Friday, June 8, 2012

Rumah Warga Tua & Doktor Saiful Family Day

Magical Clown semakin mendapat perhatian pihak-pihak tertentu sekitar daerah Tawau ini. Terima kasih kepada pihak menjemput kami untuk menghiburkan majlis anda. Rasa gembira dan seronok mendapat respon positif dengan persembahan kami. Kami senantiasa memberikan khidmat terbaik untuk pelanggan kami.

Semasa di Rumah Warga Tua Air Panas, kami risau akan magic yang kami buat. Takut magic tersebut tidak sesuai dengan jiwa mereka. Setelah mendapat nasihat daripada oarang yang lebih tua. Kami mempersembahkan magic yang mudah dan mengagumkan. Bukan main seronok lihat muka mereka. Hampir tercabut gigi palsu. Rupa-rupanya bila kita tua, kita akan kembali ke fitrah kanak-kanak semula. Sungguh indah ciptaan Allah. Terima kasih Encik Taufiq atas jemputan.

Pada malamnya pula, kami dijemput oleh Doktor Saiful untuk menghiburkan Family Day mereka yang terdiri rakan-rakan doktor dan rakan-rakan motorsikalnya. Doktor pun nak berseronok juga, asyik-asyik jumpa penyakit, dorang pun mau dirawat hatinya. Keesokan harinya mereka akan berombongan ke Pulau Mabul. Persoalannya siapa yang ada di Klinik sekarang? cuti la jawabnya... 

Terima kasih pihak menjemput MAGICTAWAU TEAM......


No comments: