Thursday, December 5, 2013

Tercalon dalam ABPBH kategori " Aksi diYoutube Paling Popular"

Sekali lagi, sesuatu yang tidak di sangka menduga saya & AMAR. Lagu ciptaan AMAR dan nukilan lirik oleh saya telah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori Aksi diYoutube Paling Popular. Ia luar jangkauan minda kami.

Mungkin tontonan ramai hingga mencecah ratusan ribu tidak sampai sebulan menyebabkan lagu ini telah terpilih. Bagi saya dan AMAR dakwah ke arah kebenaran adalah matlamat utama kami. Kami mahu dakwah melalui nasyid masih diterima rakyat Malaysia. Walaupun kategori Nasyid sudah tidak ada dalam percalonan, namun terbukti nasyid masih menjadi medium pilihan rakyat Malaysia. Kalau tidak masakan kami tercalon dalam kategori ini.


Ucapan terima kasih kepada Page Besar Facebook seperti:
1.oh media
2. Vyrec
3. Himpunan Cerita Lawak
4. Aieril Zafrel & Wawa Zainal
5. Jep Sepahtu
6. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
7. KL Pop Radio
8. Nasyidkini
9. Munsyeed Corner
10.Sukan Star TV
11. Berita Harian Online

SHARE video lagu kami hingga tercalonnya kami dalam anugerah ini. Ini suatu penghargaan yang tidak ternilai bagi kami. Ucapan terima kasih juga untuk adik Syasya Solero kerana banyak memberi kerjasama dan membantu kami menaikkan lagu ini.

Sedikit masa lagi Video Klip lagu ini akan disiapkan. Syasya Solero menjadi watak utama dalam Video Klip ini. Nantikan bersama-sama ya.



Kami sekali lagi mohon bantuan rakan-rakan sekalian untuk mengundi Lagu "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer" Versi Nasyid ini berjaya dalam percalonan ABPBH. Kami ingin buktikan Dakwah Ke Arah Kebenaran masih diterima rakyat Malaysia.

Undian Online boleh dibuat dalam website ini:

Thursday, November 7, 2013

Lagu "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer"

Awal Muharram baru-baru ini, saya dan AMAR telah mencipta satu fenomena baru dunia PARODI di Malaysia. Kami tidak menyangka benda ini menjadi sesuatu diluar jangkaan kami. Sebelum ini kami pernah membuat beberapa lagu-lagu popular dan menukarkan liriknya kepada ayat-ayat islamik. Saya memainkan peranan penulis dan penggubah lirik, manakala AMAR menyanyikan gubahan lirik yang saya telah buat. Ia bermula dari lagu Tegar - Aku Yang Dulu. Kehebatan suara AMAR memang tidak dapat dipertikaikan. Kemudian saya menggubah lirik lagu "Suci Dalam Debu" & Trilogik Cinta kepada versi islamik yang dipopularkan oleh Saleem Iklim.

Hingga suatu hari selepas pulanng daridapa program motivasi. Saya terlihat satu video yang bertajuk "Permohonan Maaf Awek Legoland". Aku tak faham pertama kalinya kenapa dia berbicara sedemikian. Kemudian hampir setiap wall dalam Facebook keluar perkataan "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer". Terdetik di hati saya fenomena apakah ini? Jadi saya search dalam youtube perkataan tersebut. Maka keluarlah video berkenaan. Saya mulakan Video adik Syasya tu dahulu untuk memahami video parodi yang lain. Setelah menontonya baru saya faham apa yang berlaku sebenarnya. Pelbagai video parodi yang telah dibuat untuk adik Syasya tersebut sehinggakan artis seperti Syarifah Syakila, Shiro dan Bobo (artis ke?) turut membuat video Parodi tersebut. Kini baru saya faham Video permohonan maaf yang pertama adik Syasya lakukan. Rasa kasihan dengan apa yang menimpa dengan adik Syasya, cuba bayangkan jika anda berada dipihak adik Syasya?


Tekanan demi tekanan pasti diterima oleh adik Syasya. Bukan setakat dirinya tetapi turut terpalit ibubapa dan keluarganya. Saya pasti adik ni jadi bahan ejekan rakan-rakan disekolahnya. Boleh jadi MENTAl kalau seseorang itu tidak tahan perasaan.

Oleh itu, saya mendapat idea untuk membuatkan lagu khas untuk adik Syasya. Tanpa membuang masa saya terus inbox message dengan AMAR untuk buat lagu Macam Cantik Je Macam Comel Je. AMAR meberi respon postitif untuk menggubah lagu khas untuk adik Syasya.

Agak terkejut juga AMAR telah siapkan lagu tersebut dengan cepat. Kali pertama dengar lagu tersebut, WOW!!!! meremang bulu roma. Aku berkata AMAR " Memang Bisa Lagu Ini". AMAR mengupload lagu tersebut ke dalam Fanpagenya. tidak sampai 1 jam beratus-ratus orang SHARE dan tidak sampai satu hari beribu-ribu orang SHARE lagu tersebut. Saya dan AMAR terkejut dengan respon yang diberikan. Hingga tidak terkata dengan apa yang terjadi. 

Bukanlah tujuan saya & AMAR untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk adik Syasya. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Janganlah kita menyalahkan sesuatu pihak hanya kesilapannya yang kecil, kita menghukum seolah2 kita adalah Tuhan. Siapa diri kita untuk menghukum kesalahan seseorang?

Kita digalakan untuk mendoakan kebaikan orang lain. Sekiranya kita melakukan kesilapan segeralah bertaubat, sesugguhnya Allah itu Maha Pengampun.

"Dan mereka yang apabila telah melakukan perbuatan keji ataupun menganiayai dirinya, lalu mereka mengingati Allah dan memohon keampunan terhadap dosa-dosanya."
(Al-Imran : 135)

Mudah-mudahan lagu berkenaan memberi manfaat dan pengajaran untuk semua. Buang yang keruh ambil yang jernih.

MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER

PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA

Lagu: AMAR
Lirik: Magictawau Alif
 





UPDATE 14 NOVEMBER 2013

Syukur tidak terhingga panjatkan kepada Allah SWT. Atas izinnya semua ini terjadi. Sebaik-baik rancangan adalah Allah. Akhirnya Lagu Macam Cantik Jer Macam Comer Jer berjaya dibuat rakaman studio. Atas sokongan dan permintaan ramai daripada pihak media seperti radio dan tv memberi kekuatan untuk menjadikan lagu ini sebagai Lagu Single Terbaru AMAR.

Saya juga telah berjaya menghubungi adik Syasya Solero tentang hal lagu ini. Saya menceritakan hal yang sebenar tentang lagu tersebut, alhamdulilah adik syasya suka dengan lagu tersebut. Banyak respon yang kami terima sama ada positif atau negatif.

InsyaAllah sedikit masa lagi. Muzik Video lagu ini akan dibuat dan Istimewanya adik Syasya Solero akan turut sama dalam rakaman ini. Nantikan bersama-sama.

Peliknya rakyat Malaysia umumnya warga Facebook dahulunya mengutuk habis-habisan adik Syasya ni. Lepas ja lagu ni keluar semua pula nak pertahankan ROYALTInya... Cehhh, Poorah!!! Adik Syasya tetap akan dapat royalti dengan lagu ini sekiranya lagu ini diputarkan di radio dan TV ataupun sekiranya AMAR keluarkan Album dan menjualnya di pasaran. 

Ayuh rakan-rakan, sokong lagu ni. Jadikan ia menjadi fenomena DAKWAH. Share atas nama dakwah Islam. InsyaAllah Allah pasti memberkatinya.


Tuesday, October 29, 2013

Audition Mimpi Ke Bintang Musim Ke 2

Alhamdulilah baru-baru ini saya sekali lagi mengikuti Mimpi Ke Bintang untuk musim Ke 2. Kali ni saya buat Puppet saya iaitu ADUL dan digabungkan dengan silap mata. Sebelum audition saya mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada Juara Mimpi Ke Bintang Musim Satu Wan Rull Puppet. Saya berguru dengan mereka di hotel sehingga 4 pagi. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Tunjuk ajar mereka memberi motivasi kepada saya untuk terus mencuba, Ucapan terima kasih untuk mereka kerana sudi menjadi penasihat dan mengiringi saya sepanjang audition Mimpi Ke Bintang tersebut. 


Audtion tersebut berjalan lancar. Respon juri juga amat baik. Namun keputusan akan diberitahu kemudian sama ada layak atau pun tidak. Sekiranya layak, akan terus ke peringkat suku akhir di Kuala Lumpur. Bah, kawan-kawan sekalian doakan saya dan ADUL berjaya ke peringkat seterusnya. Terima kasih.

Thursday, October 17, 2013

Mascot Mickey Mouse & Minnie Mouse kini bersama tawaumagic


Ya, kini Mascot Mickey Mouse & Minnie Mouse ada di tawaumagic.com bersama kami. Kami membuka tempahan untuk majlis istimewa anda. Ayuh TEMPAH SEKARANG

Wednesday, August 28, 2013

Cara Mengelak Daripada PUKAU




Maksud PUKAU
 hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam; b) dipukau (oleh pencuri); memukau

PUKAU itu sendiri menjelaskan maksud setiap hurufnya tersembunyi di sebaliknya. ‘P’- pujukan, ‘U’- ungkapan, ‘K’- kata-kata, ‘A’- ayat azimat, dan ‘U’- umpan.

PUKAU
Nampaknya kejadian pukau kini semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat di Malaysia kini. Ramai masih tidak memahami bagaimana ia boleh terjadi dan ada juga segelintir golongan masih tidak mempercayai PUKAU ini.
Bagi saya PUKAU ia berkaitan dengan MINDA BAWAH SEDAR. Apa itu MINDA BAWAH SEDAR? Agak susar saya mahu terangkan maksudnya tetapi saya boleh ringkaskan ia mengenai MINDA kiat yang terbahagi kepada tiga bahagian iaiitu:

  1.  MINDA SEDAR
  2.  MINDA BAWAH SEDAR 
  3. MINDA TIDAK SEDAR

Minda sedar berlaku seperti anda sekarang lakukan. Anda boleh mengawal diri anda, makan, minum, berjalan, bercakap dan lain-lain. 

Minda Bawah Sedar selalunya berlaku ketika sebelum tidur dan ketika bangun dari tidur. Pernahkah anda memandu kereta sambil bertelefon atau berSMS? Siapa yang kawal pemanduan anda? Ya itulah Minda Bawah Sedar. Pernahkan anda lihat anak atau rakan anda mengigau daripada tidurnya berjalan dan bila sedar dia lupa apa yang telah berlaku? Ya itulah Minda Bawah Sedar. Berdasarkan kajian yang saya lakukan Minda Bawah Sedar bersifat keanak-anakan. Minda Bawah Sedar ini boleh diaktifkan dengan teknik yang tertentu dan hanya orang yang tertentu sahaja tahu untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar ini dan orang itulah yang dipanggil PEMUKAU. Saya berterus terang semua orang boleh di PUKAU.

Minda Tidak Sedar berlaku ketika kita tidur atau mati.

Bukan sahaja di Malaysia menggunakan ilmu PUKAU ini malah Negara-negara lain juga menggunakan ilmu PUKAU. Berdasarkan kajian yang saya buat sendiri kebanyakkan PUKAU ini digunakan untuk dua perkara iaitu
  1. PERKARA BAIK
  2. PERKARA JAHAT
PERKARA BAIK

Perkara baik yang selalu digunakan adalah untuk :

1.       Perubatan ( Doktor Psikologi atau Kaunseling)

2.       Hiburan Pentas  (Magician atau Ahli Hypnosis)

3.       Perniagaan (MLM atau yang perniagaan berkaitan Minda)

4.       Iklan

5.       Penyiasatan

6.       Dan lain-lain lagi.
PERKARA BURUK

1.       Merompak

2.       Merogol

3.       Membunuh

4.       Dan lain-lain kejahatan.

Tidak semua yang mengambil berat tentang Minda Bawah Sedar ini. Malah Ahli Saintis masih belum dapat membuktikan secara logik bagaimana benda ini boleh terjadi. Ia masih menjadi perbualan dan kajian dan ada juga yang masih mempertikaikannya.

Minda Bawah Sedar  boleh dimanipulasi oleh orang yang telah memukaunya. Berdasarkan kajian saya, PUKAU sama sekali tidak menggunakan ilmu hitam atau bantuan JIN. Ia hanya menggunakan tutur kata dan arahan tertentu yang boleh membawa seseorang itu terPUKAU. Apabila seseorang itu Berjaya di PUKAU. Maka si pemukau itu boleh memberikan apa sahaja arahan yang dia inginkan.
Antara PEMUKAU yang terkenal dan menjadikan PUKAU ini sebagai hiburan ialah:

1.       Romy Rafael (Indonesia)

2.       Uya Emang Kuya (Indonesia)

3.       Derren Brown (UK)

4.       Keith Barry (UK)


Anda boleh cari video-video mereka ini di dalam youtube. Anda boleh lihat bagaimana mereka memanipulasikan Minda Bawah Sedar seseorang.

Dipendekkan cerita tujuan saya mendedahkan perkara PUKAU ini adalah untuk mengelakkan daripada orang-orang yang menyalahgunakan ilmu PUKAU ini untuk PERKARA JAHAT. Sebelum saya mengajar anda bagaimana untuk mengelak daripada PUKAU. Biar saya buktikan dahulu bagaimana saya sendiri menggunakan PUKAU untuk mengambil Dompet dan Jam daripada orang awam. Bukan untuk memberitahu saya boleh PUKAU orang. Ia sebagai pengajaran kepada rakan-rakan disekeliling bahaya PUKAU. Selain itu saya juga ingin buktikan bahawa PUKAU tidak menggunakan sebarang bantuan Ilmu Hitam atau bantuan JIN. Ia menggunakan arahan dan bahasa yang boleh mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang.

  

Mungkin ada yang masih mempertikaikan perkara ini. Saya tidak boleh paksa anda mempercayainya. Tetapi sekiranya anda ingin mengalaminya sendiri anda boleh jumpa dan berhubung dengan saya sendiri.
Berikut adalah cara-cara untuk mengelak anda  di PUKAU:
1.       Kembali kepada Agama (bagi orang Islam rajin-rajinlah SOLAT dan beramal ibadah) tidak ada jalan penyelesaian perkara-perkara buruk ini melainkan kita kembali kepada ALLAH. 
2.       Amalkan membaca ayat Kursi dan surah Tiga Qul. Jika diselidiki maksud ayat Kursi itu sendiri ia membawa maksud yang mendalam dan boleh mengelakkan diri anda daripada perkara-perkara jahat:


Mahfum ayat:Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Surah-surah Tiga Qul:


3.       Sentiasa berhati-hati dan berwaspada.  Terutama orang yang anda tidak kenali. Letakkan dalam hati dan diri anda berwaspada dan berhati-hati. Ini kerana PUKAU tidak akan menjadi sekirannya diri orang itu sendiri tidak merelakan dirinya di PUKAU. Oleh itu salah satu caranya amalkan sikap berhati-hati terutamanya dengan orang asing atau orang yang anda tidak kenali.
4.       Jangan dengar arahan dan  tutur kata-kata mereka.  Kunci untuk memukau seseorang adalah melalui arahan. Memang benar anda menidakkan diri anda dipukau. Tetapi sekiranya anda ikut arahan si PEMUKAU secara tidak langsung anda bersetuju untuk di PUKAU. Untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang hanya memerlukan beberapa soalan dan arahan sahaja. Sekiranya mereka dengar dan turuti arahan mereka maka mudah mereka untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang dan apabila sudah aktif maka anda sudah terPUKAU.
5.       Jangan lihat apa yang mereka pegang atau mereka suruh lihat. Salah satu teknik mereka untuk memukau adalah dengan menggunakan sesuatu benda contohnya yang paling femes  kertas “Nombor Ekor” . Kononnya mereka ingin mengeluarkan duit hasil kemenangan nombor ekor tersebut. Sekali anda  memerhati kertas tersebut dan mendengar arahan mereka maka anda akan mudah di Pukau. Selain daripada nombor ekor, mereka juga menggunakan Jam dan cincin dengan berpura-pura tanya tentang jam dan cincin berkenaan. Anda lihat dan dengar arahan mereka maka mudah untuk anda di Pukau. 
6.       Jangan layan soalan-soalan yang tidak masuk akal. Selain itu mereka juga menggunakan kaedah bertanya soalan yang pelik-pelik untuk mengelirukan mangsa. Akibat kekeliruan tersebut mereka mengambil kesempatan untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar . Sekiranya anda berjumpa orang asing yang bertanyakan soalan pelik, tolong ABAIKAN. Sama ada mendiamkan diri atau buat-buat tidak tahu. Contoh soalan mereka “ Dimana kedai jual barang antik?” “Dimana kawasan di sini ada menara?” dan macam-macam soalan lagi.
Ada banyak lagi cara-cara mereka untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang. Sekiranya mereka Berjaya, mereka boleh buat apa sahaja arahan yang mereka inginkan termasuk menyuruh anda berbogel. Tiada yang mustahil. 

Kesimpulannya, sila berwaspada dan berhati-hati dengan orang yang anda tidak kenali. Sekiranya orang itu bersikap pelik dan lain daripada yang lain segera minta bantuan orang disekeliling.
Mudah-mudahan artikel ini sedikit membantu anda untuk mengelakkan diri anda daripada di PUKAU. Terima kasih dan hingga berjumpa lagi.

MAGICTAWAU
Ahli Silap Mata Profesional
017-8201504

Tuesday, July 9, 2013

Motivasi Kecemerlangan UPSR 2013 SK Pulau Lubukan Sandakan

Alhamdulilah akhirnya selesai program motivasi UPSR sebelum puasa bermula. Destinasi terakhir di daerah Sandakan iaitu SK Pulau Lubukan Sandakan. Untuk pertama kalinya saya menembusi daerah Sandakan ini. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan ke sana.

Awal-awal lagi saya sudah ditahan oleh polis lapangan terbang disebabkan beg silap mata ku. Akhirnya mereka akur bahawa ak seorang ahli silap mata. Saya juga sempat berjumpa sahabat sejati saya semasa belajar di Maktab Perguruan Kent Tuaran dahulu. Setelah 7 tahun berpisah akhirnya ketemu juga. Banyak cerita yang kami kongsikan sepertinya masa dahulu berulang kembali. 

Perjalanan ke Pulau Lubukan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit bergantung kepada cuaca. Awal pagi lagi Guru Besar sekolah tersebut menjemput saya melalui jeti. Saya juga diiringi oleh wakil Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan. 

Motivasi kali ini agak mengejutkan saya kerana motivasi kali ini diperhatikan oleh seluruh kakitangan sekolah dan orang kampung. Agak kekok sikit dengan kehadiran mereka. Namun tidak jadikan alasan untuk meneruskan motivasi saya pada pagi itu.

Respon murid dan hadirin yang hadir diluar jangkauan. Saya berjaya memotivasikan semua hadirin yang hadir. InsyaAllah apa yang saya sampaikan memberi manfaat.




Monday, July 1, 2013

Motivasi Kecemerlangan UPSR SK Kuala Apas Tawau


Alhamdulilah, selesai lagi satu tugasan. Sekali lagi jemputan motivasi di sekolah yang jauh dari bandar. Perjalanan ambil masa 30 minit. Pemandangan menuju ke sekolah berkenaan ikut jalan Batu Payung sangat cantik dan menarik. Motivasi berjalan dengan lancar, di akhir program motivasi tersebut. Ibu bapa murid hadir bersama-sama. Saya berkesempatan membuat penghayatan kepada murid-murid dan ibu bapa mereka. Terharu melihat kesungguhan ibubapa memberi sokongan dan komitmen terhadap program sekolah. InsyaAllah minggu depan motivasi di sekolah yang terakhir sebelum bulan ramadhan. Harapan semuanya berjalan lancar amin.

Monday, June 24, 2013

Motivasi AMAR SMK Silabukan & Clown For TM at Lahad Datu


Seperti sedia maklum Motivasi AMAR sebelum ini terpaksa dibatalkan akibat pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari. Akhirnya program ini berjaya diadakan semula dengan jayanya. Seperti biasa saya dan AMAR bertolak dari Tawau ke Lahad Datu mengambil masa 2 jam 30 minit dan bermalam di Lahad Datu. Untuk ke SMK Silabukan mengambil masa 30 minit. Jadi kami bertolak awal memandangkan kami tidak tahu tempat yang dituju. Akhirnya berjaya jumpa sekolah berkenaan yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Dapat kami bayangkan suasana perang dikawasan berkenaan.

Selepas tamat program, AMAR membawa saya ke Kg. Tanduo. Tempat berkenaan agak jauh dan mengambil masa 1 jam lebih. Oleh kerana mengejar masa untuk pulang semula ke Tawau. Kami hanya sampai di bandar Cenderawasih Felda Sahabat. Kebetulan rombongan tentera berehat di bandar berkenaan memberi kami kesempatan untuk bergambar-gambar sebagai kenangan. Setelah itu kami pulang ke Tawau semula.

Pada masa yang sama, saya mendapat jemputan perkhidmatan Badut di Lahad Datu juga. Sekali pelanggan yang sama juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami. Satu lagi kejayaan untuk perkhidmatan kami. Oleh kerana Badut Tawau semua sibuk dengan program tersendiri. Saya terpaksa import Badut dari Sandakan. Tidak lain tidak bukan rakan saya Irfan menjadi mangsa. Kepercayaan penuh untuk Irfan menjayakan program berkenaan tanpa saya bersama-sama. Pihak penganjur sekali lagi berpuas hati dengan khidmat badut Irfan. Terima kasih Irfan. Satu kejayaan untuk kita.

Ada beberapa projek lagi yang perlu diselesaikan. Minggu-minggu akan datang sebelum puasa menjelma. Syukur Alhamdulilah.

Friday, June 14, 2013

Tempahan Mascot Tom & Jerry....




Tempahan mascot Tom & Jerry kini sudah dibuka. Majlis anda akan meriah dengan kehadiran mereka khususnya kanak-kanak. Tiada yang lebih bahagia melihat anak-anak anda bahagia.

Anda boleh hubungi kami untuk membuat tempahan ditalian berikut:

H/P : 017-8201504 (Magictawau)
www.tawaumagic.com

Thursday, June 13, 2013

4 Minggu Berturut Program Motivasi Sekolah

Bermula sudah program motivasi untuk sekolah-sekolah sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Berikut jadual program motivasi saya bermula minggu ini. Minggu seterusnya adalah Ramadhan, jadi masa untuk rehat dari segala program:


15 Jun 20 13 (Sabtu) = SK Perdana Tawau (Motivasi Kecemerlangan UPSR)
22 Jun 2013 (Sabtu) = SMK Silabukan Lahad Datu ( Program Motivasi AMAR Jelajah Malaysia)
29 Jun 2013 (Sabtu) = SK Kuala Apas Tawau (Motivasi Kecemerlangan UPSR)
06 Julai 2013 (Sabtu) = SK Pulau Lubukan Sandakan (Motivasi Kecemerlangan UPSR)

Untuk mana-mana sekolah yang ingin menempah program motivasi, boleh hubungi saya:

017-8201504 (Cikgu Alif)
www.tawaumagic.com

Sunday, June 9, 2013

Neelam Nasyid Group

Satu-satunya kumpulan nasyid yang aktif di daerah Tawau. Mereka merupakan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Islamiah Tawau.  Kerana ukhwah sesama mereka, kumpulan nasyid mereka tetap kekal sehingga sekarang. Mereka sering membuat persembahan dimajlis-majlis keramaian seperti :
  • Majlis Perkahwinan
  • Majlis Akikah
  • Makan Malam
  • Sambutan Hari Jadi
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Majlis Bercorak Islamik
  • dan lain-lain lagi.

Kumpulan mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kehebatan vokal mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Suara padu setiap daripada mereka membuatkan kumpulan nasyid mereka istimewa dan lain daripada yang lain. Ahli - ahli nasyid mereka semuanya berkerjaya dan berpendidikan.  Kumpulan nasyid mereka bukan sahaja boleh bernasyid malah :
  • Menyampaikan Tazkirah
  • Menyampaikan Ceramah
  • Berzikir & Berselawat
  • Berzanji
  • Pengacara Majlis
  • Memberi Motivasi
  • Menganjurkan Bengkel
  • dan lain-lain lagi.
Memang rugi sekiranya anda menjemput kumpulan nasyid Neelam ini umumnya untuk rakyat sekitar daerah Tawau. Sempena Ramadhan ini ayuh meriahkan majlis dengan menjemput kumpulan Neelam Nasyid Group. 

Sekiranya berminat anda boleh hubungi:
Mohd . Ilyas Rahim Rugain
Tel : 019-8703503 / 012 - 8110043
Facebook : Neelam Nasyid

Monday, June 3, 2013

Wedding Show & KRIS ke 8

Baru pulang dari bercuti seminggu di Kota Kinabalu bersama isteri dan anak-anak. Pulang sahaja ke Tawau semula terus buat show untuk Wedding dan KRIS...

Cuti ni ramai orang kahwin. Jadi berkesempatan untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Famili & kawan menjemput untuk meriahkan majlis mereka.

Program Kem Remaja Islam Sabah berlangsung di SMK Kuhara Tawau. Motivasi dan magic show di penutupan majlis tersebut.

Dapat hargai masa cuti dengan benda berfaedah. Alhamdulillah..

Saturday, May 25, 2013

Birthday Show untuk Keluarga Darwis

Keluarga ini menjemput kami untuk kali ke dua. Itu satu kejayaan untuk kerjaya kami. Kami membuat kelainan dari segi Silap Mata & Game shownya. Semuanya seronok dan meletup. 
Gambar oleh : Agung Pratama




Saturday, May 18, 2013

Birthday Adik Julia

Majlis perkahwinan di selang dgn sambutan birthday adik Julia di Pasir Putih.... kami buat gila org ramai pun jadi gila...hahaha

Legata Lepa Lepa 2013

Alhamdulilah, Kementerian Pelancongan Malaysia menggunakan khidmat kami untuk memeriahkkan booth mereka. Silap mata, clown dan Adul The Puppet jadi santapan para pengunjung. Terima kasih atas jemputan. Walaupun keadaan tegang d Semporna masih terasa.

Wednesday, April 3, 2013

Birthday di Felda Umas

 Alhamdulilah, selesai show di Felda Umas sempena hari jadi adik Intan Nur Syafiqah. Perjalanan mengambil masa satu jam ke Felda Umas. Saya dan Armand memeriahkan majlis berkenaan. Majlis itu diadakan petang dan malam. Kalah orang kahwin bah sambutannya. Walaupun krisis pencerobohan Lahad Datu belum tamat namun itu bukan penghalang majlis hari jadi ini diadakan.

Walaupun kami mendengar khabar berita salah seorang pemandu lori ditahan oleh seorang lelaki bersenjata. Kurang pasti sama ada cerita itu benar atau hanya khabar angin semata-mata. Kemeriahan hari jadi sangat menggalakkan keluarga dari Kuala Merotai pun turut datang.

Permintaan tuan rumah amat tinggi, keberatan juga untuk menunaikannya. Demi kepuasan pelanggan kami buat yang terbaik. Akibatnya, suara ku hilang sehingga aku menulis post ini. Apa-apa pun Selamat Hari Jadi adik Syafiqah.

Tuesday, March 19, 2013

TRAUMA 02 Mac 2013

Pada masa saya tulis post saya ini, keadaan di Tawau Sabah sudah kembali seperti biasa. Walaupun masih dalam keadaan berjaga-jaga. Semalam sahaja, beberapa buah kereta Kebal berantai Malaysia telah berlabuh di Tawau dan di bawa ke Lahad Datu. Perairan laut Tawau -Nunukan dikawal oleh pihak keselamatan Indonesia dan Pihak keselamatan Sarawak bersiap sedia di sempadan masing-masing. Walaupun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, namun saya yakin ATM dan PDRM ada ceritanya tersendiri untuk menjaga keamanan negeri Sabah.

Di sini, saya ingin menceritakan bagaimana suasana daerah Tawau ketika terjadinya kejadian tembak menembak di Kg. Simunul Semporna. Pada hari kejadian iaitu 02 Mac 2013, saya masih bersedih dengan kejadian terkorbannya dua Polis Komando Malaysia di Lahad Datu. Malam itu, adik aku mengajak aku menonton wayang di Eastern Plaza. Tapi aku menolaknya kerana tiada cerita yang best. Jadi adik-adik aku semua pergi selepas solat maghrib. Di rumah hanya Isteri, anak dan ibu bapa ku. Aku membuka facebook sekitar 7.00 mlm. Tiba-tiba aku terlihat satu post dari rakan aku yang mengatakan kejadian tembak-menembak di Kg Simunul Smeporna. Kebetulan keluarganya tinggal di kampung tersebut. Selang beberapa minit kemudian beberapa orang mengesahkan kejadian tersebut. Aku panik dengan apa yang ku baca.

Kemudian SMS salah seorang anggota polis memberitahu suara teriakan polis kedengaran dan mengerikan. Aku cuba menghubungi rakan-rakan yang berada di Semporna. dan semua rakan-rakan mengsahkan kejadian tersebut benar-benar berlaku. Ada mengatakan polis hanya menyiasat budak syabu. Berita pertama mengatakan dua orang polis cedera. Kemudian SMS diterima lagi, beberapa orang penceroboh telah masuk ke rumah-rumah dan penduduk kampung berkenaan dalam ketakutan. Selang sejam kemudian PDRM mengesahkan kejadian tersebut. Oleh kerana Semporna dan Tawau tidak jauh kedudukannya saya menghubungi adik-adik saya untuk pulang dengan kadar segera. Adik saya memberitahu agar mengisi minyak kereta penuh kemungkinan besar perang besar akan berlaku.

Aku dan ayah ku segera mengisi minyak kereta di stesen minyak. Hampir semua stesen minyak di Tawau dipenuhi kereta. Semua muka pada hari itu, pucat dan dalam keadaan ketakutan. Berita penceroboh di Kunak juga sudah kedengaran. Berita khabar angin mula tersebar dan tidak terkawal. Penduduk Tawau umumnya berada dalam keadaan kelam kabut. Pada malam itu, aku tidak dapat tidur risau kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada keesokan harinya, berita awal yang aku dengar 2 Polis Malaysia telah terkorban. Kemudian berita kematian penceroboh dipukul orang pula menyusul. Selang beberapa jam 3 orang polis lagi dilaporkan terkorban. Aku membawa isteri, anak dan adik-adik aku meninjau keadaan di bandar Tawau. Kelihatan semua restoran dan kedai tutup pada hari itu. Pasar raya dipenuhi orang ramai membeli bekalan makanan. Sedang kami meronda kami bertembung dengan kereta Polis yang membawa keranda. Dalam hati aku, itulah salah seorang mayat Polis di Semporna. Jalan Kinabutan sesak akibat sekatan jalan raya oleh Polis. Kelihatan abang-abang polis membawa senjata besar dan beberapa karung pasir di dirikan di tepi jalan.

Hingga ke petang pasaraya masih dipenuhi orang ramai berebt-rebut membeli makanan. Balai polis Tawau juga di lihat beberapa kubu pasir didirikan. Setiap kubu beberapa orang polis bersenjata berat dapat diperhatikan. Berita 6 orang anggota polis terkorban dalam keadaan ngeri tersebar. Kejadian tersebut membuatkan ketakutan yang sangat teruk di daerah Tawau. Sehinggakan tidak ada berani untuk keluar rumah.

Pada hari Isnin pula, sekolah seperti biasa. Kejadian di Semporna menjadi buah mulut di bilik guru. Semua guru-guru berada dalam keadaan ketakutan. Cerita ngeri polis berkenaan membuat semua guru hilang tumpuan. Sebuah sekolah di Tawau di arahkan pulang oleh pihak keselamatan. Ini membuatkan sekolah-sekolah berhampiran ketakutan dan banyak spekulasi dibuat. Khabar angin tidak henti-henti didengar. Pada sebelah petang, ibu bapa bergegas mengambil anak disekolah masing-masing memaksa sekolah memulangkan murid-muridnya awal. Semua sekolah di Tawau pulang awal pada hari tersebut.

Pada malamnya aku memberanikan diri meronda bandar Tawau. Aku sengaja lalu di IPD Polis Tawau. kelihatan beberapa kumpulan polis bersiap sedia dengan senjata mereka. Aku terus meronda bandar Tawau. Alangkah terkejutnya aku, sepanjang hidup ku aku tidak pernah nampak bandar Tawau sunyi dan lengang. Hanya kelihatan dua tiga kereta sahaja. Aku ibaratkan pada hari itu Bandar Tawau menjadi Bandar Zombie. Sungguh menyeramkan bandar Tawau pada masa itu. 


 Kenangan ini, akan menjadi sejarah hitam untuk negeri Sabah umumnya. Aku tidak akan lupakan suasana tersebut dan saya pasti penduduk Tawau TRAUMA akan hari berkenaan. Doakan semuanya kembali seperti biasa. Penduduk Tawau masih trauma dan berjaga-jaga sehingga sekarang walaupun sekarang sudah beransur pulih.






Wednesday, March 13, 2013

Pencerobohan Tentera Sulu 12 Mac 2013 (Selasa)

Pencerobohan Tentera Sulu ke Sabah merupakan sejarah yang tidak akan luput buat selama-lamanya. Ia akan menjadi perbualan sehingga ke anak cucu akan datang. Sebagai kenangan sejarah pencerobohan ini buatkan video khas dan letaknya dalam youtube sebagai bahan rujukan pada masa akan datang. untuk permulaan saya masukkan dahulu cerita yang berlaku pada 12 Mac 2013. Video yang lain akan menyusul kemudian. Terima kasih.

Wednesday, March 6, 2013

Penceroboh Lahad Datu dalang Motivasi AMAR di batalkan

Punya lama ndak update blog, dalang semua ni berpunca dari DSA.... eh balik-balik dia syak. Puncanya assiment ke terlalu banyak untuk disiapkan. Yang kedua sibuk jadi wartawan penyibuk untuk pencerobohan ini. Tidur tidak teratur asyik ketakutan di malam hari. Tapi bukan itu yang aku mau cerita. Sebenarnya saya sekali lagi menjadi pengurus untuk program motivasi AMAR untuk tahun ini sekali lagi. Terima kasih AMAR atas kepercayaan.

Tempat pertama yang kami akan pergi adalah Lahad Datu  di SMK Silabukan. Segala persiapan telah kami buat untuk ke program Motivasi tersebut. Tiket kapal terbang AMAR dari Kuala Lumpur ke Tawau ulang alik sudah ditempah seminggu lebih awal.

Barang pakaian sudah kemas. Barangan silap mata pun sudah kemas. Tinggal jalan sahaja ke Lahad Datu. Tiba-tiba, berlaku pula pencerobohan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu. Tempat kami beri motivasi dekat sahaja tempat kejadian. Saya berhubung dengan AMAR tentang hal ini. Agak risau juga mahu pergi sana. Oleh kerana sudah dibayar oleh pihak sekolah, jadi terpaksa juga pergi.

Tiba-tiba pula, SMK Silabukan menghubungi AMAR dan terpaksa membatalkan program motivasi tersebut dan menangguhnya pada hari yang lain. Agak kecewa juga, kerana tiket kapal terbang AMAR terbakar begitu sahaja. Tapi pihak sekolah akan menetapkan tarikh yang sesuai sehingga kes pencerobohan ini selesai.


Mungkin penting untuk keselamatan kami dan pihak sekolah. Itu lebih penting. Jadi, dalam hal ini, agak marah juga dengan pencerobohan ini menyebabkan banyak aktiviti ditangguhkan. Apa boleh buat? Apa-apa pun kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pihak keselamatan yang terkorban dalam pencerobohan ini.

Sunday, February 24, 2013

Pesta Ang Pau di Kunak

Sekali Tan Sri Dato Liew Yun Fa memberi kepercayaan kepada kami untuk menghiburkan orang Kunak pula. Perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja. Punya laju kereta durang bawa mau terbang jantung.

Malam itu hanya khidmat clown sahaja. Berjumpa juga dengan rakan seperjuangan saudara Justin. Malam itu dapat juga Ang Pau dari YB daerah Kunak.

Lebih kurang 10.30 mlm kami pulang ke Tawau semula. Tan Sri belanja makan baru kami pulang.
Terima kasih Tan Sri atas kepercayaan kepada kami sekali lagi.

Monday, February 18, 2013

Aisyah Birthday Party, CNY & Pertandingan Fotografi

Kali ini saya rangkumkan ketiga-tiga show yang berlangsung baru-baru ini. Oleh kerana terlalu sibuk sukar untuk saya update blog ini. Maklumlah, kita ni bukan robot, pandai juga penat. Sampai rumah syak, terus tidur. Tapi saya rasa gembira dan seronok dengan rutin kehidupan begini.


Hari jadi Aisyah di Taman Ria 3, seperti sedia maklum kami menyediakan, Magic , Clown & Game Show untuk setiap persembahan hari jadi. Semuanya berjalan lancar, keluarga adik Aisyah memang spoting gila. Sampai gila mereka mengatasi gila kami. Seronok bersama keluarga ini. Kanak-kanak dan dewasa turut sama-sama terlibat dalam aktiviti yang kami jalankan.

Tahun Baru Cina pula sekali lagi kami diberi kepercayaan oleh Tan Sri Dato Liew Yun Faa untuk memeriahkan majlis sambutan tahun baru cina di rumahnya sendiri di Taman Leeka. Sambutan tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Sabah dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Satu persembahan lagi sempena pertandingan Fotigrafi Karnival Kebudayaa. Kami membuat persembahan silap mata dan buat pertama kali kami membawa rakan baru kami ADUL THE PUPPET. Rasa gembira melihat semua hadirin gembira dan terhibur dengan persembahan kami.

Kepada mana-mana pihak yang belum berpeluang melihat persembahan kami. Saya jamin anda tidak akan kecewa. Cepat hubungi kami segera. 012-8161599.

Saturday, February 16, 2013

ADUL THE PUPPET


 ADUL THE PUPPET terkenal dengan Video Blognya di youtube. Nasihat dan nyanyiannya memukau penonton yang melihatnya. Beliau juga sering membuat persembahan di majlis-majlis istimewa seperti Hari Jadi, Motivasi Sekolah, Event Besar dan lain-lain. Respon yang melihatnya sangat teruja dan seronok.

Nasihatnya yang beliau berikan lebih kepada lawak jenaka namun mempunyai maksud yang tersirat. Pengisian yang penuh nilai-nilai murni keutamaan persembahan ADUL THE PUPPET. Jenaka menghiburkan yang beliau terapkan menjadi suatu kelebihan untuk beliau. Nyanyian yang beliau sampaikan juga mempunyai objektif yang tersendiri. Unsur nasihat dan ketuhanan diutamakan dalam nyanyian beliau.

Amatlah bertuah jika anda dapat melihat persembahan ADUL THE PUPPET. Berikut khidmat yang Adul The Puppet sediakan:
1. Bercerita
2. Berlawak
3. Menyanyi
4. Membuat Silap Mata
5. Dan lain-lain

Sekiranya anda memerlukan ADUL dimajlis anda. Hubungi kami segera:
017-8201504
www.tawaumagic.com
tawaumagic@gmail.com

Friday, February 1, 2013

Lupa Nama Sendiri Jualan Terlaris kedaimagic.com


Alhamdulilah, e-book hipnosis Lupa Nama Sendiri merupakan jualan barangan yang terlaris bulan Januari ini. Terima kasih kepada pembeli-pembeli buku ini. Mudah-mudahan buku ini memberi manfaat kepada anda semua. Promosi saya jalankan selama sebulan semuanya berjalan dengan lancar. Kini e-book tersebut kembali ke harga asal iaitu RM130.

Untuk pengetahuan anda, buku mengenai hipnosis magic amat sukar didapati. Kebanyakkan buku sebegini dalam bahasa inggeris sahaja. Oleh itu saya mengambil jalan memudahkan rakan-rakan yang mempelajari ilmu ini dalam versi bahasa melayu. Ilmu ini seronok untuk dipelajari, tidak memerlukan apa-apa gimik hanya menggunakan tutur bicara dan mainan minda bawah sedar.

Terima kasih sekali lagi untuk semua pembeli. Dengar khabar rami sudah yang berjaya membuat mangsanya Lupa Nama Sendiri. Sekadar hiburan. Syukur Alhamdulilah....

Monday, January 28, 2013

Motivasi, Sukan MSSZ & Hari Jadi Kuala Merotai

Minggu ini, penuh dengan kesibukan yang tidak terhingga. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Dalam minggu ini sahaja 3 show besar aku handle. Agak berat untuk menerimanya, tapi hati ini sanggup sahut cabaran. Walaupun penat, tapi berbaloi dengan apa yang dibuat. Ini kerana inilah minatku. Buat perkara yang kita minat akan menjadi keseronokan. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

Show besar pertama adalah Motivasi Kepimpinan di sekolah rendah lama ku di SK. Wakuba Tawau. Seronok dapat menjejak semula ke sekolah lama. Banyak perubahan sekolah berkenaan. Bila kaki ini melangkah ke sekolah tersebut, segala kenangan manis dan pahit sepanjang di sekolah tersebut bermain-main dalam fikiran. Seolah-olah aku kembali menjadi murid sekolah itu semula. Terharu dan gembira menyelebungi diriku. Bangunan lama yang masih tersergam indah mengingatkan kenangan lama. Rumah guru yang pernah ditinggal dahulu masih ada lagi. Dengan penuh semangat aku memberikan motivasi untuk murid-murid SK wakuba yang mungkin akan lebih hebat dari aku di masa akan datang. Aku dan isteriku rakan sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 6.... banyak juga kenangan bersama si isteri masa kecil-kecil dahulu walaupun belum bercinta...

Show besar yang kedua pula, persembahan silap mata untuk perasmian Majlis Sukan Sekolah Zon Kalabakan di Stadium Tawau. Walaupun agak keberatan menerima show ini. Tetapi dengan bantuan rakan saya Arman semuanya berjalan lancar. Sekali lagi persembahan kami di lihat oleh Mejar General Tan Sri Lie Yun faa dan beliau seronok dapat bertemu dengan kami sekali lagi. Lebih seronok beliau turun ke track untuk melihat persembahan kami dengan lebih dekat. Terima kasih Cikgu Zul atas jemputan bagi memeriahkan perasmian MSSZ Kalabakan.


Show besar ketiga pula, sambutan hari jadi besar-besaran di Kuala Merotai. Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam. Sememangnya kawasan ini sangat dalam dan jauh. Tidak sangka juga ada orang yang menjemput kami ke sana. Ketibaan kami yang ditunggu-tunggu menunjukkan betapa meriahnya majlis tersebut. Kanak-kanak dan orang dewasa menyambut kami dengan penuh gembira. Magic, games dan Clown sudah cukup memberi kenangan terindah untuk penduduk Kuala Merotai. Harap dapat ke sini lagi, walaupun sebenarnya isteri aku berasal dari kampung ni juga..he,he,he....

Ok, masih ada show lagi yang menanti. Kepercayaan pelanggan dengan khidmat kami memberi kami motivasi untuk maju lagi kehadapan. Syukur alhamdulilah jualan barangan kedaimagic.com sangat memberansangkan. Dalam masa seminggu barangan silap mata kehabisan STOK dan terpaksa membuat order semula..... terima kasih kepercayaan para pembeli....Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah...

Sunday, January 20, 2013

Facebook Kedai Magic KHAS!!!


 Oleh kerana website aku tidak mampu menampung orang yg berkunjung hingga traffic jam dibuatnya. Jadi salah satu memudahkan pelanggan semua. Saya buka Facebook KHAS untuk Kedai Magic sahaja. Pelanggan yang minat dengan barangan silap mata dan ingin belajar silap mata boleh terus ke laman web Facebook ini :


Sempena pembukaan facebook ini, promosi khas juga untuk pelanggan-pelanggan yang membeli barangan dengan saya :