Monday, June 24, 2013

Motivasi AMAR SMK Silabukan & Clown For TM at Lahad Datu


Seperti sedia maklum Motivasi AMAR sebelum ini terpaksa dibatalkan akibat pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari. Akhirnya program ini berjaya diadakan semula dengan jayanya. Seperti biasa saya dan AMAR bertolak dari Tawau ke Lahad Datu mengambil masa 2 jam 30 minit dan bermalam di Lahad Datu. Untuk ke SMK Silabukan mengambil masa 30 minit. Jadi kami bertolak awal memandangkan kami tidak tahu tempat yang dituju. Akhirnya berjaya jumpa sekolah berkenaan yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Dapat kami bayangkan suasana perang dikawasan berkenaan.

Selepas tamat program, AMAR membawa saya ke Kg. Tanduo. Tempat berkenaan agak jauh dan mengambil masa 1 jam lebih. Oleh kerana mengejar masa untuk pulang semula ke Tawau. Kami hanya sampai di bandar Cenderawasih Felda Sahabat. Kebetulan rombongan tentera berehat di bandar berkenaan memberi kami kesempatan untuk bergambar-gambar sebagai kenangan. Setelah itu kami pulang ke Tawau semula.

Pada masa yang sama, saya mendapat jemputan perkhidmatan Badut di Lahad Datu juga. Sekali pelanggan yang sama juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada kami. Satu lagi kejayaan untuk perkhidmatan kami. Oleh kerana Badut Tawau semua sibuk dengan program tersendiri. Saya terpaksa import Badut dari Sandakan. Tidak lain tidak bukan rakan saya Irfan menjadi mangsa. Kepercayaan penuh untuk Irfan menjayakan program berkenaan tanpa saya bersama-sama. Pihak penganjur sekali lagi berpuas hati dengan khidmat badut Irfan. Terima kasih Irfan. Satu kejayaan untuk kita.

Ada beberapa projek lagi yang perlu diselesaikan. Minggu-minggu akan datang sebelum puasa menjelma. Syukur Alhamdulilah.

No comments: