Alhamdulilah baru dapat update semula blog ni. Untuk pertamanya saya ingin memberitahu tentang Album terbaru AMAR iaitu "Cinta Hingga Ke Syurga" telah diterbitkan dengan rasminya. Semestinya dalam album ini ada lagu Viral "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer". Sesiapa yang ingin membeli Album terbaru amar ini boleh terus ke website www.amar.com.my.
Baru-baru ini juga baru sahaja selesai Motivasi Pelajar untuk kepimpinan pengawas dan ketua kelas di SK.Titingan Tawau. Semuanya berjalan lancar, sambutan daripada murid-murid sungguh menggalakkan. Pembukaan tahun 2014 yang sangat mantap. Beberapa lokasi sekolah akan menanti motivasi daripada saya.
Selain itu, beberapa misi yang perlu saya & AMAR perlu capai dalam masa yang terdekat ini. iaitu:
- Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian
- Juara Carta Ikim.fm
- Juara Carta THR Gegar
No comments:
Post a Comment