Wednesday, February 24, 2016

Apa perlu anda buat sekiranya berlaku HISTERIA / KERASUKAN / KESURUPAN?



Rasanya semua orang pernah berdepan dengan kes Histeria / kerasukan / kesurupan. Sebahagian daripada kita akan takut, lari dan buat-buat tidak tahu. Kebanyakkannya kita akan cari Ustaz atau Ustazah atau Imam yang menyelesaikan masalah ini. Ada juga sebahagian orang yang memandai-mandai cuba mengubat dengan cara yang salah. Sebenarnya, sesiapa pun boleh lakukan yang penting dia beragama Islam yang percaya Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Berikut adalah cara-cara yang telah diajar oleh Nabi berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Insha Allah akan mudah sembuh dengan cara yang nabi ajar

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk Histeria / kerasukan / kesurupan :

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)


4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".


Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)


5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam


من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan).

Tuesday, February 23, 2016

Motivasi Magic 2016 di SK St.Patrick Tawau




Alhamdulillah, selesai program Motivasi Magic di SK ST.Patrick Tawau. Terima kasih kepada pihak sekolah dan rakan yang membantu saya Mr.Bie. Berminat dengan program motivasi kami:

Hubungi : 0127-8201504
Email : tawaumagic@gmail.com

Sunday, February 14, 2016

USRAH : Ini Semua Poyo!

Harga : RM18.00
Hubungi : 017-8201504

Usrah? Apa yang anda fikirkan tentang usrah saat pertama kali mendengar tentangnya. Seram? Untuk orang bajet alim? Untuk orang baik-baik saja? Poyo? Skema? Tidak mengapa anda mempunyai persepsi seperti itu, kerana saya juga pernah mempunyai persepsi yang serupa saat pertama kali mula mendengar perkataan yang begitu asing sekali, USRAH?
Bagaimana pula jika, anda telah mengikuti usrah tetapi hati masih berasa kosong? Anda telah mengikuti usrah tetapi masih gagal untuk menjaga hati dari perkara yang melalaikan? Anda telah menjadi murabbi tetapi masih sukar mengambul hati mad'u? Buku ini bakal menghidangkan anda tip dan keadah yang efektif untuk diamalkan sebagai seorang murabbi dan mutarabbi yang menyengat dalam jalan dakwah. InsyaAllah.

Wednesday, February 10, 2016

Formula Solat Sempurna

Harga : RM26.00
Hubungi : 017-8201504


Sinopsis

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Sunday, February 7, 2016

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi


Harga : RM23.00
Hubungi : 017-8201504

Tiba-tiba kedengaran bunyi mengaduh di dalam kelompok kanak-kanak yang sedang berkejaran sebentar tadi. Seorang anak kecil berumur lingkungan 5 tahun terduduk kesakitan. Kami mendekat. Aku terkejut besar melihat sebilah kaca sebesar ibu jari tangan orang dewasa tertusuk ke dalam kakinya. Aku cuba membantu, tetapi tangan anak itu lebih pantas mencabut kaca berkenaan.
“Ini benda biasa” kata beliau tersengih.
Tiada darah yang keluar. Mungkin kulit kaki beliau sudah kebal sehingga kaca tersebut gagal menembusi lebih dalam. Anak itu bangun semula, lalu kembali menyertai rakan-rakannya berlari..

Thursday, February 4, 2016

DIAgnosis : Mortuari



Harga : RM23.00
Hubungi : 017-8201504

Bukan senang untuk menjadi seorang Doktor. Bersedialah mental dan fizikal.

Doktor bukan setakat belajar ilmu kedoktoran semata-mata.
Doktor harus wajib berani berdepan dengan malaikat izrail yang akan menyapa depan-depan.
Ada satu jenis pesakit yang MANJA-litis. Ya, itu doktor perlu tahu. Waktu bila pesakit itu main-main mengada-ngada ataupun betul sakit. Memang ada yang begitu.
Setiap aduan daripada pesakit perlu dinilai secara professional dan berpandu pada bukti penyiasatan klinikal, makmal dan sebagainya sebelum terus membuat penghukuman bahawa pesakit tersebut mengada-ngada.
Sekali tersilap langkah, menyesal tidak sudah.
Namun, yang berusaha itu DOKTOR, yang menentukan adalah DIA.