Wednesday, June 6, 2012

Cyril Family, kedaimagic.com & Euro 2012


Sudah lama menanti rancangan terbaru magic di TV. Akhirnya Cyril Takayama seorang ahli silap mata dari Jepun tampil dengan rancangan baru bertajuk "Cyril Family Vacation: Hawai Edition". Pastinya idea silap mata menjadi penantian bagi ahli silap mata di seluruh dunia. Kreativiti silap mata beliau menjadi inspirasi untuk ahli silap mata di seluruh dunia.

Saya pun malas ulas panjang-panjang, apa-apa kita nantikan rancangan pada ketetapan berikut:

Tajuk : Cyril Family Vacation
Channel : 701 AXN 
Masa: 9.00 Malam
Tarikh: 07 Jun 2012


Kebelakangan ni, saya sibuk mengurus www.kedaimagic.com, persembahan silap mata & urusan keluarga. Pulang rumah syak penat. Susah mau update blog. Alhamdulilah rezeki Allah. Semua rezeki yang datang tidak disangka-sangka. Pandang ke hadapan dan terus berusaha untuk maju. Jangan pedulikan orang yang pendengki dan berfikiran negatif. Makin kita berkawan dengan dorang makin merudum hiduplah jawabnya. Ikut pendirian diri sendiri dan ikut cara sendiri. Itu yang saya nasihatkan kepada geng silap mata saya Arman dan Hafiz (MAGICTAWAU TEAM). Sebab tu la persembahan kami tidak putus-putus dan tidak pernah ditipu seperti rakan magic yang lain. (ada aku kisah?).



Euro 2012 pun akan berlangsung tidak lama lagi. Pasukan pilihanku SPAIN. Kenapa? sebab ada kekuatan pasukan ini tersendiri. Memang jiwa ku bermain bola sepak sejak kecil tidak dapat lari. Walaupun cita-cita mau jadi pemain profesional tidak tercapai. Jadi jurulatih untuk budak sekolah dan bermain futsal bersama keluarga sudah memadai. Rezeki ku bukan ke arah bola sepak. Kalau ada tawaran bermain di Chelsea ok juga tu. (Pigi Daa...). Jadi SPAIN teruskan usaha kamu mengekalkan kejuaran Euro 2008 dan Juara Piala Dunia 2010.


No comments: