Friday, January 22, 2016

Bagaimana merawat budak yang kena DEMAM PANAS?

Apabila anak kena demam panas adalah suatu yang sangat merisaukan kepada ibu bapa. Lebih merisaukan apabila panas badan anak tersebut tidak surut-surut. Apa yang perlu anda lakukan?

Demam panas yang tidak dikawal boleh menyebabkan anak tersebut SAWAN. Sesetengah kes demam panas boleh menyebabkan anak tersebut cacat kekal. Oleh itu, ibu bapa perlu ambil serius hal demam panas anak. 

Berikut tindakan yang saya buat berdasarkan pengalaman merawat anak-anak saya ketika demam panas. Alhamdulilah semuanya terkawal dan lebih cepat sembuh. Hanya kesabaran ibu bapa sangat diperlukan ketika anak berada dalam keadaan demam panas.




1. PENYUKAT SUHU BADAN
Benda ini WAJIB ada di dalam sesebuah keluarga. Penyukat suhu badan dapat menentukan sejauh mana tahap suhu badan anak tersebut. Suhu normal 35.5 C - 36.5 C. Sekiranya demam panas mencapai 38 C - 39 C. Sila bawa anak anda ke Hospital bahagian kecemasan dengan kadar segera.



2.  Ubat Bontot
Salah satu alternatif yang disarankan oleh doktor ketika panas anak mencapai panas 38 C- 39C. Adalah menggunakan ubat bontot. Ia boleh didapatkan di farmasi berhampiran. Ubat ini dimasukkan ke dalam bontot kanak-kanak kemudian mandikan sehingga suhu panas badan turun. Jangan mandikan anak yang demam panas secara mengejut. Mandikan secara perlahan-lahan, mulakan dari kaki hingga ke kepala. Mandikan selama 15 minit ke atas. Boleh gunakan air suam atau air sejuk terpulang kepada keselesaan anak-anak anda. Memang agak susah mandikan anak ketika demam, lagi sedih apabila anak tersebut menangis. Mahu tidak mahu paksa anak anda untuk mandi. Pekakkan telinga tangisannya turunkan suhu badannya lebih penting. Anda bukan menderanya tapi untuk kepentingan anak anda sendiri. Ubat bontot ini berkesan selama 6 jam. Tapi jangan pakai selalu,Guna ketika panas anak anda mencapai 38 C- 39C ke atas.



3.Paracetamol / Panadol / Ibufren
Ubat ini juga wajib ada disetiap rumah. Sekiranya demam anak sekitar 37 C ke 37. 8 C. Anda boleh menggunakan ubat ini untuk mengawal panas anak anda. Ubat ini ada jenis tablet dan ada jenis cecair. terpulang kepada ibu bapa untuk memilih tablet atau cecair ikut keselesaan anak masing-masing. Ubat ini dimakan setiap 4 jam sekali. Saya sarankan minta nasihat doktor untuk pemakanan ubat-ubatan ini.



4.Tuam guna tuala kecil
Untuk mengawal panas, ibu bapa juga disarankan menggunakan tuam guna tuala kecil di anggota badan anak anda seperti di dahi, di ketiak, belakang badan atau dikawasan pembuluh darah. Cara ini boleh mengawal panas badan anak-anak. Anda boleh gunakan air suam atau air sejuk ikut keselesaan anak anda.


5. Minum air yang mencukupi
Penting bagi anak-anak yang kena demam panas minum air yang mencukupi. Air yang mencukupi boleh mempercepatkan suhu badan anak anda turun. Untuk Bayi disarankan banyakkan menyusu. Saya galakkan anak saya minum 100 plus atau air kelapa muda. Sebab air ini cepat menurunkan panas badan mereka. Kalau mereka liat nak minum. Anda boleh guna picagari, paksa anak untuk minum. Memang pertamanya agak sukar tapi lama-kelamaan akan mudah.



6. Bawa ke Hospital ataupun Klinik
Sekiranya demam anak anda tidak surut setelah pelbagai cara di atas telah dibuat. Di sarankan terus bawa anak ke hospital. Janganlah ada sikap tunggu dan lihat. Sekiranya demamnya berlarutan berhari-hari lamanya ia akan membahayakan nyawa anak anda. Jangan terlalu berfikiran kolot yang hospital itu AGENDA YAHUDI dan AGENDA DAJJAL dan macam-macam lagi. Fikirkan kesihatan anak anda. Anak permata keluarga. Sayangi anak anda. Jangan menyesal dikemudian hari.


Semua di atas saranan dan cadangan berdasarkan pengalaman saya sebagai ayah kepada anak-anak saya. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk artikel ini :

http://www.mmgazette.com/anak-yang-demam-dr-alya-hamzah/


No comments: