Tuesday, February 7, 2012

Qdess Tawau Clown



Hari ni khidmat clown di Qdess cawangan Tawau. Iaitu taska swasta yang baru sahaja dibuka. Kami dijemput untuk memeriahkan hari jadi salah seorang pelajar taska tersebut. Rakan Arman dan Hafiz menghiburkan kanak-kanak tersebut hingga tidak kering gusi dibuatnya.

Taska tersebut berhampiran dengan Hotel Emas Tawau. Kemudahan dalam taska tersebut saya boleh katakan "first class", keselamatan terjamin 100%. Mana tidaknya siap ada CCTV, pintu guna password, siap ada taman permainan, air cond lagi tu. Murid berumur sekitar 3 hingga 6 tahun. English sebagai bahasa penghantar. Bertuah budak-budak taska tersebut. Terima kasih ibu kepada Amin kerana menjemput kami.

No comments: