Saturday, March 29, 2014

Lagu MH370 daripada kami AMAR & Magictawau Alif

08 Mac 2014 merupakan sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh Malaysia, dimana kehilangan pesawat kapal terbang Malaysia Airlines MH370 menjadi perbualan hangat. Semasa kejadian, saya mengurus Konsert AMAR di SM ST Patrick Tawau dan Motivasi AMAR di SMK Desa Kencana Lahad Datu. Agak terkejut dengan berita itu. Semasa dalam perjalanan menuju ke Lahad Datu kami berbincang mengenai kehilangan pesawat tersebut. Pelbagai andaian yang kami bincangkan.

Kehilangannya menjadi misteri, AMAR mengarahkan saya untuk buat lirik khas sempena tragedi ini. Saya membuat lirik ringkas dan AMAR seperti biasa membina lagunya. dan berikut adalah lahu berkenaan. Hanya ini yang mampu kami sumbangkan dalam pencarian MH370.



 Selepas, 17 hari kehilangan pesawat tersebut. Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Najib Razak mengumumkan pesawat berakhir di Lautan Hindi berdasarkan bukti Satelit yang mengesan keberadaan pesawat tersebut. Walaupun pada masa saya tulis sekarang ini, masih banyak spekulasi dan teori-teori pelbagai pihak menyatakan MH370 belum terhempas. Oleh kerana, rujukan yang sah ialah kerajaan Malaysia maka, saya sendiri lebih mempercayai apa yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia dan saya memberi sokongan penuh dengan apa jua tindakan yang diambil oleh kerajaan kerana saya yakin kerajaan pasti buta yang terbaik untuk semua pihak. Sebagai kenangan  pesawat tersebut saya membuat lagu khas untuk pesawat MH370 Dalam Kenangan....