Sunday, July 26, 2015

LEVEL-LEVEL KEBERJAYAAN SILAP MATA JALANAN (STREET MAGIC)


Untuk menjadi silap mata jalanan yang Berjaya, anda perlu mengetahui level-level keberjayaan seseorang silap mata. Ia bukan sahaja menjadikan anda silap mata jalanan yang hebat tetapi akan menjadikan silap mata anda berkualiti dan ditahap yang terbaik.
Saya meletakkan lima level yang wajib bagi silap mata jalanan ketahui.

·        Level 1 = Persediaan Minda Silap Mata Jalanan
·        Level 2 = Peraturan-peraturan Silap Mata Jalanan
·        Level 3 = Silap Mata dan Ilusi
·        Level 4 = Rutin Hebat Silap Mata Jalanan
·        Level 5 = Senjata Rahsia Kehebatan Silap Mata Jalanan
Sekiranya salah satu level anda langkau atau tidak patuhi. Keberjayaan anda sebagai ahli silap mata jalanan saya boleh kategorikan sebagai GAGAL. Ini kerana setiap level mempunyai kekuatan masing-masing. Setiap level ini juga berkaitan diantara satu sama lain.

Level 1 = Persediaan Minda Silap Mata Jalanan
Sebelum anda masuk kebidang silap mata jalanan adalah amat penting untuk anda bersedia dari segi minda. Anda perlu bersedia berhadapan kejayaan dan kegagalan dalam silap mata jalanan. Anda perlu bersedia kesenangan dan kesusahan dalam silap mata jalanan. Anda perlu bersedia menerima kritikan-kritikan daripada orang ramai. Anda perlu bersedia semua aspek sebelum menjadi ahli silap mata jalanan. Semua akan bincangkan kemudian.

Level 2 = Peraturan-peraturan Silap Mata Jalanan
Anda perlu tahu peraturan-peraturan silap mata jalanan. Peraturan-peraturan silap mata jalanan dapat menjaga kualiti silap mata anda dan peribadi anda sebagai ahli silap mata jalanan. Peraturan silap mata juga membolehkan penonton-penonton hormat akan anda sebagai ahli silap mata. Anda akan menjadi perbualan dengan mematuhi peraturan-peraturan silap mata jalanan.

Level 3 = Silap Mata dan Ilusi
Ingin menjadi ahli silap mata anda perlu belajar silap mata yang sesuai dan illusi yang sesuai untuk dipersembahkan. Setiap silap mata yang anda ingin persembahkan mempunyai tahap yang tertentu. Anda perlu ketahui tahap mana silap mata tersebut. Anda perlu tahu kesusahan dan kesenangan silap mata tersebut. Di mana dan dengan siapa silap mata itu sesuai. Anda perlu kenal pasti silap mata yang anda pelajari.

Level 4 = Rutin Hebat Silap Mata Jalanan
Untuk menjadikan silap mata anda menjadi igauan penonton dan menjadi sebutan penonton. Anda perlu belajar membuat rutin-rutin silap mata jalanan. Anda perlu kenal pasti silap mata yang perlu didahulukan dan silap mata mana dijadikan sebagai penamat. Dengan rutin yang hebat anda miliki menjadikan anda pujaan penonton-penonton.

Level 5 = Senjata Rahsia Kehebatan Silap Mata Jalanan
Ini adalah level tertinggi bagi seorang ahli silap mata jalanan. Level ini kemuncak bagi seseorang ahli silap mata. Ia senjata rahsia yang tidak boleh dimiliki oleh ahli silap mata jalanan yang lain. Rahsia ini kita akan bongkarkan dan menjadikan ia milik anda. Rahsia ini menjadi kekuatan dan keberjayaan ahli silap mata diseluruh dunia seperti Cyril Takayama, David Blaine, Criss Angel, David Cooperfield, Houdini dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, setiap level ada kekuatannya sendiri. Anda wajib mengetahuinya satu persatu. Saya pasti anda akan menjadi ahli silap mata jalanan yang Berjaya

No comments: