Wednesday, August 28, 2013

Cara Mengelak Daripada PUKAU




Maksud PUKAU
 hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam; b) dipukau (oleh pencuri); memukau

PUKAU itu sendiri menjelaskan maksud setiap hurufnya tersembunyi di sebaliknya. ‘P’- pujukan, ‘U’- ungkapan, ‘K’- kata-kata, ‘A’- ayat azimat, dan ‘U’- umpan.

PUKAU
Nampaknya kejadian pukau kini semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat di Malaysia kini. Ramai masih tidak memahami bagaimana ia boleh terjadi dan ada juga segelintir golongan masih tidak mempercayai PUKAU ini.
Bagi saya PUKAU ia berkaitan dengan MINDA BAWAH SEDAR. Apa itu MINDA BAWAH SEDAR? Agak susar saya mahu terangkan maksudnya tetapi saya boleh ringkaskan ia mengenai MINDA kiat yang terbahagi kepada tiga bahagian iaiitu:

  1.  MINDA SEDAR
  2.  MINDA BAWAH SEDAR 
  3. MINDA TIDAK SEDAR

Minda sedar berlaku seperti anda sekarang lakukan. Anda boleh mengawal diri anda, makan, minum, berjalan, bercakap dan lain-lain. 

Minda Bawah Sedar selalunya berlaku ketika sebelum tidur dan ketika bangun dari tidur. Pernahkah anda memandu kereta sambil bertelefon atau berSMS? Siapa yang kawal pemanduan anda? Ya itulah Minda Bawah Sedar. Pernahkan anda lihat anak atau rakan anda mengigau daripada tidurnya berjalan dan bila sedar dia lupa apa yang telah berlaku? Ya itulah Minda Bawah Sedar. Berdasarkan kajian yang saya lakukan Minda Bawah Sedar bersifat keanak-anakan. Minda Bawah Sedar ini boleh diaktifkan dengan teknik yang tertentu dan hanya orang yang tertentu sahaja tahu untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar ini dan orang itulah yang dipanggil PEMUKAU. Saya berterus terang semua orang boleh di PUKAU.

Minda Tidak Sedar berlaku ketika kita tidur atau mati.

Bukan sahaja di Malaysia menggunakan ilmu PUKAU ini malah Negara-negara lain juga menggunakan ilmu PUKAU. Berdasarkan kajian yang saya buat sendiri kebanyakkan PUKAU ini digunakan untuk dua perkara iaitu
  1. PERKARA BAIK
  2. PERKARA JAHAT
PERKARA BAIK

Perkara baik yang selalu digunakan adalah untuk :

1.       Perubatan ( Doktor Psikologi atau Kaunseling)

2.       Hiburan Pentas  (Magician atau Ahli Hypnosis)

3.       Perniagaan (MLM atau yang perniagaan berkaitan Minda)

4.       Iklan

5.       Penyiasatan

6.       Dan lain-lain lagi.
PERKARA BURUK

1.       Merompak

2.       Merogol

3.       Membunuh

4.       Dan lain-lain kejahatan.

Tidak semua yang mengambil berat tentang Minda Bawah Sedar ini. Malah Ahli Saintis masih belum dapat membuktikan secara logik bagaimana benda ini boleh terjadi. Ia masih menjadi perbualan dan kajian dan ada juga yang masih mempertikaikannya.

Minda Bawah Sedar  boleh dimanipulasi oleh orang yang telah memukaunya. Berdasarkan kajian saya, PUKAU sama sekali tidak menggunakan ilmu hitam atau bantuan JIN. Ia hanya menggunakan tutur kata dan arahan tertentu yang boleh membawa seseorang itu terPUKAU. Apabila seseorang itu Berjaya di PUKAU. Maka si pemukau itu boleh memberikan apa sahaja arahan yang dia inginkan.
Antara PEMUKAU yang terkenal dan menjadikan PUKAU ini sebagai hiburan ialah:

1.       Romy Rafael (Indonesia)

2.       Uya Emang Kuya (Indonesia)

3.       Derren Brown (UK)

4.       Keith Barry (UK)


Anda boleh cari video-video mereka ini di dalam youtube. Anda boleh lihat bagaimana mereka memanipulasikan Minda Bawah Sedar seseorang.

Dipendekkan cerita tujuan saya mendedahkan perkara PUKAU ini adalah untuk mengelakkan daripada orang-orang yang menyalahgunakan ilmu PUKAU ini untuk PERKARA JAHAT. Sebelum saya mengajar anda bagaimana untuk mengelak daripada PUKAU. Biar saya buktikan dahulu bagaimana saya sendiri menggunakan PUKAU untuk mengambil Dompet dan Jam daripada orang awam. Bukan untuk memberitahu saya boleh PUKAU orang. Ia sebagai pengajaran kepada rakan-rakan disekeliling bahaya PUKAU. Selain itu saya juga ingin buktikan bahawa PUKAU tidak menggunakan sebarang bantuan Ilmu Hitam atau bantuan JIN. Ia menggunakan arahan dan bahasa yang boleh mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang.

  

Mungkin ada yang masih mempertikaikan perkara ini. Saya tidak boleh paksa anda mempercayainya. Tetapi sekiranya anda ingin mengalaminya sendiri anda boleh jumpa dan berhubung dengan saya sendiri.
Berikut adalah cara-cara untuk mengelak anda  di PUKAU:
1.       Kembali kepada Agama (bagi orang Islam rajin-rajinlah SOLAT dan beramal ibadah) tidak ada jalan penyelesaian perkara-perkara buruk ini melainkan kita kembali kepada ALLAH. 
2.       Amalkan membaca ayat Kursi dan surah Tiga Qul. Jika diselidiki maksud ayat Kursi itu sendiri ia membawa maksud yang mendalam dan boleh mengelakkan diri anda daripada perkara-perkara jahat:


Mahfum ayat:Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Surah-surah Tiga Qul:


3.       Sentiasa berhati-hati dan berwaspada.  Terutama orang yang anda tidak kenali. Letakkan dalam hati dan diri anda berwaspada dan berhati-hati. Ini kerana PUKAU tidak akan menjadi sekirannya diri orang itu sendiri tidak merelakan dirinya di PUKAU. Oleh itu salah satu caranya amalkan sikap berhati-hati terutamanya dengan orang asing atau orang yang anda tidak kenali.
4.       Jangan dengar arahan dan  tutur kata-kata mereka.  Kunci untuk memukau seseorang adalah melalui arahan. Memang benar anda menidakkan diri anda dipukau. Tetapi sekiranya anda ikut arahan si PEMUKAU secara tidak langsung anda bersetuju untuk di PUKAU. Untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang hanya memerlukan beberapa soalan dan arahan sahaja. Sekiranya mereka dengar dan turuti arahan mereka maka mudah mereka untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang dan apabila sudah aktif maka anda sudah terPUKAU.
5.       Jangan lihat apa yang mereka pegang atau mereka suruh lihat. Salah satu teknik mereka untuk memukau adalah dengan menggunakan sesuatu benda contohnya yang paling femes  kertas “Nombor Ekor” . Kononnya mereka ingin mengeluarkan duit hasil kemenangan nombor ekor tersebut. Sekali anda  memerhati kertas tersebut dan mendengar arahan mereka maka anda akan mudah di Pukau. Selain daripada nombor ekor, mereka juga menggunakan Jam dan cincin dengan berpura-pura tanya tentang jam dan cincin berkenaan. Anda lihat dan dengar arahan mereka maka mudah untuk anda di Pukau. 
6.       Jangan layan soalan-soalan yang tidak masuk akal. Selain itu mereka juga menggunakan kaedah bertanya soalan yang pelik-pelik untuk mengelirukan mangsa. Akibat kekeliruan tersebut mereka mengambil kesempatan untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar . Sekiranya anda berjumpa orang asing yang bertanyakan soalan pelik, tolong ABAIKAN. Sama ada mendiamkan diri atau buat-buat tidak tahu. Contoh soalan mereka “ Dimana kedai jual barang antik?” “Dimana kawasan di sini ada menara?” dan macam-macam soalan lagi.
Ada banyak lagi cara-cara mereka untuk mengaktifkan Minda Bawah Sedar seseorang. Sekiranya mereka Berjaya, mereka boleh buat apa sahaja arahan yang mereka inginkan termasuk menyuruh anda berbogel. Tiada yang mustahil. 

Kesimpulannya, sila berwaspada dan berhati-hati dengan orang yang anda tidak kenali. Sekiranya orang itu bersikap pelik dan lain daripada yang lain segera minta bantuan orang disekeliling.
Mudah-mudahan artikel ini sedikit membantu anda untuk mengelakkan diri anda daripada di PUKAU. Terima kasih dan hingga berjumpa lagi.

MAGICTAWAU
Ahli Silap Mata Profesional
017-8201504

1 comment:

Alnajib said...

Saya ingin belajar. Dan bukan utk org lain tapi utk diri sendiri, supaya saya rajin, tabah dan bersemangat dlm menjalankan perniagaan saya. Boleh beri bantuan....