Sunday, February 26, 2012

Malaysia Street Hypnosis - Red Balloon



Alhamdulillah, hari sabtu yang lalu saya dan rakan magic membuka gerai jualan barangan silap mata. Dikesempatan itu saya membuat persembahan Hynopsis saya yang masih dipelajari. Semuanya berjalan lancar dan berjaya.

Untuk kali ini, saya menggunakan belon merah sebagai isyarat untuk mereka memberi barangan berharga mereka. Apa yang menyeronokkan mereka langsung tidak ingat apa yang telah berlaku. Mereka sama sekali tidak tahu bila dan kenapa mereka memberi dompet dan jam tangan mereka dengan saya.

Ini sebahagian daripada Pukau yang sering disalah gunakan oleh orang yang mempelajari ilmu ini. Sesetengah orang tidak percaya akan pukau dan menganggap ia menggunakan ilmu hitam dan bantuan jin. Namun bagi saya ia hanya mainan minda dan ia sangat berkaitan dengan minda bawah sedar. Saya sama sekali tidak menggunakan bacaan atau bantuan makhluk lain.

Sekiranya anda mempelajari ilmu hypnosis atau ilmu minda bawah sedar anda akan mengetahui serba sedikit bagaimana minda boleh dimanipulasi. Untuk mengelakkan diri anda di Pukau, berhati-hati berkomunikasi dengan orang yang anda tidak kenali dan jangan turuti perkataan dan perbuatan yang mereka lakukan. Anda tidak akan terPUKAU sekiranya anda menidakkan apa yang mereka mahukan.

No comments: