Monday, February 6, 2012

Magictawau Team di Festival Kebudayaan Tawau 2012



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kami diberi peluang untuk menghiburkan penduduk Tawau di Festival Kebudayaan Tawau. Festival ini merupakan acara tahunan daerah Tawau dan termasuk dalam kalendar Pelancongan Malaysia. Tahun lalu, festival ini memperkenalkan kebudayaan bangsa dan suku kaum yang terdapat di Tawau. Tahun ini pula, saya dikhabarkan 7 buah negara dari luar negara turut bersama-sama menjayakan festival ini.


Kami mengucapkan jutaan terima kasih untuk Datuk Mohd Jeffry Rosman kerana memberi kami peluang untuk menunjukkan bakat silap mata kami di festival tersebut. Peluang ini kami tidak akan sia-siakan. Kami akan buat sebaik yang mungkin. Saya bersama rakan-rakan magic akan siap siaga membuat Festival tersebut menjadi sesuatu yang ajaib.


Dengar khabar juga, Hafiz AF7 yang baru saja menjuarai AJL 26 turut hadir di festival tersebut. Awan Nano turun Tawau. Meletup geng. Apa-apa pun siap sedia untuk festival nanti. Itulah dikatakan sebagai MAGICC!!!

No comments: