Sunday, April 8, 2012

I want to be a Malaysian Football Coach


Post kali ni aku nak ceritakan cita-cita aku masa kecil lagi iaitu menjadi pemain bola sepak profesional. Sejak sekolah rendah lagi aku berminat dengan bola sepak, hampir setiap petang aku habiskan masa bermain bola sepak. Zaman kecil-kecil dulu kaki ayam pun dah boleh main. Setiap malam aku memasang angan-angan aku nak jadi pemain bola sepak negara. Setiap kali Sabah FC berlawan aku akan pasang radio besar-besar dan membayangkan apa yang pengulas ulaskan. Kalau ada siaran langsung di TV lagi la melompat-lompat.

Tapi hajat tu tidak kesampaian, setiap kali pemilihan bola sepak aku akan direject. Aku pelik dan hairan. Aku rasa, skill dan teknik ku cukup untuk dipilih pemain mewakili sekolah. Aku dengan penuh hairan tanyalah cikgu ku kenapa aku tak dipilih. Jawapannya "Ayah kau yang suruh cikgu tak pilih sebab UPSR". Punya kecewa aku, aku baru sedar bapaku Guru Besar. Merajuk aku pulang rumah.

Hajatku sebagai pemain bola putus disitu sahaja. Namun begitu aku masih mengambil perkembangan dan bermain bola sepak seperti biasa. Cita-cita masih dipendam dalam diri. Hinggalah masuk tingkatan 3. Di situ aku last main wakil Kampung. Itulah peringkat tertinggi aku wakili. Lepas tu hobiku bermain bola sepak stop di situ sahaja, Tapi perkembangan bola sepak aku tetap ambil macam biasa.

Hinggalah aku menjadi Guru, aku tidak lepaskan peluang untuk menjadi jurulatih bola sepak pula. Alhamdullilah peluang menjadi jurulatih bola sepak sekolah juga menyeronokkan. Peringkat tertinggi aku bawa adalah Peringkat Negeri Sabah tahun 2010 di Stadium Likas. Impianku menjejak kaki sebagai pemain tidak tercapai tetapi sebagai jurulatih tercapai. Sehingga hari ini aku jaga anak murid aku ni untuk menjadi pemain-pemain bola sepak profesional di masa akan datang. Sekarang anak didik aku dah tingkatan 2.

Terbaharu, aku mengikuti pertandingan bola sepak anjuran Tawau Football Academy bawah 14 tahun. Team yang aku jaga sejak tahun 2010 ini berjaya masuk ke separuh akhir untuk bermain di Stadium Tawau akhir bulan April. Itu sahaja setakat yang mampu. Kalau ada peluang ke peringkat tertinggi akan aku cuba dan capai. Menjadi jurulatih Sabah? jurulatih Malaysia? siapa tahu?

No comments: