Sunday, April 1, 2012

Program Motivasi AMAR 2012 (KUNAK )

Program motivasi AMAR diteruskan lagi, kali ni ke daerah Kunak pula. Kali ini saya dibantu rakan saya Hafiz untuk menjayakan program motivasi AMAR di Kunak. Daerah Kunak tidak jauh dengan Tawau. Hanya 1 jam untuk sampai ke Kunak. Belum apa-apa lagi kami sudah kesukaran untuk mencari tempat menginap. Kami pusing sana pusing sini, google sana google sini. Akhirnya kami bermalam di Dreamland Hotel.


Program motivasi AMAR di Kunak ini diadakan di Dewan Serbaguna Kunak yang terletak dipekan Kunak tersebut. Sekolah - sekolah daerah Kunak bergabung untuk bersama-sama mengikuti Program Motivasi AMAR ini. Dianggarkan seramai 600 orang mengikuti motivasi ini hingga tidak cukup kerusi dan terpaksa duduk di lantai.

Saya sedikit risau program motivasi kali ini, kerana AMAR memberi motivasi dalam keadaan selesma dan kurang sihat. Beliau kuatkan diri untuk teruskan sehingga program motivasi berkenaan tamat. Saya membantu beberapa slot motivasi bagi memeriahkan lagi program berkenaan. Motivasi kali ini juga membuatkan seorang pelajar perempuan menangis. Terkejut juga melihatnya. Gara-gara AMAR buat magic "Lipas". Nasib baik ndak pengsan budak tu.

Tamat sahaja program berkenaan kami terus pulang semula ke Tawau dan AMAR pulang semula ke Kuala Lumpur. Diharapkan ada lagi sekolah-sekolah yang menjemput AMAR untuk program motivasi. Memang tidak akan rugi.

No comments: