Friday, April 27, 2012

New Desing kedaimagic.com

Akhirnya saya memilih cara Opencart yang lebih menarik dan sistematik sebagai kedai silap mata secara online. Anda boleh merujuk dan membeli barangan silap mata di sana.Sebagai hadiah saya juga memberi ebook percuma sila link : http://kedaimagic.com/index.php?route=product/product&product_id=82

Diharapkan peminat-peminat magic di Malaysia terutamanya. Menjadikan kedaimagic.com wadah kedai magic anda.


Wednesday, April 18, 2012

Surat Khabar Lama (SKL)



Setelah dikaji dan diselidiki akhirnya aku berjaya membuat efek magic kitar semula surat khabar. Mudah dan sungguh mengagumkan. Memang sesuai untuk persembahan silap mata atas pentas. Walaupun baru mendapat ilmu ni tetapi saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain tetapi dengan syarat kena bayar dulu la... sila link laman di bawah ini : http://kedaimagic.com/index.php?main_page=product_info&cPath=1&produc

 

Sunday, April 8, 2012

I want to be a Malaysian Football Coach


Post kali ni aku nak ceritakan cita-cita aku masa kecil lagi iaitu menjadi pemain bola sepak profesional. Sejak sekolah rendah lagi aku berminat dengan bola sepak, hampir setiap petang aku habiskan masa bermain bola sepak. Zaman kecil-kecil dulu kaki ayam pun dah boleh main. Setiap malam aku memasang angan-angan aku nak jadi pemain bola sepak negara. Setiap kali Sabah FC berlawan aku akan pasang radio besar-besar dan membayangkan apa yang pengulas ulaskan. Kalau ada siaran langsung di TV lagi la melompat-lompat.

Tapi hajat tu tidak kesampaian, setiap kali pemilihan bola sepak aku akan direject. Aku pelik dan hairan. Aku rasa, skill dan teknik ku cukup untuk dipilih pemain mewakili sekolah. Aku dengan penuh hairan tanyalah cikgu ku kenapa aku tak dipilih. Jawapannya "Ayah kau yang suruh cikgu tak pilih sebab UPSR". Punya kecewa aku, aku baru sedar bapaku Guru Besar. Merajuk aku pulang rumah.

Hajatku sebagai pemain bola putus disitu sahaja. Namun begitu aku masih mengambil perkembangan dan bermain bola sepak seperti biasa. Cita-cita masih dipendam dalam diri. Hinggalah masuk tingkatan 3. Di situ aku last main wakil Kampung. Itulah peringkat tertinggi aku wakili. Lepas tu hobiku bermain bola sepak stop di situ sahaja, Tapi perkembangan bola sepak aku tetap ambil macam biasa.

Hinggalah aku menjadi Guru, aku tidak lepaskan peluang untuk menjadi jurulatih bola sepak pula. Alhamdullilah peluang menjadi jurulatih bola sepak sekolah juga menyeronokkan. Peringkat tertinggi aku bawa adalah Peringkat Negeri Sabah tahun 2010 di Stadium Likas. Impianku menjejak kaki sebagai pemain tidak tercapai tetapi sebagai jurulatih tercapai. Sehingga hari ini aku jaga anak murid aku ni untuk menjadi pemain-pemain bola sepak profesional di masa akan datang. Sekarang anak didik aku dah tingkatan 2.

Terbaharu, aku mengikuti pertandingan bola sepak anjuran Tawau Football Academy bawah 14 tahun. Team yang aku jaga sejak tahun 2010 ini berjaya masuk ke separuh akhir untuk bermain di Stadium Tawau akhir bulan April. Itu sahaja setakat yang mampu. Kalau ada peluang ke peringkat tertinggi akan aku cuba dan capai. Menjadi jurulatih Sabah? jurulatih Malaysia? siapa tahu?

Saturday, April 7, 2012

www.kedaimagic.com


Oleh kerana permintaan belajar silap mata semakin menggalakkan. Saya sekali lagi membuka kedai silap mata (Magic) secara online. Untuk memudahkan kawan-kawan yang baru berkecimpung dalam dunia magic. Kedaimagic.com memberi anda kemudahan belajar silap mata secara mudah.

Antara kelebihan kedaimagic.com:

1. Khidmat nasihat silap mata.
2. Barangan silap mata yang dijamin kualiti.
3. Setiap barangan disertakan CD Tutorial
4. Penghantaran secara percuma
5. Harga berpatutan mengikut tahap magic berkenaan.

Jangan malu jangan segan layari www.kedaimagic.com

Tuesday, April 3, 2012

Felda Dinner Night 2012


Kami bergegas pulang dari Karnival Gaming 2012 untuk persembahan magic Felda Dinner Night. Semuanya berjalan lancar walaupun agak penat sedikit. Dari awal pagi hingga ke tengah malam tidak berhenti berehat. Namun itulah keseronokan bagi ahli silap mata. Kepuasan pelanggan diutamakan. Walaupun penat kualiti persembahan juga perlu dijaga. Syukur alhamdullilah rezeki yang diberi.

Monday, April 2, 2012

Karnival Gaming Sabah 2012

Terima kasih untuk rakan sekolah saya dahulu Sofizar kerana memberi kami peluang untuk membuat persembahan dan buka gerai di Karnival Gaming Sabah. Karnival tersebut diadakan di Eastern Plaza Tawau. Semua kaki-kaki game berkumpul di karnival berkenaan. Saya pun kaki game bola juga tapi PS2 la. Karnival tu PS3 pula, kalau ndak aku join juga tu.

Persembahan kami mendapat respon yang baik daripada Haji Nizam dan Penganjur En. Sofizar. Saya dan Arman membuat magic berkaitan dengan karnival berkenaan. Kami menggunakan music super mario dan joystic PS3 sebagai gimik persembahan kami. Hadirin yang hadir pada hari itu menjadi saksi persembahan kami.


Kami terpaksa pulang awal kerana berkejar untuk persembahan magic pada malamnya. Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur & rakan Hafiz (Magictawau Team). InsyaAllah jika diperlukan hubungi sahaja kami.

Sunday, April 1, 2012

Program Motivasi AMAR 2012 (KUNAK )

Program motivasi AMAR diteruskan lagi, kali ni ke daerah Kunak pula. Kali ini saya dibantu rakan saya Hafiz untuk menjayakan program motivasi AMAR di Kunak. Daerah Kunak tidak jauh dengan Tawau. Hanya 1 jam untuk sampai ke Kunak. Belum apa-apa lagi kami sudah kesukaran untuk mencari tempat menginap. Kami pusing sana pusing sini, google sana google sini. Akhirnya kami bermalam di Dreamland Hotel.


Program motivasi AMAR di Kunak ini diadakan di Dewan Serbaguna Kunak yang terletak dipekan Kunak tersebut. Sekolah - sekolah daerah Kunak bergabung untuk bersama-sama mengikuti Program Motivasi AMAR ini. Dianggarkan seramai 600 orang mengikuti motivasi ini hingga tidak cukup kerusi dan terpaksa duduk di lantai.

Saya sedikit risau program motivasi kali ini, kerana AMAR memberi motivasi dalam keadaan selesma dan kurang sihat. Beliau kuatkan diri untuk teruskan sehingga program motivasi berkenaan tamat. Saya membantu beberapa slot motivasi bagi memeriahkan lagi program berkenaan. Motivasi kali ini juga membuatkan seorang pelajar perempuan menangis. Terkejut juga melihatnya. Gara-gara AMAR buat magic "Lipas". Nasib baik ndak pengsan budak tu.

Tamat sahaja program berkenaan kami terus pulang semula ke Tawau dan AMAR pulang semula ke Kuala Lumpur. Diharapkan ada lagi sekolah-sekolah yang menjemput AMAR untuk program motivasi. Memang tidak akan rugi.