
  • Hadiah disediakan untuk pemenang-pemenang
Mascot (Tom & Jerry)
  • Membuat lawak

*Harga boleh dirunding dengan kami mengikut kesesuaian majlis. 
*Luar daerah Tawau kami akan ada bayaran tambahan untuk Kenderaan, Penginapan, dan Makan Minum mengikut daerah atau negeri.

Hubungi Kami:
MagicTawau (017-8201504)
tawaumagic@gmail.com

 

Monday, February 20, 2012

Program Motivasi AMAR 2012 (SMA Mohammad Ali)




Program Motivasi AMAR di SMA Muhammad Ali di Ranau Sabah. Penat, penat dan penat. Alhamdulillah program berjaya dilaksanakan. Terima kasih untuk AMAR atas kepercayaan menjadi pengurus untuk Program Motivasi berkenaan. Banyak pengalaman yang ditimbah.


Perjalanan ke Ranau sudah menjelaskan segala-galanya. Aku muntah hingga tiga kali sepanjang perjalanan menuju ke Ranau. Sambutan yang sangat menggalakkan. InsyaAllah tidak ada halangan melintang akan datang ke daerah lain pula.


Aku pelik kenapa sekolah di daerah Tawau tidak berminat dengan Motivasi AMAR. Adakah guru, sekolah atau murid?. Harapan warga Tawau menyokong program yang berbentuk ilmiah berbanding perkara sia-sia. Kalau konsert Rock, mesti ramau sokong. Itulah orang Tawau.

Sunday, February 12, 2012

Festival Kebudayaan Tawau & Clown Servis

Alhamdullilah, semalam berjaya menyelesaikan dua show. Seperti sedia maklum kami membuat persembahan di Festival Kebudayaan Tawau. Persembahan kami diawal acara tersebut. Agak gementar juga bila di atas pentas. Semuanya berjalan lancar. Sekali lagi terima kasih Datuk Mohd Jeffry Rosman atas peluang yang diberi. Sejarah terbesar untuk kami dapat buat persembahan pada malam tersebut.


Pada malam yang sama, saya menerima khidmat clown dan game show. Nasib baik persembahan kami di festival tersebut yang paling awal. Selesai sahaja persembahan terus lari ke tempat hari jadi yang tidak jauh dari bandar Tawau juga. Saya sudah siap sedia bahan-bahan untuk hari jadi berkenaan. Jadi tidak juga kelam kabut bila sampai di sana. Cuma mandi peluh sahaja malam tersebut.


Kedua-dua tempat mendapat respon yang baik. Alhamdulilah, kami sentiasa berikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua tugasan yang diberikan. Terima kasih kepada yang mempercayai perkhidmatan kami.

Saturday, February 11, 2012

Harris Birthday Magic Show





Ribuan terima kasih untuk keluarga Harris menjemput Magictawau Team untuk memeriahkan majlis hari jadinya semalam pada 10 Februari 2012. Ini adalah hari jadinya yang ke 5 tahun. Ternganga melihat magic kami. Saya, Arman dan Hadrian bersama-sama meraikan hari jadi dan persembahan silap mata pada malam itu. Memang syok bah.

Tuesday, February 7, 2012

Qdess Tawau Clown



Hari ni khidmat clown di Qdess cawangan Tawau. Iaitu taska swasta yang baru sahaja dibuka. Kami dijemput untuk memeriahkan hari jadi salah seorang pelajar taska tersebut. Rakan Arman dan Hafiz menghiburkan kanak-kanak tersebut hingga tidak kering gusi dibuatnya.

Taska tersebut berhampiran dengan Hotel Emas Tawau. Kemudahan dalam taska tersebut saya boleh katakan "first class", keselamatan terjamin 100%. Mana tidaknya siap ada CCTV, pintu guna password, siap ada taman permainan, air cond lagi tu. Murid berumur sekitar 3 hingga 6 tahun. English sebagai bahasa penghantar. Bertuah budak-budak taska tersebut. Terima kasih ibu kepada Amin kerana menjemput kami.

Monday, February 6, 2012

Magictawau Team di Festival Kebudayaan Tawau 2012



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kami diberi peluang untuk menghiburkan penduduk Tawau di Festival Kebudayaan Tawau. Festival ini merupakan acara tahunan daerah Tawau dan termasuk dalam kalendar Pelancongan Malaysia. Tahun lalu, festival ini memperkenalkan kebudayaan bangsa dan suku kaum yang terdapat di Tawau. Tahun ini pula, saya dikhabarkan 7 buah negara dari luar negara turut bersama-sama menjayakan festival ini.


Kami mengucapkan jutaan terima kasih untuk Datuk Mohd Jeffry Rosman kerana memberi kami peluang untuk menunjukkan bakat silap mata kami di festival tersebut. Peluang ini kami tidak akan sia-siakan. Kami akan buat sebaik yang mungkin. Saya bersama rakan-rakan magic akan siap siaga membuat Festival tersebut menjadi sesuatu yang ajaib.


Dengar khabar juga, Hafiz AF7 yang baru saja menjuarai AJL 26 turut hadir di festival tersebut. Awan Nano turun Tawau. Meletup geng. Apa-apa pun siap sedia untuk festival nanti. Itulah dikatakan sebagai MAGICC!!!

Wednesday, February 1, 2012

Magictawau Team beraksi semula..






Hampir setahun kami tidak buka gerai sebegini, akhirnya kami berjaya membukanya semula. Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan. Dahulunya hanya dua tiga kerat magician kini sudah semakin ramai terutama remaja. Kami berbangga dengan perkembangan ini. Masyarakat masih menerima silap mata sebagai hiburan santai.

Sekiranya tidak ada halangan, kami akan buka lagi di masa akan datang. Ucapan terima kasih kepada pengunjung dan magician Tawau sokongan kamu pendorong kami untuk terus berjuang dalam magic ini.