Wednesday, January 27, 2016

Maryam Anak Syurga



Harga : RM12.00
Hubungi : 017-8201504

Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan.



Sebaik sahaja aku masuk ke bilik itu, kelihatan dari jauh tiga orang doktor di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Muka maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar dari mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.

Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar. "Maryam, Mama datang, sayang...."

Monday, January 25, 2016

Friday, January 22, 2016

Bagaimana merawat budak yang kena DEMAM PANAS?

Apabila anak kena demam panas adalah suatu yang sangat merisaukan kepada ibu bapa. Lebih merisaukan apabila panas badan anak tersebut tidak surut-surut. Apa yang perlu anda lakukan?

Demam panas yang tidak dikawal boleh menyebabkan anak tersebut SAWAN. Sesetengah kes demam panas boleh menyebabkan anak tersebut cacat kekal. Oleh itu, ibu bapa perlu ambil serius hal demam panas anak. 

Berikut tindakan yang saya buat berdasarkan pengalaman merawat anak-anak saya ketika demam panas. Alhamdulilah semuanya terkawal dan lebih cepat sembuh. Hanya kesabaran ibu bapa sangat diperlukan ketika anak berada dalam keadaan demam panas.




1. PENYUKAT SUHU BADAN
Benda ini WAJIB ada di dalam sesebuah keluarga. Penyukat suhu badan dapat menentukan sejauh mana tahap suhu badan anak tersebut. Suhu normal 35.5 C - 36.5 C. Sekiranya demam panas mencapai 38 C - 39 C. Sila bawa anak anda ke Hospital bahagian kecemasan dengan kadar segera.



2.  Ubat Bontot
Salah satu alternatif yang disarankan oleh doktor ketika panas anak mencapai panas 38 C- 39C. Adalah menggunakan ubat bontot. Ia boleh didapatkan di farmasi berhampiran. Ubat ini dimasukkan ke dalam bontot kanak-kanak kemudian mandikan sehingga suhu panas badan turun. Jangan mandikan anak yang demam panas secara mengejut. Mandikan secara perlahan-lahan, mulakan dari kaki hingga ke kepala. Mandikan selama 15 minit ke atas. Boleh gunakan air suam atau air sejuk terpulang kepada keselesaan anak-anak anda. Memang agak susah mandikan anak ketika demam, lagi sedih apabila anak tersebut menangis. Mahu tidak mahu paksa anak anda untuk mandi. Pekakkan telinga tangisannya turunkan suhu badannya lebih penting. Anda bukan menderanya tapi untuk kepentingan anak anda sendiri. Ubat bontot ini berkesan selama 6 jam. Tapi jangan pakai selalu,Guna ketika panas anak anda mencapai 38 C- 39C ke atas.



3.Paracetamol / Panadol / Ibufren
Ubat ini juga wajib ada disetiap rumah. Sekiranya demam anak sekitar 37 C ke 37. 8 C. Anda boleh menggunakan ubat ini untuk mengawal panas anak anda. Ubat ini ada jenis tablet dan ada jenis cecair. terpulang kepada ibu bapa untuk memilih tablet atau cecair ikut keselesaan anak masing-masing. Ubat ini dimakan setiap 4 jam sekali. Saya sarankan minta nasihat doktor untuk pemakanan ubat-ubatan ini.



4.Tuam guna tuala kecil
Untuk mengawal panas, ibu bapa juga disarankan menggunakan tuam guna tuala kecil di anggota badan anak anda seperti di dahi, di ketiak, belakang badan atau dikawasan pembuluh darah. Cara ini boleh mengawal panas badan anak-anak. Anda boleh gunakan air suam atau air sejuk ikut keselesaan anak anda.


5. Minum air yang mencukupi
Penting bagi anak-anak yang kena demam panas minum air yang mencukupi. Air yang mencukupi boleh mempercepatkan suhu badan anak anda turun. Untuk Bayi disarankan banyakkan menyusu. Saya galakkan anak saya minum 100 plus atau air kelapa muda. Sebab air ini cepat menurunkan panas badan mereka. Kalau mereka liat nak minum. Anda boleh guna picagari, paksa anak untuk minum. Memang pertamanya agak sukar tapi lama-kelamaan akan mudah.



6. Bawa ke Hospital ataupun Klinik
Sekiranya demam anak anda tidak surut setelah pelbagai cara di atas telah dibuat. Di sarankan terus bawa anak ke hospital. Janganlah ada sikap tunggu dan lihat. Sekiranya demamnya berlarutan berhari-hari lamanya ia akan membahayakan nyawa anak anda. Jangan terlalu berfikiran kolot yang hospital itu AGENDA YAHUDI dan AGENDA DAJJAL dan macam-macam lagi. Fikirkan kesihatan anak anda. Anak permata keluarga. Sayangi anak anda. Jangan menyesal dikemudian hari.


Semua di atas saranan dan cadangan berdasarkan pengalaman saya sebagai ayah kepada anak-anak saya. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk artikel ini :

http://www.mmgazette.com/anak-yang-demam-dr-alya-hamzah/


Thursday, January 21, 2016

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi


Harga : RM17.00
Hubungi : 017-8201504

Keistimewaan Buku Ini:

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.

- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.

- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.

- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.





Wednesday, January 20, 2016

Buku Wedding Photography


Harga : RM13.00
Hubungi : 017-8201504

Faktor perkembangan teknologi digital menjadikan bidang fotografi perkahwinan kini lebih mencabar kerana ia dapat dikatakan mencakupi pelbagai genre fotografi secara meluas. Dalam fotografi perkahwinan masa kini terkandung antara lainnya genre potret, majlis rasmi, komersil, dan fotojurnalisme. Ini menjadikan bidang fotografi perkahwinan sebagai genre yang istimewa dan diminati ramai. 

Oleh kerana luasnya ruang lingkup bidang ini, terdapat banyak perkara yang tidak dapat dikupas dengan mendalam dalam buku ini. Justeru memerlukan rujukan lanjut kepada pelbagai sumber lain seperti manual peralatan fotografi serta rujukan tentang seni visual.

Fotografi perkahwinan juga memerlukan lebih daripada kemahiran teknikal semata-mata. Ia melibatkan kemahiran halus seperti teknik komunikasi yang betul, daya ketahanan diri yang tinggi, serta kebolehan berfikir dan bertindak dengan pantas.

Dengan tip-tip yang ringkas dan padat yang ditampilkan berdasarkan pengalaman penulis selaku fotografer profesional, diharap sedikit sebanyak dapat membantu bagi meningkatkan kemahiran.

Sekiranya pembaca berhajat bagi menjadikan bidang ini sebagai sebahagian mata pencarian, anggap segala detik penting dari mula perjalanan majlis perkahwinan berlangsung hingga ke akhirnya sebagai milik kita sendiri. Dengan cara ini, bukan sahaja membantu kita menghargai aspek halus yang menjadikan setiap detik dan sudut bermakna, tetapi juga meningkatkan rasa tanggungjawab bagi menunaikan harapan pelanggan.

Monday, January 18, 2016

Adolf Hitler


Harga : RM22.00
Hubungi : 017-8201504

Ketika ini Hitler sudah memegang jawatang tertinggi dalam Parti Nazi. Dia juga akhirnya berada pada puncak kekuasaan di Jerman.Pembangunan negara mula rancak. Kemiskinan mula dibenteras. Kemajuan Jerman mula diperkatakan dunia.Namun tetap luka semalam, semasa Perang Dunia Pertama masih Hitler rasakan. Beliau mula merancang strategi bagi mendapatkan semula wilayah yang jatuh ke tangan musuh, mula memasang impian bagi mengharumkan kembali maruah bangsa Jerman ke seluruh dunia.

Buku Tora Datang Lagi


Harga : RM24.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504

“Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”



Tarbiah Sentap 2


Tarbiah Sentap 2 kini kembali lagi, terus terang tanpa berselindung. Buku Tarbiah Sentap 2 adalah sambungan dari buku Bestseller Tarbiah Sentap 1 yang terjual sebanyak 70,000 naskhah!
Kini tampil dengan konsep membelai & memberi harapan buat mereka yang putus asa. Tarbiah Sentap 1 mengulas isu sosial, hiburan, taubat dan dakwah.
Kali ini penulis bestseller Adnin Roslan membawa isu-isu sentap yang berbeza termasuk isu hakikat cinta, isu kekeluargaan dan persahabatan serta isu akhlak.
"Belaian itu kadang-kadang mampu menyentap jiwa dan hati-hati yang hidup, agar mereka yang putus asa, kembali bangkit menjadi singa."

Harga : RM23.00 (tidak termasuk pos)
Hubungi kami : 017-8201504

Friday, January 15, 2016

Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf


Sebelum Aku Bernikah,

Telah aku lamar seorang perempuan,

Aku kira engkau adalah dia,

Aku berharap engkau adalah dia,

Boleh jadi bukan,

Boleh jadi ya,

Kerana engkau sahaja aku cinta,

Bukan tunangku,

Bukan yang nanti menjadi isteriku,

Melainkan dia adalah engkau,

Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku..

Harga : RM18.00 (tidak termasuk pos)
Boleh hubungi : 017-8201504

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullulah

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.

Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Harga : RM23.00 (tidak termasuk harga pos)
Sila hubungi : 017-8201504

Fitnah Terhadap Sahabat Rasullulah


Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu. Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah Uthman berbanding Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah bertambah kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan perang dengan Saidatina Aishah. Pertelingkahan antara sahabat turut mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.

Harga : RM14.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504

Wednesday, January 13, 2016

Fotografi Gaya Mukmin



Antara topik menarik buku ini:

Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim?

Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?

Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?

Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam?

Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?

"Doh kalu nak nak tahu lebih, kena beli bace la..." 

Harga : RM16.00 (tidak termasuk harga pos)

Hubungi : 017-8201504

Tuesday, January 12, 2016

NOVEL TOMBIRUO TERAKHIR - Ramlee Awang Murshid


KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat ''''''''''''''''Amiruddin'''''''''''''''' dalam diri lelaki Tombiruo itu. 

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. 

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan ''''''''''''''''Seorang Tombiruo''''''''''''''''. 

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah ''''''''''''''''Tombiruo Terakhir'''''''''''''''' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? 

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Harga : RM18.00 (Tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504

Monday, January 11, 2016

MOTIVASI MAGIC 2016


MOTIVASI MAGIC 2016
Kami menyediakan khidmat:
1. Motivasi Kepimpinan Pengawas & Ketua Kelas,
2. Motivasi Magic Kecemerlangan (UPSR, PT3, SPM),
3. Motivasi Studi Smart,
4. Motivasi Pelajar Cemerlang,
5. dan lain-lain lagi.

Siapa Cikgu Alif?
1. Motivator
2. Guru
3. Ahli Silap Mata Profesional
4. Penulis Lirik

Kejayaan Cikgu Alif?
1. Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012
2. Pengurus Motivasi Amar Jelajah Malaysia 2013 dan 2014
3. Penulis Lirik lagu popular nyanyian AMAR "Macam Cantik Jer"
4. Juara Street Magic Wayne Houchin peringkat antarabangsa
5. Jurulatih Utama Kebangsaan KSSR Pendidikan Muzik 2012 hingga 2015

Akademik Cikgu Alif?
1. Diploma Pendidikan Malaysia
2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 

Siap sedia untuk memukau sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Maklumat lanjut boleh hubungi :
017-8201504

Buku Art Of Deception


Buku khas untuk yang meminati Teori Konspirasi.

Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat.

Harga : RM18.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi :017-8201504

Friday, January 8, 2016

Momen2 Matluthfi

Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.

Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding - dan itu lebih terok.

Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.
Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.

Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang.
“Eh, mak pun ade yang ni!”

Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi...

Harga : RM24.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504





#UZAR Koleksi Status Facebook Terbaik


SINOPSIS


Teknologi semakin pesat membangun seiring dengan kehendak manusia yang mahukan semuanya mudah. Mahu mudah untuk kebaikan atau keburukan. Kita sendiri yang pilih. Penggunaan Facebook tidak terkecuali.

Membaca naskhah yang menggabungkan status-status Facebook penulis menjadikan hati tersentak dan minda terpanah dek kandungannya yang penuh ilmu dan manfaat. Pesanan mengenai keseimbangan kehidupan dunia dan akhirat dihidangkan dengan susun atur grafik yang menarik dan mudah dibaca.

Begitu menangkapnya lembaran ini kerana ia berlandaskan Al-Quran dan hadith-hadith sahih, yang bukan kelancaran akal semata-mata. Disampaikan dengan cara yang santai tetapi fokusnya tetap jitu.

Para penggemar ilmu atau sesiapa yang menginginkan kehidupan lebih bersyariat amat digalakkan memiliki buku ini.


Harga : RM20.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504

Thursday, January 7, 2016

Idea Bekal Ke Sekolah - Menu Asia


Buku ni sangat sesuai untuk ibu bapa yang selalu menyediakan bekal makanan untuk anak-anaknya yang ke sekolah.

Himpunan lebih dari 40 resipi dalam buku Siri Idea Bento ini memberikan idea kepada para pembaca dalam menyediakan bekal sama ada untuk anak, suami mahupun diri sendiri. Setiap resipi dalam buku ini disertakan gambar-gambar cara membuat. Resipi-resipinya juga ringkas, mudah disediakan dan enak. Tidak menggunakan bahan-bahan perasa tambahan, resipi ini sesuai bagi menjaga kesihatan. Selain dari itu, Chef Azian tip-tip berbento bagi ibu-ibu yang sibuk. Penyediaan bahan-bahan lebih awal serta sos-sos yang disediakan terlebih dahulu menjadikan penyediaan bekal bukanlah sesukar yang dijangka. Dapatkan buku ini di pasaran bagi memberi idea dalam penyediaan bekal untuk anak-anak.

Harga : RM14.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504

Cinta Si Wedding Palnner (Novel)



Harga : RM26.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504

Novel telah diadaptasi menjadi DRAMA di TV3. Ini bermaksud novel ni mesti ada peminatnya tersendiri. Berminat dengan novel ini?

Hubungi saya dengan segera untuk harga yang istimewa!!!
017-8201504

Berikut Sipnosis cerita novel tersebut :

Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
 Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
 Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
 “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
 Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
 Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
 "For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
 Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
 “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?  Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan? 



Wednesday, January 6, 2016

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - HAMKA (Novel)


Harga : RM30.00 (tidak termasuk harga pos)
Hubungi : 017-8201504

Tenggelamnya Kapal Van Der Wick - HAMKA
Saya sudah tengok versi Filem... memang best like emoticon
Ini pula versi novel....
Siapa berminat mau beli boleh PM saya atau sms atau whatsapp :
017-8201504

Sinopsis:
Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba. Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Tuesday, January 5, 2016

Magic Show Untuk Program Transisi Tahun 1 SK. Merotai Besar Tawau

Terima kasih kepada Cikgu Azlan dan pihak sekolah SK Merotai Besar Tawau sudi menjemput saya untuk memeriahkan majlis Transisi Tahun 1 bagi tahun 2016. Satu langkah yang terbaik untuk menarik minat murid-murid taun satu agar rajin ke sekolah. Keseronokkan belajar itu penting untuk memastikan murid-murid sentiasa hadir ke sekolah.

Magictawau
04/01/2016