Wednesday, March 6, 2013

Penceroboh Lahad Datu dalang Motivasi AMAR di batalkan

Punya lama ndak update blog, dalang semua ni berpunca dari DSA.... eh balik-balik dia syak. Puncanya assiment ke terlalu banyak untuk disiapkan. Yang kedua sibuk jadi wartawan penyibuk untuk pencerobohan ini. Tidur tidak teratur asyik ketakutan di malam hari. Tapi bukan itu yang aku mau cerita. Sebenarnya saya sekali lagi menjadi pengurus untuk program motivasi AMAR untuk tahun ini sekali lagi. Terima kasih AMAR atas kepercayaan.

Tempat pertama yang kami akan pergi adalah Lahad Datu  di SMK Silabukan. Segala persiapan telah kami buat untuk ke program Motivasi tersebut. Tiket kapal terbang AMAR dari Kuala Lumpur ke Tawau ulang alik sudah ditempah seminggu lebih awal.

Barang pakaian sudah kemas. Barangan silap mata pun sudah kemas. Tinggal jalan sahaja ke Lahad Datu. Tiba-tiba, berlaku pula pencerobohan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu. Tempat kami beri motivasi dekat sahaja tempat kejadian. Saya berhubung dengan AMAR tentang hal ini. Agak risau juga mahu pergi sana. Oleh kerana sudah dibayar oleh pihak sekolah, jadi terpaksa juga pergi.

Tiba-tiba pula, SMK Silabukan menghubungi AMAR dan terpaksa membatalkan program motivasi tersebut dan menangguhnya pada hari yang lain. Agak kecewa juga, kerana tiket kapal terbang AMAR terbakar begitu sahaja. Tapi pihak sekolah akan menetapkan tarikh yang sesuai sehingga kes pencerobohan ini selesai.


Mungkin penting untuk keselamatan kami dan pihak sekolah. Itu lebih penting. Jadi, dalam hal ini, agak marah juga dengan pencerobohan ini menyebabkan banyak aktiviti ditangguhkan. Apa boleh buat? Apa-apa pun kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pihak keselamatan yang terkorban dalam pencerobohan ini.

No comments: