Sunday, March 4, 2012

Program Motivasi AMAR 2012 (SMK Membakut Sabah)

Alhamdullilah, program motivasi AMAR di Membakut berjalan lancar. Saya dan AMAR tiba di Kota Kinabalu pada 2 Feb bersamaan hari jumaat dan terus bergerak ke Membakut malam itu juga. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit untuk sampai ke Membakut. Setibanya di Membakut kami terus mencari tempat penginapan. Setelah penat berpusing-pusing akhirnya kami menginap di Membakut Lake Eco Resort.

Awal pagi lagi, kemi bertolak dan bersarapan di Pekan Membakut. Kemudian terus menuju ke SMK Membakut untuk memulakan program. Sambutan program tersebut sangat menggalakkan. Dianggarkan 400 orang lebih hadir pada pagi itu. Beberapa buah sekolah juga dijemput untuk bersama-sama mengikuti program motivasi tersebut.

Bukan sahaja murid malah guru-guru sekolah berkenaan turut serta mengikuti program motivasi tersebut. Mereka tidak berganjak sehingga program motivasi itu tamat. Saya terdengar ada beberapa orang murid menangis kerana tidak dapat masuk ke program berkenaan kerana penyertaan telah pun ditutup. Sampai begitu sekali.

Motivasi AMAR berjalan seperti biasa. Motivasi, Nyanyian Nasyid dan persembahan silap mata memeriahkan program motivasi berkenaan. Saya turut membuat persembahan silap mata istimewa untuk program motivasi berkenaan. Kebetulan juga saya terjumpa bekas anak murid yang saya ajar dahulu.

Selesai motivasi kemi terus bergerak pulang ke Kota Kinabalu memandangkan AMAR perlu ke Kuala Terangganu untuk program motivasi di sana pula. InsyaAllah tidak ada halangan Motivasi AMAR di negeri Sabah akan ke Sipitang pula pada 8 Mac 2012 (Khamis).

No comments: