Sunday, April 26, 2015

Adul The Puppet & Sophie Secret



Terima kasih kepada Pihak Sophie Secret terutama Puan Sophie, Abang Adam Lee dan pihak pengurusan memberi kepercayaan kepada Adul The Puppet memeriahkan majlis Roud Tour Sophie Secret di Sabah pada 18 & 19 April 2015.

Alhamdulilah, dalam program dua hari ini, saya dapat berkerjasama dengan Pelawak Popular Malaysia ALONG CHAM. Banyak tips-tips untuk berlawak di atas pentas beliau kongsikan dengan saya. Next Maharajalawak Mega saya sarankan Along Cham buat solo, sebab dia memang semula jadi pelawak. Ndak kering gusi bila borak bersama dia.


Semestinya yang terbaik Duta Produk Sophie Secret Hafiz Suip. Dia memang sempoi orangnya. Sikap rendah diri dalam dirinya saya memang tabik spring. Siap sempat ajar nyanyi lagu Awan Nano lagi walaupun lagu tu hancur oleh si Adul. Terima kasih Hafiz, rasa bertuah dapat bersama kamu semua selama dua hari. Insha Allah ada rezeki kita bersama lagi.

No comments: