Monday, January 28, 2013

Motivasi, Sukan MSSZ & Hari Jadi Kuala Merotai

Minggu ini, penuh dengan kesibukan yang tidak terhingga. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Dalam minggu ini sahaja 3 show besar aku handle. Agak berat untuk menerimanya, tapi hati ini sanggup sahut cabaran. Walaupun penat, tapi berbaloi dengan apa yang dibuat. Ini kerana inilah minatku. Buat perkara yang kita minat akan menjadi keseronokan. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

Show besar pertama adalah Motivasi Kepimpinan di sekolah rendah lama ku di SK. Wakuba Tawau. Seronok dapat menjejak semula ke sekolah lama. Banyak perubahan sekolah berkenaan. Bila kaki ini melangkah ke sekolah tersebut, segala kenangan manis dan pahit sepanjang di sekolah tersebut bermain-main dalam fikiran. Seolah-olah aku kembali menjadi murid sekolah itu semula. Terharu dan gembira menyelebungi diriku. Bangunan lama yang masih tersergam indah mengingatkan kenangan lama. Rumah guru yang pernah ditinggal dahulu masih ada lagi. Dengan penuh semangat aku memberikan motivasi untuk murid-murid SK wakuba yang mungkin akan lebih hebat dari aku di masa akan datang. Aku dan isteriku rakan sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 6.... banyak juga kenangan bersama si isteri masa kecil-kecil dahulu walaupun belum bercinta...

Show besar yang kedua pula, persembahan silap mata untuk perasmian Majlis Sukan Sekolah Zon Kalabakan di Stadium Tawau. Walaupun agak keberatan menerima show ini. Tetapi dengan bantuan rakan saya Arman semuanya berjalan lancar. Sekali lagi persembahan kami di lihat oleh Mejar General Tan Sri Lie Yun faa dan beliau seronok dapat bertemu dengan kami sekali lagi. Lebih seronok beliau turun ke track untuk melihat persembahan kami dengan lebih dekat. Terima kasih Cikgu Zul atas jemputan bagi memeriahkan perasmian MSSZ Kalabakan.


Show besar ketiga pula, sambutan hari jadi besar-besaran di Kuala Merotai. Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam. Sememangnya kawasan ini sangat dalam dan jauh. Tidak sangka juga ada orang yang menjemput kami ke sana. Ketibaan kami yang ditunggu-tunggu menunjukkan betapa meriahnya majlis tersebut. Kanak-kanak dan orang dewasa menyambut kami dengan penuh gembira. Magic, games dan Clown sudah cukup memberi kenangan terindah untuk penduduk Kuala Merotai. Harap dapat ke sini lagi, walaupun sebenarnya isteri aku berasal dari kampung ni juga..he,he,he....

Ok, masih ada show lagi yang menanti. Kepercayaan pelanggan dengan khidmat kami memberi kami motivasi untuk maju lagi kehadapan. Syukur alhamdulilah jualan barangan kedaimagic.com sangat memberansangkan. Dalam masa seminggu barangan silap mata kehabisan STOK dan terpaksa membuat order semula..... terima kasih kepercayaan para pembeli....Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah...

No comments: