Tuesday, March 27, 2012

Kawan Saya (Ustazah Pilihan Firuz)



Setiap individu ada sebab tersendiri kenapa dia ingin berkawan. Video di atas adalah rakaman untuk pertandingan Video Dakwah Ustazah Pilihan Firuz. Kebelakangan asyik video hypnosis dan magic sahaja, apa kata kali ini kita buat video dakwah pula. Sekurang-kurangnya ada saham di bawa ke akhirat kelak. Saya amat bersetuju dan menyokong pertandingan seperti ini. Usaha murni Ustazah Firuz patut diteruskan, jarang-jarang pihak membuat pertandingan sebegini.

Ini salah satu alternatif sebagai medan dakwah untuk menegakkan agama Islam. Ditambahkan lagi kebelakangan ini banyak kes-kes moral yang sangat merunsingkan kita. Masalah sosial pada hari ini, berpunca daripada diri kita sendiri. Kenapa? perlukah kita mengharapkan orang lain untuk berubah kalau bukan diri kita sendiri tidak berubah. Gunakan segala kekuatan yang ada sama ada kuasa, tangan, mulut dan akhir sekali hati.

Jadi mari kita sama-sama muhasabah diri sendiri. Fikir sejenak dan bertindak. InsyaAllah kita akan berjaya membanteras masalah sosial pada hari ini dan masa akan mendatang. Video saya pun tidak lah seberapa hebat. Tapi usaha untuk menyokong pertandingan sebegini perlu diteruskan. TAKBIR!!!

http://www.facebook.com/photo.php?v=396511257027189&notif_t=like
Sila tekan "like" sekiranya anda minat dengan video ini.

Thursday, March 22, 2012

Monday, March 19, 2012

Malaysia Street Hypnosis - Funny & Sad



Video hypnosis seterusnya berkaitan dengan emosi. Perasaan sedih, gembira, ketawa, marah, takut, dan lain-lain berkait rapat dengan minda bawah sedar kita. Tidak haitran sekiranya kita melihat cerita sedih kita akan menangis dan beremosi. Ini kerana minda kita bersedia untuk menerima cerita sedih berkenaan. Begitu juga dengan cerita jenaka. Sekiranya minda kita bersedia dengan jenaka mereka kita pasti akan ketawa.

Begitu juga sekiranya kita melihat sesorang sedang makan limau yang sangat masam. Secara automatik air liur dimulut kita akan keluar, seolah-olah kita turut merasa masamnya limau yang dimakan. Semua ini berkaitan dengan minda bawah sedar kita yang penuh dengan misteri.

Oleh itu, saya telah mengaktifkan emosi kawan kita dengan menggunakan duit syling untuk melahirkan perasaan lawak dan sedih. Hanya menggunakan syiling perasaan tersebut boleh kita tonjolkan sekiranya minda kita bersedia menerima arahan. Permainan minda bawah sedar ini sangat menghiburkan dan perlu diterokai untuk kebaikan diri sendiri.

Friday, March 9, 2012

Program Motivasi AMAR 2012 (SMK Pengiran Omar 2 )

Sipitang daerah yang berhampiran negeri Sarawak & Negara Brunei. Jelajah AMAR ke SMK Pengiran Omar 2 sungguh mengagumkan. Semuanya berjalan lancar, pada awalnya saya dan AMAR tersesat mencari sekolah berkenaan. Setelah pusing-pusing dan bertanya akhirnya kami jumpa juga sekolah berkenaan.


Kami menginap di hotel yang paling selesa dan mantap. Ndak sangka dalam hutan ada hotel bertaraf 4 bintang. Nasib baik jumpa tauke hotel di pekan Sipitang. Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 minit dari Kota Kinabalu.

Seperti biasa AMAR dengan tips-tips belajar, silap mata, nyanyian dan lain-lain lagi memukau semua pelajar yang hadir pada hari itu. Saya juga tidak ketinggalan membuat silap mata motivasi dan sedikit aktiviti Motivasi untuk memeriahkan lagi program motivasi berkenaan.


Untuk sekolah yang berminat dengan perkhidmatan Motivasi AMAR boleh layari laman website www.amar.com.my untuk maklumat lanjut. Banyak pengalaman yang saya pelajari sepanjang jelajah motivasi AMAR di Sabah ini. Terima kasih AMAR Magical Production atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada MagicTawau.

Sunday, March 4, 2012

Program Motivasi AMAR 2012 (SMK Membakut Sabah)

Alhamdullilah, program motivasi AMAR di Membakut berjalan lancar. Saya dan AMAR tiba di Kota Kinabalu pada 2 Feb bersamaan hari jumaat dan terus bergerak ke Membakut malam itu juga. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit untuk sampai ke Membakut. Setibanya di Membakut kami terus mencari tempat penginapan. Setelah penat berpusing-pusing akhirnya kami menginap di Membakut Lake Eco Resort.

Awal pagi lagi, kemi bertolak dan bersarapan di Pekan Membakut. Kemudian terus menuju ke SMK Membakut untuk memulakan program. Sambutan program tersebut sangat menggalakkan. Dianggarkan 400 orang lebih hadir pada pagi itu. Beberapa buah sekolah juga dijemput untuk bersama-sama mengikuti program motivasi tersebut.

Bukan sahaja murid malah guru-guru sekolah berkenaan turut serta mengikuti program motivasi tersebut. Mereka tidak berganjak sehingga program motivasi itu tamat. Saya terdengar ada beberapa orang murid menangis kerana tidak dapat masuk ke program berkenaan kerana penyertaan telah pun ditutup. Sampai begitu sekali.

Motivasi AMAR berjalan seperti biasa. Motivasi, Nyanyian Nasyid dan persembahan silap mata memeriahkan program motivasi berkenaan. Saya turut membuat persembahan silap mata istimewa untuk program motivasi berkenaan. Kebetulan juga saya terjumpa bekas anak murid yang saya ajar dahulu.

Selesai motivasi kemi terus bergerak pulang ke Kota Kinabalu memandangkan AMAR perlu ke Kuala Terangganu untuk program motivasi di sana pula. InsyaAllah tidak ada halangan Motivasi AMAR di negeri Sabah akan ke Sipitang pula pada 8 Mac 2012 (Khamis).