Ceritanya bermula ketika selesai show bersama Erpan, arman, lawrence & Rebecca. Kami makan ramai-ramai di salah satu restoran di bandar Tawau. Ketika rakan saya erpan henda membayar dia terkejut dengan duit RM5.00 yang agak pelik. Kemudian dia bertanyakan kepada ku akan kesahihan duit tersebut. Ternyata duit duit itu tulen dan bukan palsu cuma ia TERSALAH CETAK. Jadi saya minta kebenaran Erpan untuk menyimpannya. Sy post dalam FB. Ramai pula yang mahu beli duit ni. Oleh kerana ianya RARE dan satu-satunya RM5 RARE di Malaysia....jadi saya jual juga dengan harga RARE...hehehehe. Siapa sanggup hubungi 017-8201504.
Friday, December 5, 2014
Monday, November 10, 2014
PEMBULI BAJU SINGLET HITAM
Kes buli kini kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Menjadi viral masa kini iaitu pembuli baju singlet hitam yang memukul budak menggunakan tomoinya. Kes ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menular dikalangan remaja. Berikut video yang menjadi viral:
Oleh itu saya tergerak hati untuk membuat lagu khas untuk si pembuli baju singlet hitam. Diharapkan nasihat ini sampai kepada kaki-kaki buli ini. Sebab masa sekolah dulu aku pun mangsa buli, jadi aku dapat rasa keperitan seseorang yang di buli:
Oleh itu saya tergerak hati untuk membuat lagu khas untuk si pembuli baju singlet hitam. Diharapkan nasihat ini sampai kepada kaki-kaki buli ini. Sebab masa sekolah dulu aku pun mangsa buli, jadi aku dapat rasa keperitan seseorang yang di buli:
Friday, August 22, 2014
Pencuri by Alif Adul (Cover)
Nyanyian asal oleh Mark Adam.
Cover semula oleh Alif Adul.
www.tawaumagic.com
017-8201504
Sunday, August 17, 2014
Masih Mencintainya by Alif Adul (Cover)
Nyanyian asal kumpulan Papinka.
Cover semula oleh Alif Adul.
017-8201504
Macam Cantik Jer Macam Comel Jer by Alif Adul (Cover)
Nyanyian asal oleh AMAR.
Cover semula oleh Alif Adul.
017-8201504
Sandiwara Cinta by Alif Adul (Cover)
Nyanyian asal kumpulan Republik.
Cover semula oleh Alif Adul
017-8201504
Tuesday, May 6, 2014
Persembahan Silap Mata, ADUL & Nasyid di Ijtimak Mahabbah Masjid Al-Kauthar Tawau
Alhamdulilah, telah selesai persembahan silap mata, ADUL The Puppet & Nyanyian Nasyid. Program ini anjuran Geng Street Dakwah (GSD) di bawah naungan Ustaz Alias Haji Idris. Julung-julung kali program sebegini diadakan di Tawau. Malam itu juga turut buat persembahan, Raja Parodi Malaysia Mr.Bie dan kumpulan nasyid Tawau iaitu Neelam Nasyid. Memang meletop malam kesenian islam tersebut. Mudah-mudahan program sebegini dapat diteruskan. InsyaAllah.
Tuesday, April 29, 2014
Friday, April 25, 2014
Saturday, March 29, 2014
Lagu MH370 daripada kami AMAR & Magictawau Alif
08 Mac 2014 merupakan sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh Malaysia, dimana kehilangan pesawat kapal terbang Malaysia Airlines MH370 menjadi perbualan hangat. Semasa kejadian, saya mengurus Konsert AMAR di SM ST Patrick Tawau dan Motivasi AMAR di SMK Desa Kencana Lahad Datu. Agak terkejut dengan berita itu. Semasa dalam perjalanan menuju ke Lahad Datu kami berbincang mengenai kehilangan pesawat tersebut. Pelbagai andaian yang kami bincangkan.
Kehilangannya menjadi misteri, AMAR mengarahkan saya untuk buat lirik khas sempena tragedi ini. Saya membuat lirik ringkas dan AMAR seperti biasa membina lagunya. dan berikut adalah lahu berkenaan. Hanya ini yang mampu kami sumbangkan dalam pencarian MH370.
Selepas, 17 hari kehilangan pesawat tersebut. Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Najib Razak mengumumkan pesawat berakhir di Lautan Hindi berdasarkan bukti Satelit yang mengesan keberadaan pesawat tersebut. Walaupun pada masa saya tulis sekarang ini, masih banyak spekulasi dan teori-teori pelbagai pihak menyatakan MH370 belum terhempas. Oleh kerana, rujukan yang sah ialah kerajaan Malaysia maka, saya sendiri lebih mempercayai apa yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia dan saya memberi sokongan penuh dengan apa jua tindakan yang diambil oleh kerajaan kerana saya yakin kerajaan pasti buta yang terbaik untuk semua pihak. Sebagai kenangan pesawat tersebut saya membuat lagu khas untuk pesawat MH370 Dalam Kenangan....
Thursday, February 20, 2014
Album Terbaru AMAR & Motivasi di SK.Titingan tawau
Alhamdulilah baru dapat update semula blog ni. Untuk pertamanya saya ingin memberitahu tentang Album terbaru AMAR iaitu "Cinta Hingga Ke Syurga" telah diterbitkan dengan rasminya. Semestinya dalam album ini ada lagu Viral "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer". Sesiapa yang ingin membeli Album terbaru amar ini boleh terus ke website www.amar.com.my.
Baru-baru ini juga baru sahaja selesai Motivasi Pelajar untuk kepimpinan pengawas dan ketua kelas di SK.Titingan Tawau. Semuanya berjalan lancar, sambutan daripada murid-murid sungguh menggalakkan. Pembukaan tahun 2014 yang sangat mantap. Beberapa lokasi sekolah akan menanti motivasi daripada saya.
Selain itu, beberapa misi yang perlu saya & AMAR perlu capai dalam masa yang terdekat ini. iaitu:
- Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian
- Juara Carta Ikim.fm
- Juara Carta THR Gegar
Wednesday, January 15, 2014
Sunnah Rasullulah : Pemakaian Kasut / Selipar
Kali ni saya post cara Rasullulah memakai kasut atau selipar. Kita semua sedia maklum tapi kita jarang amalkan. Jadi jangan tanya kenapa, terus amalkan InsyaAllah dapat pahala. Kalau tak nak buat pun tak apa-apa juga. Kalau hari-hari kita buat akan menjadi kebiasaan. Ada juga saham kita diakhirat kelak.
Sunday, January 12, 2014
Muzik Video "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer" nyanyian AMAR feat Syasya Solero
Terimalah Muzik Video "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer" nyanyian AMAR feat Syasya Solero.
Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakhbar, Syukur kepada Allah SWT. Ucapan terima kasih kepada AMAR memberi peluang untuk menulis lirik lagu ini, jutaan terima kasih adik Syasya Solero atas kata-kata Magic ini & Abg Wan Salam orang penting dalam pembikinan Muzik Video ini. Jutaan terima kasih untuk semua sahabat & rakan-rakan atas sokongan tanpa henti. Hanya Allah dapat membalas jasa anda semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)