Tuesday, May 22, 2012

Hari Belia, Birthday Show & Juara rakyat Show



Minggu yang sibuk dengan persembahan. Hingga tidak berpeluang untuk mengupdate blog ini. Apa-apa pun alhamdulillah semuanya sukses dan berjalan lancar. Kami terhibur dan berpuas hati di setiap persembahan yang kami lakukan. Terima kasih pihak-pihak yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menghiburkan majlis anda. InsyaAllah kami pastikan majlis anda menjadi suatu yang penuh keajaiban. Terima kasih keluarga Darwis jemputan birthday magic dan game show. Jutaan terima kasih juga untuk Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan memberi kami dua kontrak show Juara rakyat di Kg. Ranggu & SMK Kinabutan dan Cikgu Harris selaku pengurus kami untuk kedua-dua show tersebut. Alhamdulilah rezeki murah dan bertambah, gembira dengan apa yang dibuat dan buat yang terbaik untuk pelanggan itu yang utama.

Sunday, May 6, 2012

Magical Clown di Kg. Ranggu



Buat pertama kali saya dan Arman (Magictawau Team) membuat persembahan menggunakan cara magic clown atau magic cara badut. Alhamdulilah penerimaan penduduk Kg. Ranggu sungguh mengagumkan. Ucapan terima kasih untuk Hj. Nizam Abu Bakar Titingan menjemput kami ke Program Juara Rakyat. Jutaan terima kasih juga untuk Cikgu Harris selaku pengurus kami. InsyaAllah next show kami buat kelainan lagi....

Tuesday, May 1, 2012

10 Sen by Magictawau



10 sen adalah insipirasi dari Factory Sealed keluaran Ellusionist. Saya gubah sedikit ikut cara saya sendiri. Magic ini banyak berkaitan dengan sains. Mudah dan sungguh mengagumkan. Jika anda berminat untuk belajarnya bolehlah layari www.kedaimagic.com. Anda tidak akan rugi mempelajarinya.