Tuesday, July 9, 2013

Motivasi Kecemerlangan UPSR 2013 SK Pulau Lubukan Sandakan

Alhamdulilah akhirnya selesai program motivasi UPSR sebelum puasa bermula. Destinasi terakhir di daerah Sandakan iaitu SK Pulau Lubukan Sandakan. Untuk pertama kalinya saya menembusi daerah Sandakan ini. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan ke sana.

Awal-awal lagi saya sudah ditahan oleh polis lapangan terbang disebabkan beg silap mata ku. Akhirnya mereka akur bahawa ak seorang ahli silap mata. Saya juga sempat berjumpa sahabat sejati saya semasa belajar di Maktab Perguruan Kent Tuaran dahulu. Setelah 7 tahun berpisah akhirnya ketemu juga. Banyak cerita yang kami kongsikan sepertinya masa dahulu berulang kembali. 

Perjalanan ke Pulau Lubukan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit bergantung kepada cuaca. Awal pagi lagi Guru Besar sekolah tersebut menjemput saya melalui jeti. Saya juga diiringi oleh wakil Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan. 

Motivasi kali ini agak mengejutkan saya kerana motivasi kali ini diperhatikan oleh seluruh kakitangan sekolah dan orang kampung. Agak kekok sikit dengan kehadiran mereka. Namun tidak jadikan alasan untuk meneruskan motivasi saya pada pagi itu.

Respon murid dan hadirin yang hadir diluar jangkauan. Saya berjaya memotivasikan semua hadirin yang hadir. InsyaAllah apa yang saya sampaikan memberi manfaat.




Monday, July 1, 2013

Motivasi Kecemerlangan UPSR SK Kuala Apas Tawau


Alhamdulilah, selesai lagi satu tugasan. Sekali lagi jemputan motivasi di sekolah yang jauh dari bandar. Perjalanan ambil masa 30 minit. Pemandangan menuju ke sekolah berkenaan ikut jalan Batu Payung sangat cantik dan menarik. Motivasi berjalan dengan lancar, di akhir program motivasi tersebut. Ibu bapa murid hadir bersama-sama. Saya berkesempatan membuat penghayatan kepada murid-murid dan ibu bapa mereka. Terharu melihat kesungguhan ibubapa memberi sokongan dan komitmen terhadap program sekolah. InsyaAllah minggu depan motivasi di sekolah yang terakhir sebelum bulan ramadhan. Harapan semuanya berjalan lancar amin.