Sunday, February 12, 2012

Festival Kebudayaan Tawau & Clown Servis

Alhamdullilah, semalam berjaya menyelesaikan dua show. Seperti sedia maklum kami membuat persembahan di Festival Kebudayaan Tawau. Persembahan kami diawal acara tersebut. Agak gementar juga bila di atas pentas. Semuanya berjalan lancar. Sekali lagi terima kasih Datuk Mohd Jeffry Rosman atas peluang yang diberi. Sejarah terbesar untuk kami dapat buat persembahan pada malam tersebut.


Pada malam yang sama, saya menerima khidmat clown dan game show. Nasib baik persembahan kami di festival tersebut yang paling awal. Selesai sahaja persembahan terus lari ke tempat hari jadi yang tidak jauh dari bandar Tawau juga. Saya sudah siap sedia bahan-bahan untuk hari jadi berkenaan. Jadi tidak juga kelam kabut bila sampai di sana. Cuma mandi peluh sahaja malam tersebut.


Kedua-dua tempat mendapat respon yang baik. Alhamdulilah, kami sentiasa berikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua tugasan yang diberikan. Terima kasih kepada yang mempercayai perkhidmatan kami.

No comments: