Monday, January 28, 2013

Motivasi, Sukan MSSZ & Hari Jadi Kuala Merotai

Minggu ini, penuh dengan kesibukan yang tidak terhingga. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Dalam minggu ini sahaja 3 show besar aku handle. Agak berat untuk menerimanya, tapi hati ini sanggup sahut cabaran. Walaupun penat, tapi berbaloi dengan apa yang dibuat. Ini kerana inilah minatku. Buat perkara yang kita minat akan menjadi keseronokan. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

Show besar pertama adalah Motivasi Kepimpinan di sekolah rendah lama ku di SK. Wakuba Tawau. Seronok dapat menjejak semula ke sekolah lama. Banyak perubahan sekolah berkenaan. Bila kaki ini melangkah ke sekolah tersebut, segala kenangan manis dan pahit sepanjang di sekolah tersebut bermain-main dalam fikiran. Seolah-olah aku kembali menjadi murid sekolah itu semula. Terharu dan gembira menyelebungi diriku. Bangunan lama yang masih tersergam indah mengingatkan kenangan lama. Rumah guru yang pernah ditinggal dahulu masih ada lagi. Dengan penuh semangat aku memberikan motivasi untuk murid-murid SK wakuba yang mungkin akan lebih hebat dari aku di masa akan datang. Aku dan isteriku rakan sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 6.... banyak juga kenangan bersama si isteri masa kecil-kecil dahulu walaupun belum bercinta...

Show besar yang kedua pula, persembahan silap mata untuk perasmian Majlis Sukan Sekolah Zon Kalabakan di Stadium Tawau. Walaupun agak keberatan menerima show ini. Tetapi dengan bantuan rakan saya Arman semuanya berjalan lancar. Sekali lagi persembahan kami di lihat oleh Mejar General Tan Sri Lie Yun faa dan beliau seronok dapat bertemu dengan kami sekali lagi. Lebih seronok beliau turun ke track untuk melihat persembahan kami dengan lebih dekat. Terima kasih Cikgu Zul atas jemputan bagi memeriahkan perasmian MSSZ Kalabakan.


Show besar ketiga pula, sambutan hari jadi besar-besaran di Kuala Merotai. Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam. Sememangnya kawasan ini sangat dalam dan jauh. Tidak sangka juga ada orang yang menjemput kami ke sana. Ketibaan kami yang ditunggu-tunggu menunjukkan betapa meriahnya majlis tersebut. Kanak-kanak dan orang dewasa menyambut kami dengan penuh gembira. Magic, games dan Clown sudah cukup memberi kenangan terindah untuk penduduk Kuala Merotai. Harap dapat ke sini lagi, walaupun sebenarnya isteri aku berasal dari kampung ni juga..he,he,he....

Ok, masih ada show lagi yang menanti. Kepercayaan pelanggan dengan khidmat kami memberi kami motivasi untuk maju lagi kehadapan. Syukur alhamdulilah jualan barangan kedaimagic.com sangat memberansangkan. Dalam masa seminggu barangan silap mata kehabisan STOK dan terpaksa membuat order semula..... terima kasih kepercayaan para pembeli....Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah...

Sunday, January 20, 2013

Facebook Kedai Magic KHAS!!!


 Oleh kerana website aku tidak mampu menampung orang yg berkunjung hingga traffic jam dibuatnya. Jadi salah satu memudahkan pelanggan semua. Saya buka Facebook KHAS untuk Kedai Magic sahaja. Pelanggan yang minat dengan barangan silap mata dan ingin belajar silap mata boleh terus ke laman web Facebook ini :


Sempena pembukaan facebook ini, promosi khas juga untuk pelanggan-pelanggan yang membeli barangan dengan saya :


Thursday, January 17, 2013

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN Magic pun ada....

Gelombang LISTEN kini semakin panas di laman sosial. Ceritanya berpunca daripada Forum Mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM). Salah seorang mahasiswa UUM iaitu saudari Bawani tersebut menyoal dalam forum tersebut  dan disampuk oleh salah seorang panel forum tersebut iaitu Puan Sharifah Zohra. Akhirnya terhasillah LISTEN, LISTEN, LISTEN!!!.

Oleh saya tidak mahu ketinggalan, saya pun hasilkan magic LISTEN... MAGIC pun mesti kena LISTEN bah...

Monday, January 14, 2013

Akaun Maybank untuk pelanggan kedaimagic.com


Alhamdulilah, baru sahaja buka akaun Maybank. 10 minit sahaja dan hanya RM10 sahaja menerusi Maybank One Solution. Mudah, ringkas dan cepat. Kaunter pun durang buka waktu lepas pejabat sehingga pukul 7.30 malam. Oleh kerana, ramai pelanggan saya menggunakan Maybank. Jadi untuk memudahkan pembelian barang akaun Maybank telah dibuka.

Kenapa baru sekarang saya buka? sebabnya dahulu untuk buka akaun Maybank terlalu sangat cerewet. Siap mau, surat ni, bil air, bil elektrik, surat pengesahan kerja, lesen dan bermacam-macama lagi. Jadi akibat menyampah dengan perangai durang saya buka bank yang tidak cerewet. Tetapi sekarang zaman makin maju dan moden. Persaingan semakin kuat. Kemungkinan besar saingan bank-bank di Malaysia mencabar antara satu sama lain.


Walau apa pun, ini satu usaha yang baik untuk anda buka akaun dengan mudah. Sesiapa belum buka akaun Maybank tu. Bah, jangan dikasi lambat. Cepatlah kaya begini. hahahahahaha.

Wednesday, January 9, 2013

Erpan Newbie Mimpi Ke bintang


12 Januari 2013 adalah Suku Akhir 3 program Mimpi Ke Bintang. Semasa di saringan zon Sabah tempoh hari. Hanya seorang rakan saya sahaja yang melepasi ke peringkat seterusnya, beliau ialah Irfan atau dikenali Erpan Newbie. Beliau akan beraksi untuk peringkat suku akhir nanti pada hari sabtu ini.

Rasa terharu juga, bila dengar perjuangannya hingga ke peringkat ini. Banyak ranjau yang ditempuhnya, komitmen dan kesungguhan beliau dalam bidang silap mata tidak perlu dipertikai lagi. Semasa baru belajar magic dahulu tidurnya hanya 3 jam sahaja. Itu pun saya tak tahu 3 jam tu dia tidur atau hanya tutup mata.

Dahulunya beliau bekerja di Tawau. Kemudian kini berniaga kedai barangan silap mata dan membuat persembahan silap mata di Sandakan. Saya dan rakan-rakan perjuangan magic mendoakan kejayaan beliau diperingkat suku akhir Mimpi Ke Bintang. Ini sahaja peluang untuk para magician mengetengahkan bakat mereka di peringkat yang tertinggi.

Untuk Irfan, kuatkan semangat mu. Apa yang penting buat yang terbaik? kalah menang belakang cerita.

Tuesday, January 1, 2013

Berakhirnya tahun 2012...

Di hujung tahun 2012, Alhamdulilah banyak rezeki yang tidak di duga. Show dan jualan barangan silap mata tanpa henti berterusan. Sampai masa tidur pun duit masuk. Berkat usaha yang gigih dan sabar alhamdulilah membuahkan hasil. Terima kasih untuk rakan rapat ku yang sentiasa berjuang tempuh segala pahit manis bersama Arman, Hafiz dan Irfan. 


Mereka banyak membantu saya dalam bidang silap mata ini. Berjuang dengan mereka sungguh mengembirakan hati. Walaupun kadang-kadang bergaduh juga, namun pergaduhan kami pergaduhan yang dijadikan mainan. Dan kami sendiri tidak tahu sama ada kami bergaduh atau berlawak. Itulah kawan-kawan ku Arman, Hafiz dan Irfan.

InsyaAllah tahun hadapan, aku lebih tumpukan kerjaya utama aku sebagai guru, sekiranya ada kesempatan dan peluang aku akan buat show magic juga. Manakala ceramah motivasi ke sekolah pula mengikut keadaan juga kalau free, bolehlah aku bagi. InsyaAllah Jelajah Motivasi AMAR tiada halangan akan join sekali lagi. Jualan barangan silap mata akan diteruskan dan ditingkatkan kualiti.


Selamat datang 2013, mari teruskan perjuangan hidup dengan penuh berani, tabah dan cekal. Hidup di dunia hanya untuk mencari bekalan di akhirat yang kekal abadi.